Saturday, November 19, 2011

Hanya RM100.. Malim lucutkan egonya lalu hanyut dalam misi angkuh Sinister

.

" Cepat ko datang sekolah ... ? "

Aku disapa oleh seorang kawan lama ketika aku dan anak aku berjalan keluar dari kawasan sekolah menuju ke kereta aku, selepas mengambil not RM100 dari guru sekolah anak.


" Ceh! Kamu tu dahlah CEO, BoD member pulak tu.. itu pun nak claim ? " pengkis aku. Dia ketawa sambil memimpin 2 orang anaknya memasuki perkarangan sekolah rendah kebangsaan.

" Aku cuma nak claim refund income tax aku jer... " balasnya sambil terus ketawa.




Semalam semasa penyampaian hadiah di Hari Kecermerlangan di sekolah anak, sebuah majlis yang dirasmikan oleh wakil penyelaras pendidikan negeri, perasmi itu kata ' kerajaan memberikan RM100 setiap orang murid, melibatkan kira-kira 500,000 orang murid, tanpa mengira kaum dan status ekonomi...'.


Itu bermakna, lebih kurang RM50 juta telah diberikan sebagai wang sagu hati.


Dengan RM100 itu, hanya sepasang baju sekolah, kasut dan beg boleh dibeli. Dan setiap perlu anak murid ada 2 pasang baju sekolah dan kasut (kecuali beg).

Ini bermakna industri kelengkapan asasi murid sekolah bernilai hampir RM100 juta setahun ! Tak sangka industri baju dan seluar sekolah sebesar RM 50 juta setahun, industri beg sekolah RM20 juta setahun dan kasut RM30 juta setahun.


Siapa sangka.






.

8 comments:

sindiketsulit said...

ha'ah kan?
lepas ni aku nak try berkecimpung dalam industri pembuatan ksut sekolah lah!

Nizam.Ariff said...

Ros,
Kalau ko buat aku mesti beli.. sebab ko ni jenis orang yang teliti. kalau ko puas, aku pun puas gak.. maksud aku dari segi kualiti kasut tu...hehehe

tasekM said...

kalau anak aku pulak 2 pasang harus tak cukup.
hari2 balik sekolah macam org berladang.

heh.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
aku rasa elok ko suh dia jadi pengawas. kasut hitam. senang.

sepa said...

apsal aku ke sekolah 2hari lepas, tak dak pun gb umumkan.?

Nizam.Ariff said...

Sepa,
mesej tak sampai kat sana.. jauh kut. signal telex atau telegram tak sampai...

kucingorengemok said...

ko nak jual baju sekolah ke lepas ni?

Nizam.Ariff said...

KOG,
Jom..?
ko tukang jual, aku tukang borong...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com