.
Musim cuti sekolah sinonim dengan musim mimpi-mimpi ngeri.
Kalau dulu, musim cuti sekolah sinonim dengan majlis berkhatan. Sinonim juga dengan batang pisang dan air perigi yang gigil-gigil sejuknya. Sinonim dengan Wak Kemi yang asyik usung beg hitam atas motor ke sana-sini. Kalau Wak Kemi melintas di jalan, budak-budak akan terjun semula ke parit. Terbayang-bayang pisau lipat ala mamak gunting rambut dalam beg hitam dia itu.
Sekarang, musim cuti sekolah sinonim pula dengan majlis nikah-kahwin beramai-ramai. Kadang-kadang sampai 2-3 kenduri dalam satu hari di kampung yang sama. Tak nyempat-nyempat nak kenduri. Dah tak sabar sangat. Sang jejaka dah macam katak kuang, onk sana onk sini, tak nyempat-nyempat nak mengawan.
Aku musykil pasal berarak dan bersanding, bukankah itu juga sinonim dengan ' hai sekalian, aku kini dah boleh mengawan' ? Kemudian mak andam dan jurukamera kelam kabut suruh si pengantin posing macam itu - ini. Rangkul la, romantik la, peluk-peluk la... Masa aku kahwin dulu pun kena suruh macam-macam depan makcik-makcik gigi bersepah. Malu giler. Akhirnya, aku cakap 'tak pe, malam karang kami peluk-peluk, kami tangkap gambar sendiri'.
Keesokkan pagi, sedara mara akan pandang semacam. Yang makcik-makcik akan tersenyum simpul. Dalam kepala dia orang mungkin fikir yang lucah-lucah. Yang tak tahan kalau ada telur separa masak dan botol madu atas meja. Goyang kepala lutut tahan segan...
Sekarang ni, nak jamah lauk kenduri dah sinonim dengan seksaan perut. Dah macam kena dera di Guantanamo Bay atau oleh Viet Kong. Silap-silap kena isi surat wasiat dulu sebelum jamah. Doa sebelum makan pun baca panjang, penuh khusyuk dan tawaddhuk. Kalau boleh, baca sekali tahlil dan talkin.
Bila telan terasa macam telan buah berduri. Sekali telan habis bersepai isi perut. Kalau tak pun, habis bersepah isi perut sana-sini.... terburai, terbarai.
Nak makan ke tak makan, nak makan ke tak makan ni...?
.
16 comments:
Aku masa cuti sekolah jer bermula.. aku pergi mandi sungai dengan kawan-kawan, mancing, main basikal, lastik burung. sekarang ni dah dok town. anak kita sekarang tak dapat rasa macm dulu..
ko dulu kawen mesti banyak tol, kan? joget lambak segala. org melaka, layankan sajalah... :)
aku dulu kawen tak sanding. kitorang mencekik je. hahaha...
.
rasa aku, kalau dulu jadi penggah tu kira wajib, tiap tiap kenduri kawin, sekarang wajib jadi tukang makan,semua pakai buffet style.
sekarang kalau masuk musim cuti sekolah aku akan tarik muka empat belas. kerja komfem kena sampai tengah-tengah malam.
lagi satu bang!
kalau kat kampung time kenduri kami ramai-ramai jadi mentara. pakat-pakat pakai sampin pink. masa tu boleh nampak kreativiti masing-masing. macam-macam cara. kalau raya tanak pulak pakai. haha!
satu je lagi bang!
apa ya? ok aku saja je bang. sebab lama tak tinggal jejak kat sini. aku cuba nak jadi superstar. haha!
oh ok last!
DONE!
ha ha ha..
kamu sakit perut lauk kenduri ke??
FOOD poisoning jugak?
Ni mesti jeles tengok adik ipor dapat bini ni..
..............
Lauk kenduri susah nak hadam ke? Apasal sampai kena tulis wasiat?
DakAi,
Sana mana ada sungai, ikan seluang ada la kut. Budak sekarang kalau nak mancing ikan udang boleh duduk dalam aircond, kat kolam bangunan batu. Aku dulu kena redah hutan banat, duri rotan nak sampai ke tebing sugai nak mancing udang galah...
TM,
Mana ada joget lambak, itu ada kat Kg Banjar je... hahaha. Turn kat rumah laki ko ada joget ke? Kat rumah aku di C.Balai buat kenduri sambut menantu je. Aku malas nak sanding. Ssampai je terus masuk rumah jumpa mak-bapak dan sedara-dara salam-salam, lepas tu makan beradab, lepas tu terus keliling rumah jumpa orang-orang kampung. Malam, tabuh kompang sampai tengah malam...
Azani,
Kat kampung belah Mama masih masak kawah lagi. Tumbang lembu sekor. Tu yang kualiti makanan kena jaga betul-betul. Tapi, kalau katering pun lebih kurang jugak. Teori aku, kalau masak makanan untuk lebih 100 org, konfem sakit perut punya...
Addy,
Aku rasa kamu antara beberapa orang yang aku maksudkan tak boleh cuti masa orang lain tengah cuti dalam entry aku tempohari.. hehehe
Addy,
Aku tau. Sebab masa tu anak dara kampung datang berduyun-duyun. Masa raya, anak dara duduk kat rumah masing-masing sebab nak buat air...
Addy,
Ko memang konfem sibuk. Dah dekat akhir cuti ni, baru lega sikit gamaknya yek?
Addy,
Lu hero beb! hahaha...
Ashley,
Aku kurang sakit sebab aku dah agak. Aku makan nasi dengan telur rebus je. Tapi Paku Payung bocor setiap dua jam... dia tak dengar nasihat aku.. hahaha
Aku tak jeles kat ipar baru aku tu le... dia muda lagi, tak ada eksperiens, tak best.. HAHAHAHAH.
Insyirah,
Pernah pegi kenduri orang kampung tak? Food preparation tu yang kurenggg sikit sebab masak dgn kuantiti banyak. E.Coli dan Basilus punye angkara kut...
terharu aku bang. serius. i love u bang. haha!
Addy,
I love you too.. HAHAHAHAA
Eeee......
ko pon layan bang. dan gelak ko besar gila. haha!
Addy,
Gelak aku besar-besar sebab gigi aku besar-besar jugak, gigi kapak... Apa ingat rockapak je yang ada...HAHAHA
makan sikit je.. ikut cara rasulullah...
View Profile: Rantong™
Rantong,
Salam. Ya, bab-bab makan lauk kenduri ni aku ikut cara Nabi. Puasa pun tak pe...
Post a Comment