Thursday, November 19, 2020

Dikerumuni oleh puluhan lintah

Memancing di tasek sepatutnya mudah dan selamat. Mudah kerana tepian yang lebih rapi. Selamat kerana airnya tenang.

Berbanding paya gambut yang pemancing biasanya perlu turun dan memijak paya gambut berair untuk labuhkan umpan di lopak yang dalam. 

Berbanding sungai yang perlu berhati hati memijak tebing dan memilih lubuk yang tidak berbahaya. Bahaya? Maklumlah, lubuk ni airnya berpusar dan dalam. Kalau mata kail tersangkut, ada kecenderungan untuk turun dan lepaskan sangkutan.

Tapi di tasek ini penuh dengan lintah. Pantang aku jejak air walau pun separas buku lali, melayang ia datang melekap. 



Aku tak geli pada lintah. Tapi aku tak suka kaki berdarah sebab gigitan lintah ni payah darah tu nak berhenti. 

Petang tadi, tak sampai setengah jam aku berdiri dalam paya Benta dengan air separas betis, sudah ada 4 ekor yang panjat kaki...kecil besar, tua muda. 

2 comments:

Laura Cantik said...

memang patut selalu tempat macam ni, Lokman suruh aku duduk dalam kereta ja.

ini sebabnya. baru aku tau.

happy fishing nizam.

aku dah hampir setahun tak teman Lokman memancing. masa tak mengizinkan. hurm.

Nizam.Ariff said...

LC,
Nanti2 boleh la ikut tu...
Memancing sebagai riadah. Kalau dapat yg ganal, boleh jadi lauk juga... Hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com