Monday, March 9, 2009

Jalan2: Tatacara membuat senjata pemusnah, awas!

Sebulan sebelum bulan puasa.


Dua batang pinang sebesar peha orang dewasa dan sebatang pokok kelapa sepemeluk budak tumbang kena chainsaw. Kesemuanya diletakkan di padang sepak takraw. Batang pinang itu dikerat sepanjang 3 depa orang dewasa, manakala batang kelapa itu pula dikerat sepanjang 5
depa orang dewasa.

Setelah itu, kesemua batang itu dibelah dua menggunakan kapak dan baji. Muncungnya ditetak dengan kapak beliung kemudian rekahannya dipasakkan dengan baji yang diperbuat dari kayu keras. Baji itu diketuk-ketuk agar rekahan menjadi lebih besar. Apabila telah besar, baji kedua pula dihentak masuk. Begitulah sehingga ke pangkal dan batang pinang terbelah dua. Untuk batang kelapa, caranya hampir sama cuma susah sikit.

Tak sesuai dibelah guna chainsaw sebab, pertama, mata gergaji itu cepat tumpul, fiber pokok palma berstruktur jarum dan keras. Kedua, menggergaji akan membuang sedikit bahan dan bila dicantum nanti batang tak jadi bulat.



Apabila semuanya dah terbelah, kini giliran untuk membuang empulur atau isi tengah batang itu. Kapak kecil yang tajam dan pahat digunakan untuk membuangnye sedikit demi sedikit. Mula-mula, tetakkan kapak ditengah-tengah batang yang terbelah secara melintang dalam jarak sejengkal-sejengkal. Kemudian, pahat diketuk untuk mengorek keluar isinya. Mula-mula secara kasar, kemudian kapak kecil digunakan untuk 'refine' permukaan yang dikorek sehinggalah
terbentuk longkang. Tapi, longkang itu terhenti kira-kita sekaki dari pangkal batang. Dan juga, longkang itu lebih lebar dipangkal daripada muncungnya. Perkara sama dilakukan keatas semua belahan. Jadi, apabila dicantungkan semula, ia akan berbentuk meriam!

Beberapa batang buluh tali ditebang dan disiat kulitnya. Kulitnya digunakan untuk mengikat atau 'simpai' belahan batang itu. Guni padi dan beberapa batang buluh pancing juga digunakan. Guni itu dikerat memanjang selebar sejengkal, kemudian buluh pancing itu diletakkan sepanjang keratan guni, lepas tu disiram air.

Sebelum mencantumkan semula belahan batang tadi, Buluh pancing dalam guni itu diletakkan dibahagian dalam cantuman belahan. Kedua-dua sisi guni itu dilipat dan dibiarkan terjulur keluar sepanjang belahan. Perkara ini dibuat kepada kedua-dua bahagian belahan kiri dan kanan. Ini supaya bila meletup, tekanan akan menolak buluh dan guni, oleh itu menjadi lebih kedap. Senang cerita, ia bertindak macam gasket la.


Bila dah bertaup semula belahan itu, satu buluh panjang digandingkan dengan batang meriam itu. Kemudian, batang meriam dan buluh itu diikat sekali menggunakan kulit buluh tadi. Diikat sekuat-kuatnya setiap sekaki supaya tak terburai bila meletup. makin hampir ke pangkal meriam, makin rapat ikatan itu. Kadangkala, rantai basikal dipakukan di bahagian pangkal agar benar-benar kuat. Beberapa baji diselitkan pada ruang antara buluh dan batang meriam. Kalau ikatan melonggar, baji diketuk supaya ikatan kembali tegang. Itu pun gunanya buluh yang digandingkan tadi.

Kemudian, lubang sebesar jari ditebuk kira-kira setengah kaki dari dasar lubang bahagian pangkal. Itu untuk mencucuhnya nanti. Setelah siap, kesemua meriam-meriam itu direndamkan dalam kolam atau sungai.




Sehari sebelum bulan puasa, kesemuanya dinaikkan semula dan dibiarkan kering sedikit. Pangkin untuk menopang meriam pun dibuat, kesemua meriam disusun menghadap kampung sebelah!

Satu buluh yang panjang dipakukan satu tin susu bayi yang dikerat separuh. Ini digunakan untuk mengisi 'karbaid'. Setelah semuanya siap, kami bersembahyang terawih dulu. Setelah sudah, tibalah masanya meriam itu beraksi!

Aku paling suka dengar letupan meriam batang kelapa.

Mula-mula tutup lubang pencucuh pada pangkal meriam tadi dengan kayu, lepas tu beberapa ketul 'karbaid' dianggarkan 1 kati beratnya dimasukkan dalam tin susu tadi. Kemudian, dicurah dengan air sehingga setengah. Cepat-cepat buluh tadi jolok masuk ke dalam meriam sehingga santak ke pangkal. Tunggu beberapa ketika sehingga wap 'karbaid' mula keluar ikut muncung barulah muncung meriam itu ditutup dengan kain padat-padat.

