Monday, January 4, 2021

Akibat panas baran...

Petang semalam, dalam gerimis, aku ke tasik di belakang perumahan. Niat hati nak cuba casting dengan umpan tiruan yang baharu aku beli. Maklumlah, hujan2 begini, kalau manusia pun terasa lapar, ikan yang di dalam air kesejukkan pun mungkin lagi lapar.

Aku sasarkan ikan Peacock Bass dan Toman kerana merekalah yang garang apabila dilalukan umpan.

Tapi aku ternampak seekor ikan Tilapia di tepi tasik yang agak tohor airnya. Setiap kali umpan aku lalu di depannya, ia jadi tak karuan. Marah. Memengkis. Bengis. 

Aku syak ia sedang jaga tempat bertelurnya. Jadi, aku letakkan umpan tiruan itu betul2 di depannya. Memang seperti diduga, ia sambar dan menggigit ganas. Tapi dia tak tau, itu hanyalah perangkap atas panas barannya. Hasilnya.... 



Itulah rezeki aku hari itu. Aku bawa balik dan siang.


Itu cara aku dulu2 di kampung bila bawa balik ikan yang dipancing.

2 comments:

Syazni Rahim said...

sedap nya balado ikan talapia

Nizam.Ariff said...

Syaz
Cili padi... Fuhh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com