Monday, April 6, 2009

Every stroke counts....

.

Aku ambil kesempatan hari ponteng ini untuk mengecat pintu bilik air.


Aku perasan yang bahagian bawah pintu papan lapis tu dah nak berkulat dek lembapan yang tinggi di bilik air. Bukan semua, tapi di bahagian tepi dan bawah. Rumah ni baru berusia setahun, takkan dah berkulat.

Aku pun pergi beli berus cat kat kedai Ah Chong (nama sebenar aku tak tahu). Aku cakap aku mau murah punya, sekali pakai. Dia pun hulur yang murah punya. Aku belek-belek bulu berus tu. Warna putih. Aku minta tukar. Satu lagi pun murah punya. Made in China. Belum bukak sarung aku dah goyang tangan, tak mau. Aku minta yang halal punya. Eh, rupanya ada. Harganya pun sekali ganda. Tak pe, janji halal.



Aku pilih beberapa tin cat dari dalam stor. Tak banyak pilihan. Aku sambar yang warna sedikit pinky, biar sama dengan warna jubin. Aku alas beberapa keping suratkhabar. Paku payung merengek nak buat sama. Aku bagi berus tu. Baru 3 strokes, dia dah mengalah sebab tak tahan bau 'thinner'. Tak pe, aku buat sesorang.

Aku pun mulakan stroke aku. Dari bawah ke atas, dari atas ke bawah. Perlahan-lahan. Sambil hidung pengit melayan bau 'thinner' yang memenuhi ruang bilik air. Makin lama makin gemalai 'stroke' aku tu. Otak mula fikir yang bukan-bukan:

*
"Amacam' stroke' kamu?"
"Adalah dua tiga kali, badan aku dah mati sebelah ni. Kamu?"

*
"Dahsyat Dato'. Satu 'stroke' terus ke lubang. Hole in one!" kata si pengampu.

*
"Begini caranya, kamu 'stroke' dia perlahan-lahan dari pangkal ke hujung.... '" tunjuk bomoh lintah sambil memegang anu si dia.

*
"Apa la you, tak macho! Baru 10 'stroke' dah tumpas." kata ayang kepada anje...

Err... kat mana aku tadi? O ye... pasal hidu bau 'thinner'.





Aku rancang cuma nak cat bahagian dalam. Tapi, cat kat tepi pintu dah masuk ke sempadan luar daun pintu. Mana tidak, kalau ambik ujian alkohol pun boleh gagal ni. Calitan aku asyik tergelincir. 'Stroke' aku pun dah tak kemas. Nasib baik boleh bertahan. Ya, walau pun 'stroke' aku tak kemas tapi aku bukan jenis jantan yang mudah tumpas!

Aku pun cat sekali bahagian luar daun pintu. Nasib baik tak kena dinding. Kalau tak, dinding pun aku cat sekali dengan warna pink. Selesai! Dan aku tinggalkan bilik air dengan perasaan puas hati. Lega. Happy. Fikiran bebas. Sebebas-bebasnya. High!

Agak-agaknya, begini lah kalau hidu gam!





.

10 comments:

AZANI said...

ha ha ha ha he he he, kelakau la entri kau kali ini...memang kalau kena aroma thinner ni pening, tambah lagi kat tempat sempit, pasal tu aku selalu pakai cat kapur dari cat minyak, bancuh dengan air je. Tapi pakai cat air kena ulang stroke dua tiga kali, bila kering baru ulang lagi.

Nizam.Ariff said...

Azani,
Cat air kat bilik air bukan ke nanti dia cair? Tu sebab aku pakai minyak supaya kalis air dan kalis kulat... laen kali kena pakai gas mask kut... pening sampai skang blum hilang... high... so high...

AZANI said...

Good idea juga tu.Buatlah yang terbaik,Nizam.Ariff.Eh, colour apa kau guna untuk kamar mandi anda, Merah?sama dengan tasekmerah, biru ?sama dengan Penyubiru.Aku cadangkan warna pink.He he he..

tasikmerah said...

mc kata 'bu.. jom pindah. buruk la rumah kita nih...'.

hmmm... nak kena cat juga la gamaknya nih...

:)

Nizam.Ariff said...

Azani,
Pink. Jubin lantai pun warna pink tapi jubin dinding warna grey-yellow...nak terapkan warna romantik.

TM,
Gamaknya, gitu le.... hati-hati, jangan 'high' sedut bau cat, nanti ko bayangkan 's.Rukh.Khan' datang Melaka lagi sekali, susah tu...

addyaholix said...

kak tasik tulis separa lucah. kamu pun dah masuk list jugak. siapa tiru siapa ni bang?

aku budak baik. tak biasa!

Princess Liyana said...

HU HU..rajinnyer dia cat mengecat;)

Nizam.Ariff said...

Addy,
Mana ada lucah? Itu kan cuma mengecat je. Lain la kalau mengecat badan menggunakan coklat ke, vanilla icecream ke... hehhehe. Aku ngan Tasek dan ngam. Dia cubit sana, aku terasa kat sini, kan Tasek?

Princes@Yana,
Sesekali kalau dah tak buat ape-ape, mengecat le. Kalau hari-hari, boring gak...

tasikmerah said...

betul.. betul.. betul..!

kejap! tang mana yang lucahnya ni addy...?

hehehehehehe...

ke...

aku yg dah tua...? he he.


tapi bang..... aku suka cubit ponggong..! muahahahahahaha... adeh deh deh...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
Haa.. kan aku dah cakap. TM memang separa lucah.... hahahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com