.
Pemergiannya diberikan liputan secara langsung sepertimana yang sewajarnya.
Dia pergi ke Somalia dengan niat yang suci. Pemergiannya juga dengan cara yang murni.
Aku terkilan kerana dalam pergolakkan yang mencaturkan nyawa-nyawa manusia di atas papan dam itu masih ada pihak-pihak yang mencari keuntungan.
Bayangkan, dalam suasana yang serba kekurangan itu, bilangan senjata-senjata mereka (dari kedua-dua puak bertentangan) mungkin lebih banyak dari periuk belanga yang masih belum pecah. Bilangan peluru-peluru mereka itu mungkin lebih banyak dari jumlah biji beras dan gandum yang masih ada di bumi Somalia.
Persoalannya, siapakah yang membekalkan senjata kepada mereka?
Kalau benar pembekal itu mahu wujudkan keamanan, bekalkan sahaja ubat-ubatan dan makanan. Bukannya senjata.
Kalaulah mereka masih mahu bertelagah lagi, biarkan mereka guna parang dan tombak.
Biarkan mereka guna lastik dan tarbil batu, sama seperti di Palestin. Mereka di Palestin tak dibekalkan senjata untuk 'keamanan'.
Oh, mungkin dunia memang tak mahu wujudkan keamanan di Palestin.
.
4 comments:
mungkin somalia nih kaya dengan hasil bumi. petroleum mungkin. kalau tak dak apa2, masakan tempua bersarang rendah.!
somalia nih, bukan ke negera lahir Bilal r.a.
(penguin d kutub selatan sungguh aman)
aku sanjung niat untuk membantu ....tapi bagaimana yg dhaif di negara sendiri...
yg terbunuh tu umur 41 tapi nampak sgt muda eh...?
balik s alam jalan jem tak...?
aku balik hr ni.
jalan ok.
smlm.
turun dr kedah ke teluk intan.
masyaalahhhhhhhhhh....
.
Sepa,
aku tak pasti lak apa ada kat bawah tanah dia tu. Tapi aku rasa minyak kut.
Azani,
politik dunia.... perlu juga keseimbangan.
lagi pun, kat dalam negara ni dah ada sistem dan agensi.
yg pergi tu agensi lain... misi lain.
TM,
semalam aku balik pun ok je.
akudgr yg jem tu kat area ipoh dan utara. mungkin sebab jalan 2 lorong + naik turun bukit...
Post a Comment