Tuesday, October 11, 2011

Aku suka Ubi Tumis yang berjintan ....

.


Dah lama aku tak makan juadah ini. Kecil-kecil dahulu, Emak selalu juga buatkan untuk aku. Lebih-lebih lagi kalau aku yang minta. Bila aku minta, arahan Emak mudah sahaja:

Pegi cabut ubi.
Pegi kutip cili api.
Pegi ambik ubi kunyit.


Tunggu dalam 30 minit lagi, Emak pun berjalan sambil menatang kopi O dan sepinggan Ubi Kayu Tumis Pedas Berempah. Panas-panas.




Ubi tumis bersalut kunyit dan rempah ratus.. malam tadi




Bagaimanakah dengan rasanya?


Senang beginilah, biasanya ubi direbus dan dicicah dengan sambal ikan bilis atau ikan gelama masin, atau mungkin dengan kuah sardin atau dengan sambal tumis biasa.

Bayangkan kali ini, ubi itu direbus dengan segala tumisan tadi sehingga kering. Pasti semua aroma jintan, rasa pedas, rasa kunyit .... meresap masuk ke dalam ubi tadi.


Rasanya??? .. Perrggggghhhhhh.... dunia kawan, duniaaaa....






.

12 comments:

kucingorengemok said...

aku ingat goreng

tasekM said...

ubi tu rebus dulu ke tak payah..?



.

Aku said...

KOG,
tak goreng. nampak macam tu sebab terlebih kunyit... hahaha



TM,
tak payah rebus. dah masukkan air daalm tumisan tu, letak ubi.. tutup . kira macam rebus la tu...

Tijah said...

otentik tu. tak pernah gua rasa...

wos said...

aku benci jantan.
eh,
jintan.

ahhh..
sama je la..

AZANI said...

terasa kesedapannya.....
baru bayangan dah kecur lior...

Aku said...

Tijah,
cuba la Jah, resepi.. google je Ubi Tumis... otentik woo...



Ros,
Jintan tu penyedap rasa, jantan pula penyedap selera... jangan dibuang kedua-duanya... ahaks!



Azani,
cer buat.. baru tau kaw ke tak... hahaha. jangan lupa letak ikan bilis dan bawang banyak2. tu penyedap...

Tijah said...

gua bangkang lu wos. gua suka 2-2. ehh!

Aku said...

Tijah,
hahaha....

kamulah wanita sejati, tau menghargai kedua-duanya. terima kasih.

Fadhilah Maarif said...

macam sedap..nak cuba, try, test...haha

Aku said...

FadhilahM,
cuba la kak... sedappp..... tapi kena guna ubi yang muda2.. jangan yang dah kematu. pilih ubi yang besar-besar lengan budak jer.. kanji banyak lagi..

sepa said...

sedap tuh brader... apsal masa kat 'kota' Sri Maju dulu ko tak masakkan menu gitu... asyik2 ikan goreng ngan sayur tumis jeh...! :)

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com