Monday, March 16, 2009

Jalan2: Selusuri batas yang kelam itu, lembab dan basah...

Gambar hiasan




Ikan Lawan.


Atau sesetengah orang namakannya ikan laga tapi kami panggil ikan lawan sebab ia suka berlawan. Ikan kami bukan versi yang ekor kembang macam yang banyak di kedai akuarium sekarang ini. Ikan lawan kami versi kampung, versi sawah padi. Tak ada yang kembang-kembang.

Bila kami nak tangkap ikan tu, kami akan 'pinjam' tudung sangai (atau tudung saji sesetengah orang panggil). Kalau dah terdesak, kami guna 'farmers hat'. Kami guna untuk sauk ikan lawan. Kadang-kadang tersauk lintah atau berudu (ada orang kata berudu boleh ubati sakit lelah, cara: telan berudu hidup-hidup? Ishh..)


Biasanya, kami akan sauk di tepi sawah yang airnya cetek. Kadang-kadang di bawah pokok keladi atau celah-celah pelepah keladi yang terendam dalam air. Kadang-kadang di dalam tempurung kelapa yang terendam.


Tanda ikan itu ada berselindung ialah buih-buih putih di bawah permukaan air. Kalau nak cari yang garang dan berwarna hitam, cari ditempat yang teduh dan banyak daun-daun yang terendam dalam air. Kalau warnanya pucat, ada cara nak bagi hitam berkilat. Tapi, dakwat
hitam BUKAN salah satu caranya!


Biasanya, bila dah dapat, kami masukkan ke dalam botol sos cili yang telah dibersihkan. Cara nak bersihkan botol sos tu senang je. Masukkan segenggam pasir, kemudian masukkan air sehingga separa penuh. Goncang. Ya, goncang kuat-kuat. Pasir tu akan gesel permukaan
dalam botol yang kotor. Macam 'facial scrubbing'. Sape-sape yang nak cuba, maih aku kasi gesel dengan kertas pasir...

Kemudian, Kami masukkan sedikit lumut dan air separa penuh. Untuk bagi warna ikan menjadi hitam, ada diantara kami sanggup tanam botol itu di dalam tanah, hanya muncungnya saja yang terdedah.



Bila malam, kami jadikan kaki-kaki kami sebagai umpan nyamuk. Kami jadikan darah-darah kami juadah untuk nyamuk. Bila nyamuk hinggap, kami tepuk. Bukan tepuk sampai penyek, sekadar pening. Itu untuk dijadikan makanan ikan. Kadang-kadang, kalau kami rajin, kami cari
anai-anai. Anai-anai penuh dengan protein.


Tapi, kalau dapat anai-anai berpangkat Leftenan Kolonel, kepalanya kena penggal dulu. Kepalanya lebih besar daripada mulut ikan. Ikan tak dapat nak telan. Boleh mati sesak nafas. Satu kerja pulak nak buat CPR 'mouth-to-mouth'.


Kalau setakat kepala Koperal tak jadi masalah, dia sedut senafas je...



.

6 comments:

xiiinam said...

Ha..ha...
Teringat masa darjah lima dulu...kena temberang dengan cengkadak cikgu Ahmad Lutfi Ahmad(cikgu yang ngam ngan aku, yang kemudian pindah ke Dato' Yahya Suban...org Labu Kubong!)

Dia suruh kami cari ikan lawan dia kata dia nak beli....merata parit kami jelajah sampai kena kejar dengan seludang kelapa oleh isteri Pak Imam...aleh-aleh cikgu tu beli 5 sen sekor....hampeh!!

Nizam.Ariff said...

CkLah,
Apa khabar cikgu Lutfi tu skrg?
Dia juga cikgu aku masa aku darjah 5 (1983) dulu. Cikgu BM. Hi-5! Cayalah...tapi, 5 sen sekor? Hahaha... dia suka pekena budak pompuan.

Aku suka cara dia mengajar. Dia praktikal. Salah satu cara untuk bagi budak kampung macam aku ni rajin tulis karangan, dia suruh tulis setiap mimpi yang kita ingat. Dan aku ada satu buku khas untuk aku tulis mimpi-mimpi aku. Dia juga selalu suruh aku buat resit-resit yuran. Malah, dia suruh aku tiru tandatangannya. Aku selalu buat kat rumah.

kakpah said...

bila nko selalu crite-crite macam ni akak teringat balik la zaman akak bebudak dulu. macam nko gak la, belari kat pematang sawah dengan selua pendek. bawak tangguk kecik, kadang-kadang curi penapis santan nenek buat menanggap ikan pelaga. tapi tak de la ganas macam nko bagi jemur ikan tu tengah panas. panas tengah sawah lain wo. panas dalam botol lain. apa ra....

xiiinam said...

Dia memang kamceng dengan aku, dan abang aku (Prof.Dr Hj Ramlan kat UITM tu)Kiranya abang aku ni kesayangan dia, geng mancing. Aku berpisah dgn dia bila dia ke Yahya Suban.Sampai Yahya Suban, dia ajar budak dia buat krgn "Surat Sahabat Pena". Dia bagi nama aku (kami) pada budak2 dia,dan budak2 dia betul2 pos surat tu kat kami. Aku dapat surat dari budak lelaki nama Johari Razak. Cis!!

Pastu dia aturkan sek kami dan sekolah dia berkelah di teluk batik. jumpalah si Johari Razak tu ngan aku....sewel betul cikgu ni...sebab tu murid dia pun sewel….errrr mcm ko..he..he..aku tak!!!

Dia pernah bawak aku tengok wayang kat TI sebab aku menang kuiz(1st time masuk panggung) cerita Tuan Badul. Balik rumah mak aku (ustazah) marah.Kami saling contact...last dia duduk di Kuala Kangsar...tapi sejak aku kawen aku lost contact..

tpkan...dia mmg pilih kasih...layan budak2 bijak cam kite je...ha..ha. abg aku pi mrsm kulim, aku pi ta'ayah.....sek agama yuuuu

tasikmerah said...

laga spider ko main tak bang?

:)


.

Nizam.Ariff said...

kakpah,
Eh, bukan jemur tengah panas... tanam kat dalam tanah bawah pokok...

CkLah,
Aiiik... sampai tengok wayang sama-sama? Wuiihh.. dahsyat tuu...
Aku dari Form 1 dah masuk MRSM Taiping. MRSM tu baru bukak. Aku batch ke 3. First bath dia transferred dari MRSM Muar (sebahagian). Aku matrix kat MRSM Kulim...

TM,
Eh, setahu aku spider boleh sengat, boleh mati pucuk ooo... aku takut dengan binatang yang kaki dia lebih dari 4. Aku tak tau kenapa.... Kamu main ke kamu goreng spider tu? hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com