Tuesday, October 4, 2011

Berikan aku wang, nescaya aku berikan segalanya kepadamu...

.


Kakinya kotor kerana hanya sekeping selipar getah, yang telah tipis tapaknya, yang sudi mengalasnya. Matanya tak mampu untuk melihat terangnya cahaya. Tangannya tak mampu menjinjing hatinya. Kakinya tak mampu mengusung perutnya. Dia bukan lemah tenaga tubuh. Dia itu lemah tenaga upaya untuk terus hidup.


Dari kaki tangga masjid kecil itu, dia melihat seorang lelaki segak sedang terkocoh-kocoh keluar dari motokar besar, mahu mengejar Zohor yang semakin nipis waktunya. Hingga ke kaki tangga teratas diletakkan kasutnya. Tergesa-gesa pula membuka kancing lengan.



Sambil menunggu azan Asar berkumandang, kedua-duanya duduk berdekatan.


" Terasa sempit mahu hidup dalam dunia yang maha luas ini.. aneh " katanya membuka bicara.

" Memang betul itu..." balas lelaki segak itu pula.


Kedua-duanya tunduk seketika.

" aku perlukan wang, dan aku sanggup berikan segala-galanya..." katanya.

" aku pula perlukan masa, dan aku sanggup berikan segala-galanya..." kata lelaki segak.



Kedua-duanya tunduk lagi seketika.

" demi wang, aku sanggup berikan segala-galanya yang bukan milik aku..." katanya lagi.

" demi masa, aku sanggup serahkan segala milik aku untuk tebus masa silam aku ..." kata lelaki segak pula.




Kedua-duanya tertunduk lagi dan terus mengeluh.... menunggu azan Asar.



.

14 comments:

endiem said...

berikan akau kesihatan yang baik..

Aku said...

endiem,
Aku pun nak tapi....manusia pasti sakit dan mati... itu fitrah.

jeb said...

susah nak buat pilihan ni....aduii..

Aku said...

Jeb,
sebenarnya, kedua-dua permintaan itu mustahil untuk ditunaikan...

tu sebab kedua-duanya tertunduk dan mengeluh....

tasekM said...

aku tak nak apa2..






ok.
jgn jd aku.
dah tak ada selera dunia.

.

Aku said...

TM,
dah bulih pisahkan nafsu dunia ni dah kira dahsyat. Imam Ghazali selalu ingatkan pasal nafsu kepada dunia ni.

ko dah masuk tareqat ek?

Fadhilah Maarif said...

saya mahu kesihatan yang baik...

Aku said...

FadhilahM,
aku juga... juga mahu umur yang panjang dan diberkati...

buah kedondong said...

manusia tak pernah puas dengan apa yang ada...

aku nakkan keberkatan...

Aku said...

BK,
aku pun sama...
dan kesihatan...

AZANI said...

ron
aku pernah dengar bukan apa yang kita mahu, tapi apa yang kita beri...mungkin boleh apply gini, kita nak masa, kita beri masa pada orang lain
boleh ?

Aku said...

Azani,
mana nak beri masa kat orang lain kalau masa sendiri pun tak ada...

tu, macam orang tua tu yg sanggup berikan segala-gala untuk dapat duit. tapi nak beri apa kalau di asendiri tak punya apa-apa...

sepa said...

lelaki segak mengingatkan aku pada Mun...

kalau ko tanya dia. aku agak, dia akan jawab :

"aku nak mi goreng satu n teh tarik..."

Aku said...

sepa,
weh... aritu kita org termsuk mun beraya kat umah Adeq Sam...
dia dah pandai makan macaroni goreng skrg...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com