Tuesday, February 1, 2011

Gerimis... air menitis pada cucur atap

Hari itu, gerimis tidak reda sedikit pun dari tengah malam. Pagi itu, sejuk gigilnya menggigit tulang. Termenung panjang melihat kaki langit yang kelam. Udara segar tetapi kelam hari itu membuatkan hati hilang cerianya.


Aku kejapkan hati, aku redah sejuk gerimis dan dalam 30 minit, aku sampai di tempat itu.

Aku bawa lara hati ini ke satu sudut. Di situ, aku duduk di atas pangkin kayu resak. Aku tenung bidai buluh, aku tenung tiang kayu. Aku lihat air hujan menitis pada hujung genting, pada cucur daun kelapa sawit. Aku lontarkan pandanganku jauh ke pokok-pokok di luar sana. Aku cuba amati betul-betul. Aku cuba dengar betul-betul. Tiada burung yang menyanyi.







Kemana perginya semua burung?

Aku lihat tali pengikat bidai, simpulnya seperti kusut rambut aku...hmm...dah panjang rambut aku.







.

8 comments:

ckLah@xiiinam said...

Burung-burung semua sudah terbang ke tengah sawah....ada yang cari sepat, ada yang cari ulat, tikus dan belalang.


:D

Aku said...

Cklah,
Kalau gitu, jom kita kejar kat sawah...

kakpah said...

aku dah tiga hari asek pakai sweater je. Bukan gerimis lagi dah...
sejuk pun masuk dalam tulang temulang. gigil wo...

Aku said...

kakpah,
kalau gitu baik sarung selimut je kak...

tasekM said...

apa yang lara benar tu...
lu rindu 'sekolah' ni gua syak...





.

secangkir madu merah said...

burung pun tau duduk rumah diam2 waktu hujan.... takot demam

Aku said...

TM,
Cuti sekolah lagi best...

SMM,
Burung duk diam-diam tak makan le gamaknya...

ashley said...

Itik sejenis burung yang suka hujan....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com