Friday, April 3, 2009

Apake jadahnya juadah pagi-pagi buta ni?

Aku tengok dia terkais-kasi sesuatu. Kupon bulan lepas kena dihabiskan hari ni. Kalau tidak, ianya lebur. Tak boleh ditukar kepada wang tunai. Kooperasi tak bertanggungjawab.



Aku tanya dia, dia cari apa. Dia jawab yang dia tengah cari 'cornflakes'. Cari benda tu kat kooperasi ? Mana ada. Biskut banyak le.

+ Anak-anak aku suka bersarapan 'cornflakes'.
- 'Cornflakes' tu macam hampas. Ngko bagi dia HAMPAS.

+ Anak ngko sarapan apa pagi-pagi?
- Kalau dia dah lewat, Mama dia kasi '3-in-1' cereal drink.


+ Ceh! Lagi teruk. Ngko kasi anak ngko makan DEDAK...!



Aku terdiam. Nak cakap apa lagi...?





.

9 comments:

kakpah said...

kahkah.. padanlah engkorang berdua. buat macam akak ni ha. makan biskut je pepagi hik..hik..

addyaholix said...

aku tak makan pagi bang.
kadang-kadang. tapi jarang-jarang.
sebab tu badan mantap semacam. haha!

ptuihh! haha!

Nizam.Ariff said...

Kakpah,
Orang makan biskut petang-petang la kak, dengan air teh...

Atau tengah-tengah malam sambil layan cerita hantu...


Addy,
Mantap? Ada 6 packs?
Gua sedozen... hahaha

Tapi tak sama tinggi. Kalau gua bongkokkan badan, dia jadi 24 keping. Bullet proof, peluru tak sempat sampai ke usus.. HAHAHAHA

ashley said...

Aku biarkan engkau melayan karenah 'anak' 'isteri'..
selamat...

AZANI said...

seronok membaca dialog dengan isteri?,boleh buat buku siri ni, macam siri bercakap dengan jin.

Princess Liyana said...

uhuhu yana sama dgn bro addy..jarang breakfast..ahaks

tasikmerah said...

anak aku pagi2 makan oat. kemahen selera aku tgk. yg aku pulak kembang2 tekak tgk dia mkn. heeeee.. mmg tak bulih pergi la dgn oat2 nih... aku tekak kampung. haih~

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Tu bukan bini aku la..., tu kawan sekerja. Dia nak belikan anak dia kornfleks. Dengan bini kita kena bahasakan diri ' ayang', 'anje'..pus...pus...hehehe

Azani,
Aku terfikir jugak nak buat cerita siri, tapi tak konsisten la. Dan tak dak org nak baca...

Princess,
Yana, kamu kata nak naikkan berat badan, kena la brekfes. Hari-hari makan nasi lemak, lepas tu lunch ambik beriani gam kambing, lepas tu bila umur dah 35thn, ambik ubat kolesterol hari-hari ... macam abang ni... hahaha.

Eh, tapi aku nye kolesterol dah ok balik. dan 3 minggu putus ubat. Dah boleh makan kambing golek....

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku pun sama la. Cuba juga tapi tak boleh masuk la, macam muntah jin! Kalau Nestum tu ok jugak tapi Mama kena suapkan...a gaga..a gugu..gu..gu..gu..

Kita tekak tempoyak pekasam, mana boleh masuk selagi sumpah orang Perak masih melekat...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com