Wednesday, March 18, 2009

Dunia pun bersandiwara...

Satu:

Semalam, ada satu berita tentang satu peristiwa yang berlaku di Mexico. Satu kumpulan perenang sedang berlumba dalam satu kejohanan renang di laut, telah diganggu oleh kehadiran 2 ekor jerung yang besar. Gambar jerung tersebut turut diambil oleh sebuah helikopter.

Aku rasa, pada kejohanan renang kali itu tentu banyak rekod dunia dipecah. Bahkan, mungkin semua pelumbang telah berjaya pecahkan rekod dunia akibat di kejar oleh 2 ekor jerung tu...



Dua:

Semalam juga, aku tengok Asian Food Channel, pasal kari kepala ikan di restoran-restoran di beberapa buah negeri di Malaysia. Bila aku tengok, aku teringatkan dulu aku sanggup 'tapaw' kari kepala ikan untuk di santap oleh laki-bini je. Bila inflasi semakin tinggi (ini aku salahkan pak menteri), aku beli kepala ikan dan suruh Mama masak.

Tapi, mama pesan, lain kali kalau beli kepala ikan kena cium dulu sama ada kepala tu dah lama atau masih 'fresh'. Aku termenung kejap, macam mana aksi aku mencium kepala ikan di pasar malam agaknya? Apa kata kalau ikan tu ikan jantan? ...




.

10 comments:

ASH said...

he he he..
Wa jadi FIRST kali ni.
Kalahkan Kakpah..

ye la pun..
Orang yang berenang tu mesti renang serenang renangnya..
ha ha ha.

Brader,
Kepala ikan tu engko tak yah cium la..
Ko tengok matanya kalau dah agak agak macam merah terbonjol..takyah le beli!
Dah pakai contact lense kaler pelbagai tu pun takyah!
Beli yang matanya masih cantik sinar berseri macam baru pakai eyemo!!keh keh keh..
ITU FRESH BARU naik dari laut.

kepala Ikan Merah ngan ikan Jenahak sedap dibuat kari..
(tapi aku tak GALAKkan anak anak makan..SEBAB aku yang nak Makan!!ha ha ha..orang kata mudah lupa..wallahualam)

aku suka ikan merah..and aku rasa aku dah pandai juga memilih ikan ni!

ASH said...

Nizam,
bila akak baca entry engko yang pasai ikan laga tu, baru akak tahu engkao FORM one in 1985.

Pada BLOG akak,(dalam komen)akak ingatkan engko GRAD dari MRSM tahun 1985..

Ini memang adik bebenor le ni.
Engko lahir tahun 1972 le kalau gitu..Iye tak?

ibundo said...

haha.. ashley dulu ye. tak per..tak per..
Satu:
Tak de yang kena baham dengan ikan jaws tu ke. Teringat pulak akak tengok cerita jaws tahun 70han. Tengok wayang duduk row depan sekali sebab tiket dah habis. Sekali jaws datang menerkam, tekejot beruk nko... nasib baik tak de sakit jantung. Kalau tak buat malu je tekedang dalam panggung wayang.

dua:
Apehal pulak nko nak cium-cium kepala ikan. Ikan tu memang la bau dia hanyir. Macam ashley cakap, tengok mata dia. Satu lagi tengok ingsang. Kalau dah pucat je tu, maknanya ikan dah lama.
Kepala ikan ni kalau masak betul-betul memang kow. Tapi akak dah jeran makan kari kepala ikan kat penang. Terceret beret dibuatnya. Orang yang menghafal Quran memang elak makan kepala ikan ni.

ashley... si nizam ni memang budak hingusan lagi. Boleh kita katuk-katuk je dia ni.. wakaka...

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Aku pernah dengar, org rendam ikan-ikan besar dalam cecair, bagi nampak fresh, warna tak luntur dan mata tak kusam. Jadi, tu yang kena guna pancaindera yang ke-5, bau. Sebabnya, pernah sekali tu aku beli mta jernih dan mulus. Sisik dia masih merah tapi bila Mama bersihkan kepala tu, dia punya bahagian bawa insang dah berbau busuk. Tu yang dia pesan kelmarin, kena cium dulu...

Kakpah,
Wayang Jaws??? Hahahaha.... old skool tu kak!
Kekadang, aku kesian pulak kat anak sebab yang sedap-sedap dia tak dapat nak makan.
Ye kak, aku masih budak kecik, anak bongsu dan manja...ihik..ihik..ihik... aga ga gu gu..

tasekM said...

mengade2. cium yg mama maksud tu bukannya nk suruh cium mulut ikan tu bang. kalau bau dia ok beli la. kalau bau pelik2 tu barangkali dah busuk. gitu la.

drpd ko cium ikan tu lbh baik ko cium nyonya jual ikan tu. amacam? ha ha.


.

K.H said...

Kalau kena yang jual ikan tu amoi?

addyaholix said...

cium biasa-biasa sudah.
tak perlu praktikkan apa yang kau tahu bang. haha!

Nizam.Ariff said...

TM,
Yg jual tu jantan indon, siap misai tebal lagi... geli woo...

Indrasakti,
Kalau amoi, aku bagi kepala aku kat dia la... foc lagi... [maksud aku, pipi aku untuk dicium, bukan kepala lain]...nakal!

Addy,
Aku akan pastikan ikan tu gosok gigi dulu...hahaha

Yana Ismail said...

ha ha ha..yana tgh imagine jap keadaan kt psr malam wktu tu ;P

Nizam.Ariff said...

Princess,
Jangan! Banyak setan-setan berkeliaran petang-petang .... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com