Thursday, November 19, 2009

Ego seorang suami... ataukah bodoh?

.


Dari dulu lagi, sejak kasih janji terikat bersaksi wali, Mama selalu memuji, kuntuman Ros itu cantik. Aku akui, kuntuman Ros itu memang cantik tetapi berduri. Begitulah.

Dan dari sehari ke sehari, Mama juga berkata kuntuman Ros itu menarik dan cantik, setiap kali terpandangnya. Ya, memang cantik tetapi tak tahan lama seperti kuntuman plastik, kata aku. Begitulah.


Tengahari semalam, aku teringat kembali kata-kata Mama. Aku belek betul-betul kata-kata Mama. Dan aku dapati, aku tertinggal sesuatu diantara bait-bait ayat itu. Aku gagal membacanya dengan betul. Aku singkap begitu sahaja. Dan aku mula sedar.



Lalu aku pacu kuda api aku laju-laju, seluruh kedai-kedai sekitar Kota Kemuning aku selidiki, satu persatu. Tiada. Aku singgah makan di restoran mamak tanpa WiFi. Ketika membayar harga makanan, aku tanya mamak, di mana ada kedai bunga? Dia tercangak-cangak beberapa ketika... tak pasti. Dia toleh kepada seorang lelaki yang berumur mungkin lewat 40an yang sedang memilih makanan, di mana ada kedai bunga? Lelaki itu memandang tepat kepada aku sambil berfikir... tidak pasti, katanya. Kedai bunga plastik adalah, tambahnya. Tak apa lah, balas aku.


Selesai bayar, aku pecut lagi. Aku selusuri kembali jejak-jejak tadi, aku kira mungkin aku terlepas pandang. Dan, memang sah... tiada. Aku belok ke blok perumahan dan deretan kedai yang lebih jauh. Aku pusing-pusing lagi... tiada.


Aku pusing lagi, ke Bukit Rimau... tiada. Aku ambil keputusan, aku pergi ke Sri Muda, walau aku terpaksa berpatah balik sekitar 7km. Aku pecut laju. Dalam hati aku kata, kalaulah aku eksiden pun, niat aku lebih utama daripada segala-galanya. Misi aku tentang Mama lebih utama. Mama adalah segala-galanya.


Akhirnya aku temui. Aku beli sedozen kuntuman Ros pelbagai warna kerana aku tak pasti, warna mana yang Mama suka. Ya, aku lelaki bodoh yang tak pernah tahu. Dan dalam terkocoh-kocoh aku seluk kocek seluar, aku tulis rangkap cinta pada sekeping kad menggunakan pen magic warna kelabu yang aku 'seludup' keluar dari Kota Permai:

We had a wonderful life together... and I want it to last forever, because I LOVE YOU. Terima kasih kerana sudi menjadi teman hidupku, sayang
.


Aku pesan kepada Cina tua itu, sila berikan kepada Mama sebelum pukul 3:00pm dan aku serahkan alamat rumah aku kepadanya.


Aku pecut semula ke Kota Permai, walau aku terpaksa membuat 'U' turn sejauh 7 km lagi, aku puas. Sepanjang jalan, aku tersenyum... dan mata aku menakung air jernih. Kenapalah baru sekarang aku sedar!!?? Aku memang bodoh!


Kenapa hanya baru sekarang aku faham luahan hati Mama?
Hanya selepas 11 tahun....!!!!!?????????? Ahhh..... bodohnya aku!!!!





Mama,

Terimalah bunga-bunga Ros kegemaranmu.
Terimalah cinta kasih sayang yang telah kutitipkan bersama-samanya.

Sebelas tahun berlalu dan selama itulah juga rasa terpendam.

Sungguh tinggi kesabaranmu, aku kagum dengan kekuatanmu.
Dan kalaulah aku bisa kembali ke zaman kita mula bertemu.
Kalaulah boleh, pasti akan aku tebus segala-galanya.

Maafkan aku, Mama...









[Terima kasih Syed Reza Ali, maaf kerana terlewat untuk aturcara petang tadi]


.

13 comments:

ckLah @xiiinam said...

.....waaahhhhh...ahaks!!!




cklah nak cari bunga Harum Sundal Malam....kat Cameron baru jumpa. Wangi sangat bunga tu!! Walupun namanya hodoh..

cat said...

..tersentuh hati sbb ada juga seorang lelaki yg faham apa yg tersirat di sebalik kata2 seorang isteri..

tasekM said...

soooooo sweeeetttttttt......!





.

kucingorengemok said...

deris kata, bunga bukan boleh makan. bini dia setuju, dapat bunga tak kenyang. hehehe :)

Anonymous said...

Hi. This is great stuff and I was so touched by your story. Hope for long years of happiness for your and your wife.

Reza

Ps I think you got my website wrong (if it was meant for me). My blog is at therighteye.wordpress.com

Nizam.Ariff said...

Cklah,
Harum sundal boleh undang sundal malam wooo... takut.

Cat,
Ye... tapi selepas 11 tahun! Lama sangat tu...

KOG,
Silap tu... ada restoran yang goreng kelopak bunga ros bercelup tepung tempura... awet muda makan bunga...

TM,
Sweeetttt sooo... hahaha

Reza,
Thanks a lot, bro. You've made me inspired. I got into your wordpress blog but I choose your website instead... hahaha.

aza ni said...

selamat ulangtahun perkahwinan...moga berpanjangan dan bertambah kemesraan dan keserasian...its better late than never bro...

addyaholix said...

romantik jugak kamu bang nizam. sure mama makin sayang ;p

cat said...

:) 11 tahun tu memang lama sesangat but at least u got it :).
Bunga memang tak boleh dimakan dan selalunya wife tak harap dapatkan ianya selalu. Tapi satu kali yg dapat tu, kenangan dia terpahat dalam memori seumur hidup.
maaf ye nizam sbb cat ambik dan letak cerita nizam ni kat
http://cat-buzztalk.blogspot.com/2009/11/cerita-seorang-suami.html

secangkir madu merah said...

nizam, hati wanitaku tersentuh.. bunga ros memang kegemaran org perempuan, tambah terharu dgn puisi mu itu...
aku pasti mama akan tambah sayang kat kau..
kau memang suami yg romantik.
Iya ke tu?

Nizam.Ariff said...

Azani,
Kalau nak kira ulang tahun, lambat lagi bang... ni kira interim la... ringan-ringan dulu.. hahaha

Addy,
Entahlah, kadang-kadang aku ni kurang percaya dengan bakat terpendam aku nih.. hahaha

Cat,
Dah baca. Ok, no problem... dah tinggalkan komen pun..


SMM,
Iye... betul tu kak, percayalah... hahaha

aza ni said...

haha....in advance ye...takpa ucapan doa tu in advance jugak...

Nizam.Ariff said...

Azani,
ya ya.. boleh in advance... heheh terima kasih.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com