Saturday, June 25, 2011

Teritip-teritip kaca yang.....

.




Kalaulah yang berdiri tegak itu Jelutong, maka teritip-teritip itu diibaratkan Duit-Duit yang memanjat. Tapi, itu bukan Jelutong. Itu Tualang Konkrit yang keras, sekeras azam mereka-mereka yang berlumba-lumba mencapai langit ke-7. Mungkin bagi mereka lebih tinggi maka lebih dekat dengan Tuhan. Anehnya mereka mencari Tuhan dengan cara begitu, kalau betullah itu maksud mereka. Tapi aku rasa kalau ditanyai mereka, itu bukan, itu sekadar meneruskan tradisi piramid.


Teritip-teritip kaca itu melekat pada batang konkrit bertetulang. Gampang itu muncul apabila kayu dan papan digantikan dengan teritip-teritip kaca yang bersusun-susun. Lebih mudah teritip dilekatkan maka tinggilah ia boleh panjat, maka lebih tinggilah puncak itu dan lebih tinggilah bongkak dan riak. Berapa harganya? Entahlah...


Mungkin seberkas Iman?









.

5 comments:

AZANI said...

hutan konkrit...kalaulah boleh digunakan istilah itu tali tarzan dari kabel triple core,armour braided...langsuyarnya dari plastik dan kaca...duit duitnya dari...kepingan galvanized?
lumut dari alfalfa palsu?

Hasri bin Hasfa said...

kalau jelutong, tuan C eM aku dah lama datang tebang...

Aku said...

Azani,
dah boleh tu tapi tang langsuir tu macam tak masuk je kalau dari plastik sebab tak menggigit... hahaha



Sepa,
Bukan tuan C eM tu minat pokok bakau minyak je ke? kuat juga nafsu dia lagi ek....

tasekM said...

klcc toilet x de paip.
aku benci.


.

Aku said...

TM,
ye, aku perasan... aku kena guna gaya kreatif nak cari air...

tapi tak bleh bagi tau.... lucah sangat... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com