Tuesday, June 25, 2019

Jom bina masjid : sumbangan untuk selepas mati

.

Aku akan lalu ikut jalan 'belakang' sekali-sekala bila pulang ke kampung. Laluan itu mampu memotong kira-kira 8km kepada hanya tak sampai 2km. Tapi laluan itu jalannya kecil, susah jika kereta berselisih dan terpaksa melalui jalan tanpa tar di hutan simpan. Itulah sebabnya aku jarang lalu jalan itu terutamanya jika lepas hujan.

Di simpang masuk jalan itu ada sebuah sekolah agama ditanah wakaf yang diasaskan oleh arwah Ustaz Sulam (panggilan kami). Kini anaknya yang usahakan.

Di dalam kawasan sekolah agama itu ada sebuah masjid untuk para pelajar dan orang2 kampung. Masjid Jamek Al-Mansur itu dirobohkan dan dibina semula sepenuhnya.

Baru-baru ini aku balik kampung, aku lihat masjid itu sedang dibina semula. Konkrit tettulang dan beam sedang diusahakan.



Kepada yang berminat untuk infaq/wakaf, inilah masanya kerana nampak usaha pembinaan itu sedang dijalankan.



Bank Rakyat: 22-015-115886-8
Masjid Al-Mansur.
Lokasi: di dalam kawasan Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Islah, Parit 17A, Sungai Lampam, Teluk Intan.

Jom.


.

2 comments:

sudipVSsenduk said...

saham akhirat

Nizam.Ariff said...

SvS
Ya... Ruang dan kesempatan

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com