Wednesday, March 11, 2009

Tatacara membuat senjata pemusnah 2, Awas!

Bagi yang bajet runcit-runcit untuk letup-meletup ni, aku syorkan dengan mercun. Dulu, sebelum ada mercun bola atau bom bola api ni, budak-budak kampung dah buat sendiri. Dan tak pernah pulak kami menerima sebarang jahitan atau putus jari. Jadi, aku tak tahu kenapa budak-budak zaman sekarang ni terlalu cuai?


[AWAS! JANGAN DITIRU PERBUATAN INI TANPA PENGAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN ATAU PIHAK TENTERA]

Sebelum kita pergi ke bab eksperimentasi mercun, elok tahu serba sedikit tentang mercun sebagai 'guidelines'.

1. Ada mercun jenis meletup dan ada mercun jenis bunga api. Jenis meletup kebiasaannya dilapisi oleh kapsul atau kertas yang tebal.

2. Belerang mempunyai kadar rambatan api yang agak perlahan berbanding dengan bahan-bahan peletup yang lain. Tapi, jumlah tenaga yang terbebas tetap tinggi.

3. Letupan terjadi apabila serbuk belerang ini diisikan dengan padat. Oleh itu, tenaga terbebas adalah terkurung dan sampai satu tahap (dalam mikro saat) ledakkan terjadi. Bunyi letupan terhasil apabila tenaga yang terbebas menolak molekul udara sehingga mampat dan padat, sehinggakan gelombang bunyi ini merembat melebihi kelajuan bunyi dan berlakulah apa yang digelar 'sonic boom'.

4. Oleh itu, memegang bunga api dan menggenggam bunga api adalah dua perbuatan yang berbeza. Menggenggam bunga api mungkin menyebabkan kecelakaan!



Berikut adalah cara permainan kami dulu:

1. Bom torpedo.
Kami ambil 'spark plug' motor kapcai yang dah tak boleh pakai. Kami patahkan dia punya 'spark ignitor' yang macam cangkuk tu. Kami korek 'core' dia. Lepas tu, kami cari paku setengah inci dan patahkan kepada dua. Ambil yang bahagian pangkal lalu ikatkan satu tali nylon kepada kepala paku dan satu hujung lagi kepada badan 'spark plug'. Ekor 'spark plug' boleh juga diikat dengan kain atau tali panjang sebagai 'parachute' supaya kepalanya akan jatuh dulu. Bila nak main, masukkan beberapa kepala anak mancis ke dalam 'core' lepas tu sumbatkan dengan paku. Lepas tu, baling keatas dan jatuhkan atas simen padang sepak takraw. Bila jatuh, paku akan menghentam belerang di kepala anak mancis dan .....KABOOM!

Konsepnya sama macam peledak bom nuklear Hiroshima, iaitu menggunakan konsep pelantak dan peledak.

2. Meriam Tok Ali.
Amat mudah! Sediakan satu batang besi paip bergaris pusat satu inci dan potongkan sepanjang satu kaki. Salah satu hujung diketuk sampai kemek. Lepas tu, ikat pada 'handle' basikal. Masa nak guna, letakkan satu mercun letup saiz kecil pada muncung besi tadi. Nyalakan sumbunya dan cepat-cepat tolak mercun itu masuk ke dalam besi. Tunggu seketika dan ....KABOOOM!

Biasanya, kami gunakan ini dari rumah ke rumah sama ada untuk memanggil kawan bermain atau mengejutkan seisi rumah jiran untuk bersahur! Mengikut versi yang lebih tradisi, orang dulu-dulu gunakan meriam buluh yang dibawa dan diletupkan untuk mengejutkan jiran untuk bersahur. Tapi, generasi kami fikir cara tersebut terlalu sadis!

3. Meriam katak.
Bukan pihak tentera je yang ada istilah meriam katak, kami pun ada. Caranya, sentiasa bersiap sedia dengan mercun letup saiz kecil. Apabila terjumpa dengan katak puru, cepat-cepat tangkap dia dan tekan katak itu supaya tak melompat. Sumbatkan satu mercun ke dalam mulut katak itu dan nyalakan sumbunya.... KABOOM!

Yang buat ni ada la dua tiga orang yang kepalanya biol sikit. Sumpah! aku tak pernah buat meriam katak ni. Aku tengok je. Dan aku cegah didalam hati....

4. Bom Jamban.
Ambil secekak bunga api 'pateri' (sebab apinya macam arc welding). Alaskan 2-3 lapis suratkhabar. Potong-potong bunga api tu atau leraikan belerangnya atas kertas suratkhabar tadi. Kumpulkan sekadar sepenumbuk budak. Padatkan belerang tu TAPI JANGAN DIKETUK!. Ambil satu batang lagi bunga api yang panjang dan tegakkan di tengah-tengah, ini sebagai sumbu nak cucuh api. Kemudian, balutkan kesemua belerang dan sumbu tadi dengan suratkhabar, biar sumbu tadi tersembul keluar sedikit. Ikat ketat-ketat suratkhabar tu dengan tali rafia. Ikat 5-6 kali dan tarik kuat-kuat biar benar-benar padat. Kalau tak padat, ia tak meletup. Kemudian, bakar sumbu tu dan letak kat tempat yang sepatutnya, dan lari jauh-jauh, dan .... KABOOM!

Biasanya, kami masukkan dalam tin susu dan sedikit batu ditambah. Sebaik je tutup, kami campak dalam kolam. Bila ikan dah timbul, kami kutip dan balik rumah.




Lihat, kami bukan jenis yang isikan belerang dalam besi arial TV lepas tu ketuk-ketuk bagi padat. Bukan juga jenis yang isi belerang dalam besi paip dan pasang skru. Dan yang paling penting, kami mengutamakan aspek keselamatan melebihi segala-galanya (kecuali kes katak tadi). Kalau mercun atau bom yang kami buat tak meletup, kami tinggalkan je. Kami tak akan kutip balik. Kami buat yang baru.


Kebanyakkan kes jari putus atau terbakar muka terjadi semasa memadatkan belerang dengan cara mengetuk atau ketika cuaca panas terik atau panas. Dan juga ketika mengambil semula mercun yang tetiba tak meletup atau sumbu dia mati separuh jalan.


Ingat, setiap barang yang meletup itu berbahaya.


.

4 comments:

tasekM said...

keturunan al-qaeda la nih..

ha ha.

ckLah @xiiinam said...

Samsengnya....




Entri akak pun mengimbau kenangan zaman samseng.....

ibundo said...

nasib baik la rumah akak jauh tak dekat dengan rumah engkau. kalau tak dah pasti akak kejar engkau keliling kampung sebab memekak je.

Nizam.Ariff said...

TM,
Jaga-jaga kau.. hahaha

CkLah,
Kalau setakat letak mercun dalam mulut katak tu blom samseng lagi kak... hahaha

Kakpah,
Eleh... akak pun dulu main mercun juga kan?
Ingat tak mercun tarik?
Kalau tarik tali tu baru meletup, sekrg tak ada dah. Dulu, sape yang berani tarik dalam genggaman kira power la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com