Aku sasarkan ikan Peacock Bass dan Toman kerana merekalah yang garang apabila dilalukan umpan.
Tapi aku ternampak seekor ikan Tilapia di tepi tasik yang agak tohor airnya. Setiap kali umpan aku lalu di depannya, ia jadi tak karuan. Marah. Memengkis. Bengis.
Aku syak ia sedang jaga tempat bertelurnya. Jadi, aku letakkan umpan tiruan itu betul2 di depannya. Memang seperti diduga, ia sambar dan menggigit ganas. Tapi dia tak tau, itu hanyalah perangkap atas panas barannya. Hasilnya....
Itulah rezeki aku hari itu. Aku bawa balik dan siang.
Itu cara aku dulu2 di kampung bila bawa balik ikan yang dipancing.
.
2 comments:
sedap nya balado ikan talapia
Syaz
Cili padi... Fuhh
Post a Comment