Monday, November 29, 2010

Pelaburan jangka panjang...

.
Iklan Kuwait Finance baru-baru ini betul-betul mencuit jiwa. Sama ada jiwa ibu-ibu atau bapa-bapa. Fikiran dan perasaan masing-masing boleh terbuai-buai jauh diawang-awangan.


Bagi kaum bapa, ia mungkin satu pelaburan jangka singkat yang nikmat dan penuh lazat, tapi jika salah ikhtiar mungkin menjadi satu pelaburan jangka panjang yang merugikan. Memusnahkan.


Bagi kaum ibu pula, ia mungkin satu pelaburan jangka panjang yang berbaloi. Pelaburan jangka yang amaaaaaattttt... panjang. Nun disana. Nanti. Apabila matahari jaraknya mungkin tinggal sejengkal (bagi sesetengah orang) dari kulit kepala. Sedikit teduhan adalah satu nikmat yang teramat-amat lazat.

Apatah lagi jika teduhan itu berbentuk yang mewah seperti dalam iklan Kuwait Finance itu.


Tapi, aku tak cukup duit lebih untuk melabur di Kuwait Finance. Cukuplah sekadar penuhkan ASB dulu. Mana-mana yang patut didahulukan, didahulukan.




.

10 comments:

Cikgooden said...

ASB aku pun kejap ada, kejap takda..kejap masuk, kejap keluar duitnya....

Aku said...

Cikgooden,
Tu la... aku pun sama gak. ASB dah jadi macam saving account.

Cikgooden said...

ok la...aku dah jadi macam tabung Ayam......banyak ke korek ja.

tasekM said...

iklan yg mana ni wey....? ko gi godek youtube kasi up load sikit aku nk tgk.



.

ckLah@xiiinam said...

Ya...dahulukan yang dahulu, mengikut tertib.

ashley said...

Bab bab melabur ni aku ingat satu jer...
.
.
.
.
Tau tak ape dia?

ashley said...

TM,
kalau IKLAN KFH kat radio...hmmm..pasai nak gi Mekah ada la.
Lenlain?? Aku tak perasan le pulok.
Mungkin Nizam nak gi Mekah...
bagus la tu..

Aku said...

Cikgooden,
Tabung ayam jangan dikorek. Dipecahkan terus... hahaha

TM,
Tak bleh. Sensitip. Ko tunggu la iklan tu kuar. Atau ko car sendiri la kat U.Tube

Cklah,
Yang terdahulu tetap dah dahulu...

Ashley,
Laur ni banyak. Yang lebur pun banyak kak... mana satu yang bagus?

Ashley,
Alaa... nanti kuarla iklan tu...hahaha

ashley said...

Nizam,
.
.
.
mengelupur ikan di air sudah ku tahu JERUNG BILISnya

Aku said...

Mana yang halal, kita halalkan....biar menggelupur segala bagai... hahahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com