Tuesday, June 9, 2009

Bunga Bakawali a.k.a Bunga Bakong

.

Seperti yang ada dalam pics pada entry sebelum ini, kelihatan 2 kuntum bunga; satu dah mekar manakala satu lagi belum mekar.


9.30pm (yang dah layu tu bunga yang mekar semalam)




11.30pm



Jadi, yang ini adalah kuntum yang kedua, kini dah mekar. Memang betul seperti kata orang, dah 2 kuntum bunga aku tengok pada dua malam berturut-turut, bunga Bakawali mekar pada tengah malam lebih kurang antara pukul 11pm ~ 2am. Patutlah bunga Bakawali sering dikaitkan dengan unsur-unsur mistik! Siapalah yang rajin sangat nak masuk hutan malam-malam kecuali kalau memang berhajat yang bukan-bukan.


Aku ada snap selang jeda waktu untuk lihat bagaimana dia kembang dan layu. Tapi, aku nak letak kat dalam Flickrs je la. Tunggu le nanti aku up-load.



Ada beberapa cerita yang aku dengar tentang ini:

Cerita Satu

Kata orang, semasa bunga Bakawali nak kembang, genggam kudup bunga seolah-olah tak kasi dia kembang. Waktu itu, ugut bunga tu kalau ia nak juga berkembang, kena serahkan apa-apa yang orang itu mahu.


Cerita Dua

Kata orang, bunga Bakawali ni boleh ditanam dan tumbuh di mana-mana tapi susah untuk berbunga, kecuali kalau sekitarnya ada orang bunian. Jadi, ketika bunga tu sedang mekar, orang yang berhajat perlu tunggu sambil bermentera ntah apa-apa ntah. Ketika bunga itu mekar, dikatakan ada sesuatu dari dalam kudup bunga itu akan keluar. Kalau orang tu sambut maka mungkin dapat seketul batu ntah apa-apa ntah. Kalau terlambat, bunian akan ambil dulu.

Entahlah.





.

13 comments:

Water Lily said...

oh gitu cerita dia. Akak tanam kat kuartes tingkat 3 ni agak-agak boleh berbunga tak hehe..

Bukan apa,kat sini banyak cerita mistikus :)

Insyirah said...

Orang Cina mcm saya ni, kalau dgr citer² mcm ni...tak tau la nak kata apa. Mcm² citer mitos orang Melayu. Err...orang Melayu ke? Hihi.. Correct me if I'm wrong.

tasikmerah said...

gedik la ko bang. dgn bunga pun ko nk serahkan segala2....

muahahaha...

:p



.

Nizam.Ariff said...

Waterlily,
Cuba la kak, mana tau boleh berbunga. Bunganya wangi tau. Dia ni macam bela ikn flower horn jugak la, tak sabar nak tunggu dia berputik, dah tu berdebar-debar nak tunggu dia mekar takut-takut miss sebab dia berbunga satu malam je.

Insyirah,
Aku Melacinawe.. hahaha. Ko pure Cina ke?

TM,
Bunga kesukaan wanita.
Demi wanita, aku rela serahkan 'segala-galanya', dik... hahaha

ashley said...

Bakawali mekar sekali,
Mekarnya pula di tengah malam,
Orang bunian diceritakan lagi,
Hi Hi..hang tak takut ke, NIzam?

..chewah..
aku jual pantun kat sini lak..

Insyirah said...

Melacinawe? "we' tu apa? Haha. Konpius plak.

Ya, pure Chinese. Tapi selalunya orang tertipu dgn saya, mereka sangka saya Melayu. Saya pun tak tahu kenapa.

tasikmerah said...

nizam, melacinawe tu salah bunyik dah macam binawe!

kikikiki....

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Hantu Kopek si Hantu Raya,
Gua tak kisah, tu kat rumah mertua.


Insyirah,
Melayu+Cina+Jawe... hahaha
Memang dik, aku pun mula-mula konpius gak. Aku ingatkan mungkin Melanau atau Sabahan. Cantik...


TM,
Binawe? Hahaha
Ok. Aku tukar.
JaLaCi... hahaha

hairul said...

setengah orang boleh dapat batu geliga dari bunga tu... Wallahualam..

SHIMI said...

salam bro,
ni gua nak kongsikan bunga bakawali yang gua tanam dalam pasu berkembang dalam jumlah puluhan kuntum. Lihat keasyikannya


http://shimi-gallery.blogspot.com/2008/09/flourishing-bakawali.html

http://shimi-gallery.blogspot.com/2008/08/bakawali-medicine.html

Nizam.Ariff said...

Hairul,
Tak dapat pun malam tu?


Shimi,
Wuihh,....

hairul said...

malam hari tue.. bakul kena alih.. sebab tu tak dapat.. hehe

Nizam.Ariff said...

Hairul,
Hahahaa... takpe, biji nangka muda ada...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com