Sunday, September 4, 2011

Insiden Pecal di Pekan Sabtu

.


Kakak itu aku kenali sejak aku sekolah rendah lagi. Suaminya adalah tukang kebun sekolah aku. Manakala kakak itu pula selalu berniaga di Pekan Sabtu. Pecal adunan tangannya memang menjadi pujaan hatiku.


Sabtu lepas, aku ke sana lagi mencari dia. Dia memang ada berniaga dan aku pesan 2 bungkus. Semasa aku tunggu, bahu aku ditepuk oleh seseorang. Aku toleh ke belakang dan tepukan itu datang dari sahabat lama aku.


Kami bersahabat sejak dia bertatih mengikut emaknya berziarah aku yang baru lahir dan masih merah ketika itu. Walau pun aku masih merah dan dia sudah boleh bertatih, anehnya kami mula bersekolah di darjah yang sama, maknanya pada tahun yang sama.


Pada Sabtu itu, dia masih mengekalkan identitinya yang berambut panjang. Di sebelahnya ialah adiknya yang berkepala botak. Kami bersalaman. Kami bersembang.


Dari satu topik ke satu topik sehinggalah tentang anaknya yang bersekolah di sebuah sekolah agama bertaraf swasta di kampung kami tetapi bernaung di bawah majlis agama. Sekolah persendirian itu diasaskan oleh seorang tok guru yang mewakafkan tanah sawahnya untuk dibuat sekolah agama rakyat (dulu) sehinggalah kini terdapat satu blok asrama, 2 blok sekolah dan surau yang dinaik taraf menjadi masjid.

" kat rumah asyik main internet... aku hantar kat situ, biar belajar agama sikit" katanya yang sekarang menetap di Selangor.


Dia itu yang aku kenali hanya bersekolah sehingga ke SRP (tak lulus) dan berniaga di Chow Kit Road sehingga aku habis berlajar di U. Di situlah dia belajar dan menghirup segala kesedapan duniawi yang kita semua boleh bayangkan; kecuali merompak dan membunuh.


Aku tak salahkan dia kerana memang didikan dari kedua ibu bapanya kurang (atau tak ada). Tak keterlaluan jika aku katakan, dah bapaknya borek maka rintiklah anak-anaknya. Aku mahu salahkan diri aku kerana gagal menasihatinya sebagai kawan rapat ( serapat tidur sebantal, makan sepinggan dan mandi sama gayung). Aku masuk asrama sejak tingkatan 1 dan dia pula dibesarkan dengan pengaruh Chow Kit sejak berumur 15 tahun.


Dia itu yang aku kenali, senang ceritalah,  kalaulah kisahnya aku buatkan satu novel mungkin ceritanya setaraf drama Ramadhan Terakhir. Sayangnya, tangan kanan aku hampir tak memungkinkan aku menulis banyak-banyak tanpa aku mengeluh sakit. Sungguh sayang sekali.


Dan dia itu yang aku kenali sampai sekarang,  kini membuat perubahan walau mungkin bukan keatas dirinya, sekurang-kurangnya dia bertekad untuk tidak menjadikan anaknya rintik seperti boreknya dia.



Kalaulah tangan aku ini masih sihat.. kalaulah.... aku pasti menulis tentangnya.






.

7 comments:

AZANI said...

kalau kau rakam suara aku taip, boleh kot?

ibundo said...

apasal tangan kau. termasuk dalam rendang ke

Aku said...

Azani,
tak bleh, sore aku pun elusif... hanya kucing yg boleh tangkap frekuensi sore aku.... hahaha



Kakpah,
alaaa... biasalah kalau dah mula nak tua-tua gini, urat tu la, tulang ini la...

sepa said...

ko tulis je.

AZANI said...

ok lah kalau suara tak boleh ...kau lukis....orang kata lukisan lebih dari 1000 perkataan....

Aku said...

Sepa,
sketsa pendek je la... nanti2 aku buat kat MM.



Azani,
lukis lagilah macam cacing... hahaha

AZANI said...

ha ha ha
nanti aku bawa baulu bila aku ke glenmarie berkursus

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com