Friday, February 2, 2024

Macam puisi tapi INI BUKAN PUISI

Aku ada satu kisah
Tentang hidup zaman ini
Serba serbi cuba menekan
Telur, minyak masak dan banyak lagi
Tapi jangan melatah, bro 

Kisah ini ada awalnya ada akhirnya
Awalnya lahir, akhirnya mati
Namanya pun 'satu kisah hidup'
Tertekan parah pun, hanya satu kali
Kerana namanya pun 'satu kisah hidup' 

Senyumlah, ketawalah
Pinggirkan gusar di pojok nun jauh
Ikat risaumu pada batu, lemparkan ke sungai 
Cukup apa ada di mulut, kunyahlah 
Yang ada di tangan, suaplah
Yang ada di hati, luahlah
Jangan disimpan, tak akan hadam
Kerana kita lahir dulu dilampinkan
Dan kita dikubur nanti dikafankan
Bekal yang dibawa nanti tak nampak 
Bukan telur, bukan minyak masak
Bukan X50 merah atau Civic Sport 
Bukan tiang seri beribu atau alang bertindan 
Bukan jubah berseret atau tasbih bersilang
Bukan apa yang dipijak atau dilangkah
Bukan apa yang diberi atau dikorban
Kerana semua itu tertahan di atas kubur

Jadi, senyumlah dan ketawalah 
Kita hias hidup ini dengan bahagia




No comments:

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com