Sunday, August 14, 2011

Nafsu aku melompat dari bahu ke bahu di lautan manusia itu...

.


Lewat petang, nafsu mencari makanan untuk berbuka meluap-luap. Payah nak ditenteramkan. Maka aku berlepas ke pekan untuk bersatu dengan selautan manusia yang gigih mencari juadah seperti aku.


Sesampai di tempat itu, aku lepaskan nafsu aku. Aku biarkan dia melompat-lompat dari bahu ke bahu lautan manusian itu. Kadang-kadang dia hinggap pada dada-dada yang terdedah. Kadang-kadang pada mulut-mulut yang reput.


Dalam banyak-banyak gerai, lompatannya terhenti di gerai ini.








Satu masa dulu, aku pernah membawanya ke Tg. Karang untuk mencari gerai ini. Sayang, aku terlambat dan dia pun merajuk. Kini, rajukkan nafsu aku itu terubat kerana gerai itu mencarinya hingga ke daerah ini.


Dan yang menjadi idamannya ialah serunding kelapa ini.







Biarkanlah dia. Aku turuti sahaja kehendaknya.

Setelah usai memilih juadah berbuka, aku menyuruhnya kembali semula masuk ke dalam dada aku. Diamlah dia di situ sehingga esok petang. Lalu kami kembali ke rumah.


Juadah yang ringkas-ringkas tapi habis juga dalam RM24. Ya lah, nafsu dari 2 batang tubuh di rumah juga ada ikut serta, menyorok di dalam bonet kereta. Aku tahu tapi aku biarkan sahaja dia melompat dari payung ke payung melihat juadah. Pengalaman.







.

15 comments:

tasekM said...

gua memasak 7 hari seminggu.

tak ada nasi kerabu.
tak ada nasi ambeng.
tak ada nasi tomato.
tak ada nasi ayam.

bukanlah rajin sgt sebenarnya.
yg betul.
kitorg tak banyak duit nk makan luar.

haha.


.

Aku said...

TM,
Aku pun setakat ini baru 4 kali beli makanan kat bazaar ramadhan. Itu pun sebab stok dah abis. Malam tadi pun bersahur makan sardin jer...

Cikgooden said...

sedap ka nasik ambing tu?...

aku ni masuk posa 14 ni..dah rasa muak dah berbuka makan segala macam...jd tak teringin dah...

NM02 said...

balik banting baru jumpa nasi ambeng

Aku said...

cikgooden,
entah lah... macam makan nasi kenduri kawen orang keturunan jawe jer...




NM02,
ooo.. kat sana ada komuniti yang buat nasi ambeng gk rupa2 nyer...

wos said...

ko biar nafsu ko singgah di dada-dada terdedah.
suami aku pulak suka singgah di kaki-kaki terdedah.

*pelik betul aku tengok budak2 pompuan jaman sekarang pegi pasar ramadhan pakai seluar pendek ngam2 tutup bontot. motif?*

Aku said...

Ros,
Aku syak dia orang nak sejukkan badan tu, kasi angin masuk celah dada dan celah peha.

maklumlah, bulan puasa biasanya cuaca panas... hahaha

♥ manje ♥ said...

ohh... nasi ambeng... best tuh..

erk... kita baru sekali ke bazar ramdhan... semalam... tatau nak beli apa ~

Aku said...

manje,
tataw nak beli apa?... uihh.. sungguh pandai mengawal nafsu tu...

ASH said...

Nafsu tu kalau bulat macam bola, aku ambik baseball bat, aku lambung dan pukul jauh jauh...

tapi apakan daya...
.
.
.
dia masih melekat cuma sekarang ni dia tertiarap dan tak dibiarkan merayau rayau!

Aku said...

Ashley,
nak buang terus pun tak bleh gak kak... ni kes macam budak kecik gak nih... dia kontrol kita atau kita kontrol dia...

buah kedondong said...

menu berbuka aku kebiasaannya;
sup
mihun
nasi goreng
bubur
murtabak megi
agar-agar
kuih sago
lengat pisang
p/s:semua masak sendiri

yang beli, baru 1 kali minggu lepas...
itupun beli kuih koci sbb malas nak buat sendiri
akibatnya...aku sakit perut, muntah dan cirit birit

Aku said...

BK,
doktor pernah pesan kat aku, kalaunak beli makanan kat bazaar ramadhan, kalau boleh cari yg kurang protein...

gadisBunga said...

gb kalau nak nasi ambeng, pegi je ke kg sg ara. sedap!!!

Aku said...

GB,
aku pelik gak, tang mana sedapnya. Ayam tomato.. biasa, mee goreng.. mamak lagi best, ikan masin... standard masin la, tempe goreng... hah, ni lain sikit.... serunding kelapa... hah.. kat sini kut lainnya...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com