Friday, October 21, 2011

Jumaat tadi.........

.


Ketika Khatib membacakan doa diakhir khutbah Jumaat, bacaannya sungguh bersungguh-sungguh, sungguh-sungguh sayu lenggok bahasanya. Aku terpana.


Entah macam mana, aku terdetik untuk menoleh kepada Bangla yang pernah menumpang kuda api aku satu ketika dulu ( dan kini dia menumpang sejadah aku) yang sedang menadahkan tangan, sama seperti aku.


Aku lihat dia tersengguk-sengguk dan aku kira dia sedang menangis. Sungguh tinggi penghayatannya terhadap doa si khatib itu.


Hmmm..... dia boleh faham bahasa Melayu dengan baik, itu sebab dia menangis.





Bukankah sepatutnya aku yang lebih faham bahasa aku dan.... ?







.

2 comments:

ckLah said...

Owh...

Apa yang menyebakkan dia tu...


***Patutlah tak ada ringkasan khutbah masuk ke kotak mesej ckLah hari ni....

Aku said...

CKlah,
kalau topik yang 'menarik', aku sms la. kalau setakat baca dari teks dan perkara yang biasa-biasa, segan nak sms sebab dah tentu tahu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com