Wednesday, June 10, 2009

Main kenduri-kenduri

.

Pagi-pagi itu, ayah mertua asah kapak jenis beliung tajam-tajam. Sesekali dia berhenti dan lihat mata kapak yang berkilat itu.

Aku tanya dia, nak buat apa asah beliung tu? Dia juihkan bibirnya kepada kepala lembu yang terpenggal dari badan. Keempat-empat kaki lembu yang telah dilapah kulitnya itu telah digantung pada gelegar setor sejak malam semalam. Sebelum digantung, peha-peha itu dulumurkan dengan campuran kunyit dan minyak sawit. Itu untuk elakkan dari dihinggap lalat.


Dia tanya aku, nak tolong kapakkan kepala lembu tak? Aku geleng cepat-cepat. Aku cakap aku tak sanggup nak buat sebab macam nak kapakkan kepala orang, macam Mona Fendey. Dia ketawa.


Aku tanya lagi, itu lembu jantan atau lembu betina? Dia kata, itu anak lembu betina.

Aku hairan, kalau anak lembu takkan pehanya besar macam tu. Aku naik musykil. Aku tanya lagi. Kemudian dia kata, anak lembu jantan tak ada. Lembu jantan tak beranak. Terkena aku, cis!


Pagi-pagi itu juga, aku tolong seorang pakcik bancuh air kopi dan teh untuk orang-orang yang sibuk memasak. Aku tak tau nama dia. Aku panggil dia pakcik je. Dia kata, masak air ni senang sebab air tak pernah hangus, tak macam tanak nasi. Ye la tu.

Aku ambil salah satu jag air teh dari atas meja. Dia tanya aku, nak buat apa dengan teh tu? Aku cakap aku nak kasi kaw-kaw. Aku curahkan jag air teh itu ke jag yang kosong, tinggi-tinggi. Teh tarik, kata aku. Tapi aku tarik satu jag saja. Itu pun aku terus bawak ke bawah bangsal memasak, tempat aku lepak sambil menghidu asap kayu memasak. Pakcik tu tengok je aku jalan, aku rasa mesti dia kutuk aku.


Setakat ini, aku belum ada tugas yang spesifik lagi. Aku biarkan pakcik-pakcik tu yang masak. Aku tak kacau sebab aku takut dia terkejut dengan resepi-resepi rahsia aku. Masak lemak pucuk Ketum, misalnya.... hahaha





.

11 comments:

AZANI said...

ketumbar tak apa, ketum ,mau laluk satu bangsal nanti...ha ha ha

Nizam.Ariff said...

Azani,
Nak kasi lalok lebih, dia orang kata campurkan panadol dan ubat nyamuk. Sah nyamuk tak hinggap kat badan... hahaha

Insyirah said...

Kalau bro yg masak, saya rasa memang kena baca tahlil dan talkin sekali. Lagi-lagi kalau menu ketum. Haha.

Baca entri bro yg lepas, rasa mual plak tekak ni nak makan lauk kenduri. Tak terfikir plak dari segi tu. Huhu. Sebabnya saya pernah tolong masak (pembantu tak bertauliah je) utk 500 orang. So far, tak ada plak nampak apa-apa menjijikkan. Orang lain makan pun alhamdulilah ok. Wallahua'lam.

ashley said...

Apasal lak lembu betina yang kena sembelih?? Selalunya lembu betina orang bela sebab akan menggandakan lagi ternakannya.

Arwah ayah aku kalau nak sembelih binatang, dulukan yang jantan..

addyaholix said...

kau membantu ke tak ni bang? kalau setakat hisap rokok sambil silang kaki dan sesekali kau teguk air baik tak payah bang. masuk rumah tengok tv sajalah. haha!

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Yang jadi masalahnya ialah pre-cook process, seperti daging ayam dan ikan (daging lembu biasanya dilapah dan terus masak). Pre-cook lauk pauk ditinggalkan semalaman. Aku rasa itu puncanya.


Ashley,
Hahaha... akak pun terkena macam aku. Yang mertua aku kata ialah anak kepada lembu betina. Yag disembelih tu tak tau lembu jantan ke betina. hehehe


Addy,
Aku tolong apa. At least dari segi politik, tunjuk muka itu perlu... hehehe

tasikmerah said...

ko mmg pandai main politik bang. muka mesti kasi tunjuk. menolongnya haram tidak. hihihihi....

kata masak lauk pengantinnnnnnn.....!

:p


.

tasikmerah said...

aku nak ucap in advance bang.

12.06.2009

selamat hari lahir yg ke-36? err... betul ke hah? :)

moga yang baik2 milik kamu....

:)



.

addyaholix said...

aku setuju denagn kak tasik. harammmmmmm tolongnya tidak. kalau setakat tunjuk muka pon kira tolong ke bang? haha!

esok tarikh keramat ke bang?
ok jap aku nyanyi selamat hari jadi nak? haha!

apapon, selamat hari jadi bang. jangan seronok sangat. kau kena sedar yang kau makin tua bang. haha!

ashley said...

WAKAKAKA ...kenapa lak aku jadi Patrick spogebob ni??!!

TM,
muka mau kasi masuk frame..
kerja kalu..
kasi teh tarik kurang se jag aja!!
..he he...

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku tolong masak la... dalam entry lain.

TM,
Terima kasih kerana ingatkan aku. Aku pun terlupa. Isk isk isk... aku terharu, tapi aku tak tau pulak ko punye bila...

Addy,
Aku sedar aku semakin tua. Tu sebab aku buat-buat lupa tarikh hari jadi aku...

Ashley,
aku buat keje la... keje sedut asap... hehehe

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com