Tuesday, August 25, 2009

Rakit dan teratai

.


Hujung minggu pada bulan puasa, kami yang masih bebudak ketika itu, banyak bermain dengan air. Kalau tak berkubang, kami berendam atau kami menyelam sambil tahan kentut dalam air.


Kalau musim air sawah penuh dan belum bertanam padi lagi, biasanya kami akan buat rakit batang pisang. Kami akan tebang 3-4 batang pisang Awak yang tumbuh secara tradisi dan meliar (kami tak berani tebang yang ditanam). Kami akan potong-potong sepanjang 5 kaki setiap sebatang dan kami akan cucuk kesemua batang pisang itu dengan 2 batang kayu panjang, supaya tak barai.


Kami akan tolak ke dalam sawah dan biarkan dia terapung. Kami akan naik atasnya dan berlayar. Bila matahari dah naik terik, kami akan angkat rakit itu ke darat, untuk sesi petang pula.



Atau kami akan bawa rakit itu ke sungai yang lebih dalam dan airnya lebih sejuk. Kami akan berakit menuju ke kelompok pokok teratai di tengah-tengah sungai yang tenang airnya. Rakit batang pisang bukan sesempurna mana, bontot kami tetap basah, cuma kami tak tenggelam.

Kami akan kumpulkan buah-buah teratai yang muda dan tua. Yang muda-muda, kami akan makan begitu sahaja masa pergi terawikh nanti. Yang tua sikit, kami akan campurkan sedikit garam laut dan rebus dalam periuk.


Sekarang ni, nak cari pokok teratai pun susah. Kalau ada pun kat taman-taman rekreasi. Nak terjun pergi ambil buahnya pun dah tak boleh. Kecuali kalau pergi ke kedai ah pek, dia ada jual isi buah teratai dari China.








Insyirah, tolong beritahu macam mana nak buat sup buah teratai?

.

14 comments:

kucingorengemok said...

kalau insyirah ajar masak, mesti nak kena try tu resepi dia! :)

ibundo said...

buah teratai boleh makan? jakunnya aku sebab tak tau.

SHIMI said...

salam. bestnya kenangan bulan puasa masa ko budak2 dulu.

Nizam.Ariff said...

KOG,
Aku tengah tunggu dia ni. Org Cina rajin buat sup akar teratai. Ada sekali tu kat Chicken Rice Shop, sup dia ada letak buat teratai... sedap.

Kamu pun pandai masak kan? Cuba la sekali, kalau jadik kamu bagi tau aku resepinya...


Kakpah,
Boleh dimakan kak. Tunas hijau dalam buah teratai tu pahit sikit tapi bagus untuk ubat kencing manis dan jantung...

Nizam.Ariff said...

Shimi,
Ye ke? Kamu pun ada jugak kan...

Insyirah said...

Amboi...KOG macam perli saya aje.

Bro, apasal tanya saya yg tak reti masak ni? Adehh..adehh. Balik rumah nanti saya tanya family. Sebenarnya saya ingat-ingat lupa resepinya. Sejak dah reverted ni, dah lama saya tak makan buah teratai. Yelah, setiap hari makan menu orang Melayu aje. Tu yg muka pun dah macam Melayu. Kekeke.

Tapi, susah ke nak cari buah teratai? Rasanya tak susah. Mungkin sebab jarang ada orang Melayu yg jual kut. Saya tgk family saya rajin juga buat sup buah teratai. Maknanya, buah teratai ni tak susah nak jumpa.

Kakpah, buah teratai mmg boleh dimakan dan banyak khasiatnya :)

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
Aku suka texture sup tu. Aku selalu tengok dia org beli kat pasar. Tapi aku tak tau nak masak macam mana. Aku ada interview ah soo kat pasar tu, nampak macam senang je nak buat... org Melayu suka buat LaichiKang. Kadang-kadang dia org letak buah teratai tu...

ckLah @xiiinam said...

Lumban di bulan puasa....sambil menyelam minum 'ayer...'



He..he..

Insyirah said...

Buah teratai senang jumpa di pasar pagi, tapi pasar orang cina la. Kat gerai-gerai orang jual sayur-sayur hijau. Saya tak pernah jumpa buah teratai di pasar pagi orang Melayu.

Orang cina mmg suka makan buah teratai sbb berkhasiat dan sedap. Buah teratai yg muda, kalau makan gitu aje rasa ranggup.

Nak buat sup pun sebenarnya senang aje. Tak banyak bahan yg digunakan. Nantilah saya dapatkan resepi yg betul.

Bro cuba-cuba la cari kat mana-mana pasar pagi. Kat supermarket mmg tak ada, toksah la cari. Kedai-kedai biasa lagilah tak ada.

Orang cina panggil 'lin ngao'.

:)

Anonymous said...

yah yah... wa ingat... first time makan buah teratai masa kat Kg Rimba Raja d Bota... memang sedap beb... dan... tu la yg terakhir gak!

ASH said...

Syirah,
anda dikehendaki mengajar kakak kakak dan abang abang di sini bagaimana untuk membuat sup teratai..he he he

Kakpah,
ish ish ish..

Nizam (ooooh tuan rumah)
bagi akak pula, teratai bukanlah buah yang asing..
di lombong kat kawasan KINTA sana tu banyak terdapat pokok teratai..dan waktu aku kecik macam kacang juga aku makan menda ni..
hmmmmmm...

nyonya kat market Batu Gajah banyak jual dulu..seikat entah sekupang dua jer reganya dulu...

hang dah nostalgik ni, perabihkan la cerita kompang tu..

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Lumban nanti air masuk telinga, batal puasa lak... hahaha. Jom lumban?

Insyirah,
Aku tunggu resepi dari mu. Aku selalu jumpa buah teratai dari China kat kedai ubat Cina... boleh pakai juga kut...

Sepa,
Kat situ memang banyak sebab ada banyak paya. Bukan ke kat lombong di KCP dulu ada jugak..?

Ashley,
Aku pernah tengok Majalah 3 tentang teratai. Dia tunjuk di Batu Gajah tu la. Sampai sekarang ni pun ada yang jual teratai, sebab sana banyak lombong. Kakak aku pernah datang ke rumah aku, dia bagi seikat teratai Batu Gajah, seikat harganya 2 ringgit je...

tasekM said...

dak insyirah kena baut n3 khas nih...



.

Nizam.Ariff said...

TM,
nampak gayanya, dia kena buat macam tu la... ramai peminat dia ni.. kan Syirah??

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com