Saturday, May 20, 2023

The Future with AI... Bahaya?


Manusia sendiri yang mencipta sesuatu yang berpotensi menjadi 'musuh' manusia sendiri. Pelik tapi itulah yang sedang berlaku di depan mata kepala kita. Teringat Ayat berikut:

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Ar-Rum:41
 
Open AI, ChatGPT yang terkedepan sekarang ini, sudah menghuru-harakan banyak sektor - ekonomi, pendidikan dll. Buat masa ini, hanya yang elit otak mampu menggunakannya. Tapi lama2 ia akan menjadi mudah atau dimudahkan, budak sekolah pun boleh guna. 

Lebih kalut lagi apabila AI menjadi satu perlumbaan baharu. Kalau dulu berlumba2 di ruang angkasa, sekarang berlumba2 dalam ruang metaverse. Sampai ke mana? 

Apa jadi kalau AI diberikan lebih kebebasan dalam beralgoritma (demi memenangi perlumbaan) ? Apa jadi kalau AI diberikan kemandirian untuk mengambil data dan informasi tanpa had (termasuk hal2 keselamatan)? Apa jadi kalau AI diberikan keupayaan untuk belajar dari kekangan dan kesilapan? Apa jadi kalau AI mencipta kesedaran sendiri? Menakutkan. 

Sekarang ini AI mampu meniru identiti seseorang - wajah, suara. Di gabungkan dengan teknologi deepfake dan cita2 jahat, mungkin nanti berlaku fitnah besar. Lebih2 lagi manusia hidup dengan telefon pintar - siang menjadi nasi, malam menjadi bantal. Dan jari2 manusia lebih mudah menunjal skrin media sosial. Dari timur ke barat, utara ke selatan; hampir sekelip mata. Fitnah dianggap realiti. 

Apa nak jadi agaknya? 

*ambik popcorn, duduk sila panggung depan TV*



1 comment:

Anonymous said...

aku tak sangka ada orang update lagi blogspot termasuk Tok Rimau. ini sangat wow bagi aku.


aku ada masa 5 tahun lagi nak pencen tapi sekarang pun aku kerja dah rupa orang pencen haha

kak lily

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com