Thursday, June 16, 2011

OMG! Telurnya kena ragut sebelum sempat berbaka....

.

Kegilaan terhadap makanan jepun kini kembali meluap-luap... dan poket pula menjadi meruap-ruap.



gambar tak jelas... lupa nak kesat lensa kamera hp




Mula-mula aku kenal ikan itu di Jepun. Aku hairan kenapa orang jepun tu order ikan 'bilis', 3 ekor pula tu. Bila aku tanya, dia suruh tunggu dan lihat. Bila ikan itu sampai di atas meja, aku tengok cuma sebesar jari kelingking... alamak aii!!! Aku boleh sorok celah gigi je.


Tapi, bila dia patahkan badan ikan itu, aku terkejut bila telurnya penuh satu isi perut.


Jadi, tadi aku tanya mama pernah makan atau tidak, dia kata tak. Aku pesan sepiring.


Dan aku dapat reaksi yang sama dari mama... alahai! Cenonet je, katanya. Dia ingat ikan itu mesti besar-besar, paling tidak pun sebesar ikan sardin.


Memang banyak telur ikan tu. Cuma aku terfikir, kalaulah asyik kena tangkap dan di salai, bila masa ikan itu nak bertelur dan membiak?


Ish! Memanglah Jepun. Sudahlah ikan paus pun mereka buru dan makan, ikan nak bertelur pun kena ragut telurnya...








.

9 comments:

tasekM said...

aku ingat cicak.
heh.



.

Aku said...

TM,
Sah! ko memang benci cicak ek?

hahaha

SHIMI said...

aku syak nama dia
ikan bilis telur

ashley said...

ikan apa ni?

Aku said...

Shimi,
ada nama ikan tu.. cuma aku lupa, Tapi pastinya bukan ikan bilis... sebab aku kenal ikan bilis...yang kering la.. aku tak pernah tengok yang hidup punya...


ashley,
ikan bunting setahun. sebabnya setiap kali aku order, sentiasa ada telur je memanjang. 50% badan ikan tu adalah telurnya... punya la banyak.

ashley said...

jom tangkap buat gulai telur ikan!

Aku said...

Ashley,
tak pernah jumpa ikna ni kat sini.. bukan ikan tamban tau...

AZANI said...

rata juga kau berjalan zam...banyak pengalaman

Aku said...

Azani,
alaa... dekat-dekat jer..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com