Saturday, August 13, 2011

3.30am kusemai benih khayal di atas bantal dengan niat mahu dituai semula pukul 4.45am...

.


Lepas berbuka di rumah secara ala kadar petang Jumaat semalam, aku pun bergerak ke pusat S.Alam. Berbuka ala kadar itu bermaksud: sepiring penuh cempedak emas kuning manis bersalut tepung (3 gorengan), tauhu dual-goreng bersumbat timun dan taugeh renyah bersama kuah kacang spesial (10) dan air teh hijau berlemon dan bermadu rewarewa (1 jag).


Oleh kerana berbuka ala kadar, dalam pukul 9.30 malam perut mula meminta-minta zakat dalam bentuk karbohidrat termasak. Bila perut meminta zakat, mulut pun mula mengajak seisi rumah untuk mencari makanan.


Akhirnya, kami singgah di restoran D'Arab di seks 7.


Kami bertiga tapi aku pesan hanya dua Lamb Khabsah, satu lagi bagi pinggan kosong sahaja. D'Arab terkenal dengan jumlah nasi beriyani yang banyak. Tak lengkap kalau 'pekena' nasi itu kalau tidak dengan teh arab.


Oleh kerana kedai mahu ditutup atau mungkin apabila tahu yang satu hidangan itu akan dikongsikan, aku dapati hidangan yang itu sengaja dilebihkan nasi dan daging kambingnya. Daging kambingnya ada 3 ketul besar!



Oleh kerana berbuka tadi cuma ala kadar, maka sekembalinya aku dari D 'Arab, aku singgah di drive-thru McD. Aku pesan Double-Cheese burger set besar dan kentang goreng besar.


Tiba di rumah, aku tak mahu terus tidur. Aku mahu segala makanan itu sera dulu. Jadi, aku pun godek-godek blog. Juga blog kawan-kawan. Tetiba ada satu permintaan dari kawan blog yang juga tak tido lagi walau pun mata belalang hampir pecah. Jadi, aku siapkan entri dibawah itu secara ala kadar.



Sehinggalah jam 3.30, mata dah hilang tempo. Kantuk lesap seperti babi hutan dihambat anjing pemburu. Aku dah set nak buat nasi goreng untuk sahur, saja-saja nak sediakan pula untuk Mama dan Ariff. Tapi, masih awal lagi.


Aku pun semaikan benih khayal bermata kuyu, yang renek batangnya dan berakar singkat, di atas bantal dengan niat mahu dituai semula pada jam 4.45am.



5.58am, aku terjaga apabila ditegur azan dari corong pembesar suara yang masih lagi dibenarkan kegunaannya di Selangor...!



'Oii nasi goreng, Oii bubur kacang.... '


Aku rasa macam nak menyanyi sampai ke petang....







.

19 comments:

tasekM said...

kahkahkah...

tu kira ok lagi.
aku.
sedar2 dah 7 suku.
celah mana nk bersahurnya.


ni angkara tidor lambat la nih...




.

Aku said...

TM,
bila tu? pagi tadi ke..?
Hahahaa.........

tasekM said...

ye la.
pagi tadi la.
jgn kata sahur.
subuh pun hangus.

heh.





.

Aku said...

TM,
Hahaha... apa citer si Sepa pulak nih? Dia pun rentung gak tu... jangan terlupa niat sudah la..

ckLah said...

Kesimpulannya...


Puasa ke idak ni?



:D

Aku said...

cklah,
puasa cikgu... sebab dari berbuka sampai kul 3am mulut hampir tak pernah kering..

kesian kat anak jer...

hani@debumelukut said...

ingat kita jer yg tak tido mlm tadi

Aku said...

hani,
tu laa... tapi akak sempat sahur, aku tak sempat... tasek lagi barai.. hahahaa

Hasri bin Hasfa said...

dino,
aku manusia bionik. boleh satu mata pejam. satu mata celik. 6.30am dah pecut ke belantara...

tasekM said...

sepa.
ko kerja ke hr sabtu..?



.

Aku said...

Sepa,
ko dah macam tarzan daaa...

nak berak je, pecut ke belantara... senang.




TM,
hari sabtu je dia kerja...hari lain dia jadi sawa dalam belantara... hahaha

AZANI said...

ok tu sahur awal....cer lagi 7 minit nak subuh,,,

Aku said...

Azani,
aku kalau camtu aku minum jer... malas nak nguyah dah...

Hasri bin Hasfa said...

mem,
hari sabtu memang aku kerja, biasanya sekerat hari jeh. tp minggu nih, bukan jeh sabtu. hari ahad pun kerja. arrrgh letihnya... capek.!

Hasri bin Hasfa said...

Dino,
tarzan... aku rasa dah nak jadi king kong... kihkihkih.!

AZANI said...

sepa

curious lah

mem tu sapa?

Hasri bin Hasfa said...

azani,

mem...?
mem n TasekM tuh org yg sama.
.
term mem tuh masuk lepas kejadian dia dalam entri nih > http://tasikmerah.blogspot.com/2011/05/masaklah-baru-gua-hilang-ingatan.html

.

AZANI said...

sepa...betul tu...

Aku said...

Sepa,
lu memang king...

lu juga memang pegang kong.

hahaha


Azani,
aku syak tasek kembang giler kena panggil mem dgn org sarawak... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com