Tunggu sehingga tiada lagi kedengaran air yang menggelegak, cuma tinggal 'hissing noise'. Biasanya dalam 5-10 minit. Setelah ok, kain penyumbat muncung dan kayu penyumbat lubang tadi dikeluarkan dan kayu berapi didekatkan, kemudian...


KAAAABOOOOMMMMMMMM!




Nak tahu macam mana kuat bunyinya?

1. Bunyinya macam 'halilintar yang pecah'. Aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Tak sekuat petir, tapi bunyinya 'berselerak' dan 'serak'.

2. Bunyinya boleh didengari sehingga beberapa kilometer.

3. Tanah akan bergegar dan lampu minyak tanah yang ada berdekatan kami akan terpadam kerana 'sedutan' angin yang ditolak ke depan oleh 'semburan' api meriam.

4. Makcik hujung kampung akan datang dan sumpah seranah kami sebab anak kecil dia asyik terkejut, tak dapat tidur! Kami suruh sumbat dengan kekabu kat telinga budak tu. Makcik tu blah. Tak pe, raya nanti boleh minta maaf balik.



Oh ya, setiap kali ia meletup, meriam itu perlu dijirus dengan air supaya guni 'simpai' tetap basah dan kembang, dan baji-baji diketuk supaya ikatan kembali tegang. Kalau tidak.....

Innalillah....



.

9 comments:

SHIMI said...

Salam bro,
memori tuh.
tapi jangan dedahkan rahsia ni kat iraq, nanti ko kena buru dgn FBI.

kebaboom.. macam nak raya pulak esok

ibundo said...

Akak rasa akak ada terbaca dalam berita harian belas tahun dulu kesah budak muka sempong sebelah sebab main meriam kabaid. Bukan engkau ke tu.......
Buktikan yang tu bukan engkau, hehe..

tasekM said...

anak kampung jati betul kamu ni bang....!

errr... jari tangan cukup tak? ha ha.


.

Anonymous said...

orang kampung dulu memang bijak. bukan buat meriam jer. segala teori membuat meriam tu boleh ada logiknya.. sekarang susah nak jumper meriam batang kelape... cuma meriam tin ridset jer...

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Salam berkenalan.
Org timur tengah lagi dahsyat, dia orang pakai besi paip boleh terbang punya...

Kakpah,
Bab nak buktikan ni yang susah sikit. Aku tak nak glamer sampai nak pamer-pamer muka kat sini. Tapi, percayalah kak, aku cuma pernah kena sembur dengan api meriam buluh je... itu pun jambul je yg terbakar.... hahaha

TM,
Memang sejati. Jari pun masih cukup, masih boleh gentel jari lagi... hahaha

Dak Ai,
Takpe, raya kali ni kita bikin meriam paip kalbat, balik nanti kita curi satu dari ladang... amacam?

Yana Ismail said...

ha ha ha ha..

ish tk baek tau.sian makcik tu..huhu sian anak dia jgak ;P

fadzil hafiz said...

peh, lu ni memang berbakat la dalam membuat senjata api ni..!!

~lu sedia menerima tempahan x?

ckLah @xiiinam said...

Ko guna batang pinang yek?

Aku guna papan...korek lobang macam kubur...letak papan tu...ada satu lobang(pusat) dan lobang (gua).
Letak macam mengubur jenazah tulah...pas tu timbus....

Dah siap....karbad semua...cucuh api..

Nanti...tutup telinga dulu...


Sekali....

Haih...kuat lagi bunyi kentut jiran aku!!! Hampeh!!

Nizam.Ariff said...

Princess,
Raya minta maaf balik... kadang-kadang, laki dia pun lepak gak kt port kami..

Padelkopak,
Tempahan sekarang hanya dalam bentuk batang besi paip je. Batang kelapa dah nak pupus...

CkLah,
Selalu gak buat tapi tak best sebab sekali meletup papan dan tanah abis berterabur. Kami biasa gak buat meriam tanah. Cari kawasan tebing tinggi yang bertanah liat, lepas tu korek lubang mendatar dalam-dalam, satu lubang pencucuh dikorek menegak. Yang ni kira ok sikit, cikgu.

Kalau bunyi cam kentut, kena check air karbaid tu, mungkin terlebih atau terkurang. Atau mungkin gas tu dah meresap dalam tanah. Itu juga salah satu kelemahan meriam papan sebab tanah dikorek sebelum letak papan dan kambus semula. Struktur tanah dah berubah, dah gembur. Biasanya, diaorang korek kat tanah berpasir sbb nak senang kambus papan, lagi la gas tu meresap. Nak konsisten, guna palong/ paip air kalbad, tanamkan batang paip ni. Yang ni sah ok punya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com