Saturday, March 20, 2010

Terpenjara di pintu sepi ... ( the prison of soul )

.

Kadang-kadang tu aku naik musykil juga, jeriji besi dan kunci segala tu untuk melemahkan niat pencuri atau pun nak halang penghuni dari keluar rumah?





Siapa yang 'terpenjara' sebenarnya?
Bakal pencuri masih bebas di luar sana sambil minum kopi di warung simpang, sambil main dam Aji dua tiga papan. Tapi, pemilik rumah dia siang-siang masuk penjara!


Siapa yang 'bebas' sebenarnya?




Benarlah kata Sy. Ali tentang harta: kita penat penjaganya... siang malam risau!

Haih!






.

7 comments:

xiiinam said...

Pagar pun...adakalanya makan padi...

kakpah said...

rumah akak tak de grill. tawakal je. kalau orang nak masuk, letak grill berlapis2 pun orang masuk gak.

Laki akak kata, grill tu is a death trap.

ashley said...

Rumah aku tak pernah ader grill semenjak aku tinggal kat sini dari tahun 1996. tapi 2005, aku kena pindah Alog Stag...orang yang menyewa rumah aku ni takut jadi dia boh grill ..aku benci grill kat sliding door sebab susah nak cuci cermin.

Memang betul kata engko Nizam, siapa yang kena penjara sebenornya kan..
kut mana pun, kalau orang nak buat apa apa, boh grill, palam pintu, alarm ka..hatta pintu besi sekali pun, akan dipecah masuk juga..

Tengok bank pun sudah laaa..

ashley said...

ooppss..pindah alog stag 2004..2005 aku dah kat sini semula. he he he

Nizam.Ariff said...

CkLah,
pagar makan padi.. hmm lama tak dengar perumpamaan tu. Yang selalu dengar: haruan makan anak... huh! menjadi-jadi skrg ni..


Kakpah,
Dalam banyak2 gril, ada 2 yang berselak. Aku letak grill sebab nak elak budak jatuh... rumah aku tinggi sangat... hahaha

Ashley,
Betul tu.. susah nak lap cermin... tu yang malas nak lap cermin tu (alasan).. HAHAHA

Ashley,
2004/2005 aku masih duduk sewa kat rumah kecik 2 bilik je... rumah skrg ni sangkut pembinaan genap 10 tahun... nak buat camner...

ashley said...

alasan kukuh..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Mak idup mudah, camtu lah... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com