Tuesday, September 6, 2011

Mencari petanda yang mampu menunjukkan kesaktian jiwa...

.
 

Burung Raja Udang.


imej: google dari mana ntah...




Itu nama timang-timangannya sebab burung tu tak makan udang pun, ia makan ikan, katak, serangga... Burung tu tak boleh menjunam sampai ke dasar sungai. Udang berada di dasar, udang tak 'manggak' atau ambil udara macam ikan haruan atau sepat atau puyu.... atau arapaima gigas.


Salah satu petanda yang aku cari-cari kalau aku balik kampung atau pergi ke kampung mana-mana ialah Burung Raja Udang. Aku akan 'respek' tempat itu jika ada burung ini dan kalau burung ini banyak, 'respek' aku mungkin sampai angkat kaki (aku) ke dahi (dia)... salute.


Aku mencari burung ini sebab ia mencerminkan keabadian dan keluhuran ekosistem kampung aku yang 60% adalah sawah bendang.


Semasa dulu-dulu, banyak sungguh burung ini tapi sekarang ini dah semakin kurang. Kalau ada pun silap-silap anak aku cakap burung tu 'Toucan' macam filem 'Rio'.


Burung Raja Udang selalunya makan ikan dengan cara menyambar ikan yang mengambil udara di permukaan air. Signifikan burung ini ialah, kalau jumlah ikan banyak, maka banyaklah burung ini. Kebanyakkan ikan yang 'lepak-lepak' di permukaan air di sawah bendang ialah jenis Ikan Sepat.


Ikan Sepat sangat sensitif kepada kualiti air. Penggunaan racun yang banyak menjadikan ikan ini pernah pupus di petak-petak sawah Bapak aku (yang abang aku usahakan sekarang). Bila bekalan ikan 'mudah' telah menjadi' payah', aku dapati bilangan Burung Raja Udang ini amat kurang.


Atas initiatif abang aku, dia kembang-biakkan ikan Sepat. Dia juga gunakan racun alternatif yang kurang bahaya. Dia gunakan baja organik. Racun yang selalu membunuh benih ikan ialah jenis Furadan atau seangkatannya, untuk bunuh ulat atau siput Gondang Emas. Ada alternatif lain untuk siput itu: Itik air. Sejak abang aku dapat beberapa ekor itik air, siput Gondang Emas kini terkawal.


Bila terkawal, tak perlu guna racun dengan kerap. Bila tak guna kerap, diharapkan ikan-ikan sempat membenih. Bila ikan dah banyak di londang, diharapkan Burung Raja Udang itu kembali dan membuat sarang... dan berkembang biak.


Jadi, aku selalu tercari-cari Burung Raja Udang kalau balik ke kampung kerana ia adalah petanda jiwa atau ruh kampung aku....







.

14 comments:

jeb said...

Company gua kerja yang buat Furadan ni..patut takde burung raja udang kat tempat gua kerja..

Aku said...

Jeb,
Lu 'high' tak sedut Furadan tu ek? Gua, sekali turun meracun guna Furadan, 2 biji kelapa muda gua teguk...

cheqna said...

x pernah tengok secara live kot burung ni..

Aku said...

Cheqna,
ooo... rugi la kalau camtu... paruh dia cantik ... aku pernah jerat seekor dulu.

buah kedondong said...

sekolah aku dulu ada sepasang burung raja udang ni.

maksudnya mungkin dia ingat padang bola sekolah aku tu ibarat sawah bendang kot!
(sebab selalu sangat banjirnye)

Aku said...

BK,
aku rasa yang tu suka makan katak... padang banyak katak...

kucingorengemok said...

aku kenal burung ni sebab rumah kawan aku dulu kat jalan raja udang, hehe

Aku said...

KOG,
Ceitt..!!! haaa... kan dah kena mintak ampun maaf.. kena salam-salam lagi...

jeb said...

Aku,

kalau minum air kelapa muda, letak furadan 2 senduk. komfem high.

tasekM said...

aku suka satu burung nih.
kaler kuning.
kemahen cantek.
nama apa aku tau.
dia punya berkicau...
macam mak nenek.
bising.



.

tasekM said...

*nama apa aku tak tau



.

buah kedondong said...

tas,
murai kot..ehehe

sepa said...

burung nih orang makan tak.?
kat kampung aku orang panggil
kingfisher. sama ke.?

Aku said...

Jeb,
weh.. itu memang ke langit ke -7 jadinyer... hahaha




TM,
Aku panggil burung kunyit.... biasa gak orang panggil burung kuning... memang cantik...



BK,
Murai warna hitam kan..?



Sepa,
hah.. sama la tu....
jangan panggil burung belatuk dah la...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com