Saturday, September 5, 2009

Hitam, putih dan kelabu pada lantai kehidupan...

.



Blue Mosque, S.Alam




Aku dan kau


Aku lihat putih lebih lama
daripada yang hitam
walau ada sedikit kelabu diantaranya
tak apalah...



Kau lihat pada yang hitam
daripada putih yang banyak
dan kau sinis pada yang kelabu



Itu lantai kehidupan
biasalah begitu...
kalau kurang biasa, biasakanlah...







.

12 comments:

xiiinam said...

ckLah baru siap mengepel lantai ni...

Hi..hi...

AZANI said...

hitam putih kehidupan....

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Sempat tak nak beraya dengan lantai baru ni..? hehehe

Azani,
Memang begitu.
Cuma jangan lupa, kehidupan penuh dengan warna-warni sebenarnya...

ashley said...

alaa..cokolat tak de?

kakpah said...

hitam putih kelabu.... tetap kena pijak2 juga.

akak pernah pegi semarang ke rumah pembantu rumah di sana. lantainya cuma tanah. takde simin. dan rata2nya rumah di situ berlantaikan tanah. yang sudah mengeras dan tak berdebu lagi..

weh.. apa yang aku merepak ni.

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Hish... puasa-puasa ingat cokelat pulak... hahaha

Kakpah,
Betul gak tu kak, itu juga lantai kehidupan... dari sudut yang payah tapi mungki biasa bagi mereka di situ... itu kehidupan mereka.

Insyirah said...

Masjid Shah Alam tu, dulu 1st time gi solat kat sana, sesak nafas wehh nak panjat ke tingkat atas tempat solat muslimah. Saya kesian dgn org yg tak mampu nak naik ke atas, especially orang tua. Memang tak ada tmpt solat muslimah di bawah ke? Saya tak sempat nak ronda-ronda kat situ lagi. Tak nampak di mana tmpt solat muslimah di tingkat bawah.

(Ini komen di luar topik). Hehehe.

Nizam.Ariff said...

Insyirah,
aku pun tak nampak tempat solat muslimat kat bawah. Tapi, aku biasa solat kat bawah je... malas nak menapak kat atas tu yang tersergam indah, gah dengan tamadun segala...

Bagi aku, itu dah terlalu riak. Terlalu agung sedangkan Nabi dulu sujud atas debu keras je. Terlalu comfort hingga senang ngantuk. Terlalu tebal permaidaninya sampai macam masuk istana para raja yang sombong.

Jadi, aku memang tak suka naik atas. Aku lebih suka duduk kat atas marmar batu yang sejuk dan kosong.

Hasri bin Hasfa said...

brader,... takdak kaler biru ka?...

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Kaler biru ada, kat bumbung / kubah... hahaha

addyaholix said...

kat shah alam ada blue mosque? aku ingat kat turki je yang ada. buat penat je aku pergi jauh-jauh bang.

(saja nak bagitahu yang aku pernah pergi turki sebenarnya bang. muahahaha)

Nizam.Ariff said...

Addy,
Aku panggil blue mosque sebab kubahnya biru...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com