Friday, September 18, 2009

Dari bumi kenyalang patah sayap bertongkat paruh

.


Ole-ole dari Bumi Kenyalang bertenggek dan ditembak untuk paruhnya, Sarawak!





Ini garam Bario.
Di sejatkan dari air perigi bukit di daerah Bario, yang juga terkenal dengan beras Bario yang bermutu tinggi dan mahal itu. Ya, Bario adalah tempat kelahiran Datuk Idris Jala.


Air perigi itu direnih sampai sejat, meninggalkan garam yang kemudiannya dibakar di dalam buluh. Kemudiannya, ia dibungkus dalam helaian daunan hutan dan diikat kejap dengan tali rotan. Rasanya? Masin tetapi tidak terlalu masin, kata orang, masin-masin buah je.


Rugi kalau di buat masak. Ia sesuai untuk cicahan atau kalau ikut versi asli, ianya ditaburkan pada nasi yang masih panas, digaul atau gempalan nasi yang panas itu dicicahkan pada garam ini dan dimakan begitu sahaja.





Ini pula cili entah jenis apa. Nampak pelik. Aku takut nak makannya.


Terima kasih Dak An.







.

8 comments:

tasikmerah said...

cili tu kiut sgt, kalau aku pun sayang nk makan.

selamat hari raya bang. maaf zahir batin.


.

Insyirah said...

Garam tu tabur atas nasi, then makan mcm tu aje dgn nasi? Sedap ke? Mesti rasa masin aje. Yakkkk..tak sedap la.

Cili tu mcm cili yg dah kecut aje. Tapi kecil dan cute.

Nizam.Ariff said...

TM,
Mana ada kiut.. tu sebesar ibu jari tu... Salam aidilfitri.


Insyirah,
Yup, tabur dan makan. Memang masin tapi percayalah, ianya sedap. Macam makan mempelam muda cicah dengan garam, walau masin tapi sedap...kan?

ashley said...

Nizam,
garam mesti kena ada dalam masakan...teringat cerita Ahmad Al-BAB!
hmmmm..
apasal aku tiba tiba rasa lapar nih?

****MENCI AAA BUNYI MEMEKAK TUH!!

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Ok la... ok la... aku buang mende tu.

Aku pun bila masuk rumah sini aku tutup je mende tu...

HAHAHHAHAHAA....

AZANI said...

jauhnya penganan ni,,,

Nizam.Ariff said...

Azani,
Aku tempah dari Bario, adik ipar aku kat Sarawak...

Hasri bin Hasfa said...

brader,... cili tuh tak silap namanya cili gronong > lebih pedas dari cili padi...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com