Monday, November 1, 2010

Perlumbaan yang bernilai jutaan dollar

.

Aku tengok dokumentari tentang eksplorasi ke Marikh. Pertama kali, misi gagal. Robot terhempas dan berjuta-juta dollar hancus. Misi kedua dibuat selepas 6 tahun dari kegagalan misi pertama. Berjuta-juta dollar juga. Sumbangan dari pelbagai badan dan universiti. Misi berjaya. Dapat gambar Planet Merah itu. Objektif utama ekplorasi ke Planet Merah itu ialah pencarian bukti-bukti kehidupan, jika ada, melalui bukti yang terperangkap di dalam perma-ais di khutub. Ok. Aku faham.

Merah


Yang aku kurang faham, misi berjuta-juta dollar itu hanya untuk akademik? Untuk sains semata-mata? Mana mungkin...


Dunia Barat terkenal dengan dasar kapitalisnya. Duit jutaan dollar pasti diimbangi dengan pulangan yang lumayan kepada para penyumbang. Apakah pulangan lumayan tersebut? Satu tanda tanya yang besar!


Sesetengahnya, pulangan adalah segi teknologi yang dibangunkan seperti sistem kawalan untuk memungkinkan pendaratan dan eksplorasi. Sebahagian teknologi ini mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada penyumbang dana, terutamanya persenjataan perang dengan sistem kawalan jauh dan robotik. Dan industri perang adalah industri yang amat lumayan, selumayan nyawa-nyawa manusia yang terkorban.


Sesetengahnya, untuk para pelabur yang berimaginasi tinggi. Untuk mendapatkan logam-logam bernilai tinggi atau yang surih, harga mahal. Atau mungkin untuk tinggal di Planet Merah apabila alam sekitar di Bumi terlalu tercemar dan penuh bencana.


Itukah sahaja? Atau ada perkara lain yang kita tidak tahu...?


Jom buat kolam ikan ...





.

6 comments:

tasekM said...

ada motif lain ke...? aku hanya terfikir mereka mencari alternatif kepada bumi je.



.

kakpah said...

aku setuju buat kolam ikan hiiii..

buah kedondong said...

finding an alternative place after Earth is being destroyed...hmmm...boleh booking rumah siap2 tak kat sana..huhuhu

Nizam.Ariff said...

TM,
Aku tak rasa motif dia org satu tu je... tak mungkin.

Kakpah,
Yesss... kita boleh jual kat alien masa dia org lalu lalang... kat R&R.

b.kedondong,
ko nak booking boleh, siap tak boleh jamin la bila...

ashley said...

Aku syak demer nak konker the UNIVERSE..

Nizam.Ariff said...

Ashley,
Kalau setakat Marikh tu, tak kemana la... nak pergi marikh pun berzaman, inikan nak konker universe, apa la sangat dia org tu... hehee

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com