Wednesday, December 28, 2011

Ini dianya KECUBUNG... buku ke-2 aku tahun 2011

.


setebal 140m/s, Unsur: cinta, mistik, misteri



Ianya sebuah cerpen tetapi panjang... kakaka...
Ia bukan sebuah novel kerana plotnya mudah dan kupasannya tidak terlalu terperinci.

Tetapi...Ceritanya memerlukan kesabaran untuk membacanya kerana plot ceritanya 'skewed' pada bab-bab akhir. Jangan ditanya kenapa, aku bagi tau sekarang juga. Kerana pada mulanya aku memang nak jadikan sebuah novel tetapi aku tak sabar untuk habiskan... hahaha. Dan cerpen tetapi panjang ini penuh dengan unsur-unsur misteri. Jika terlepas pandang ayat-ayat yang didepan, kat akhirrrrrr nanti baru nampak kaitannya.


Sinopsis:

Tentang perjalanan 3 anak gadis tetapi di tengah-tengah jalan menemui seorang pemuda misteri. Mereka tersesat ke sebuah perkampungan yang entah di mana dan mereka telah diselamatkan. Cerita berkisar tentang 2 tema: pencarian cinta oleh dua orang gadis tetapi telah diperalatkan oleh pemuda misteri, dan dendam seorang pemuda terhadap salah seorang gadis lagi dan ayahnya sendiri. Cukuplah... bukan novel pun nak buat sinopsis panjang-panjang.




Aku legaaaaa... aku dah tunaikan target aku untuk 2011.
Lepas ini, aku nak bukukan puisi-puisi aku tu...
aku tengok dah banyak, dah boleh di buku kan, untuk anak aku.



Sebenarnya, aku ada projek untuk diri sendiri.

Pada umur anak aku 15 tahun nanti, akan aku serahkan semua catatan aku dan buku-buku aku kepadanya. Sekarang aku masih dalam pengumpulan catatan-catatan itu. Mana yang elok, ikutlah Abah ni. Mana yang tak elok, jangan diikut. Carilah jalan yang lebih baik daripada Abah, boleh nak?




.

29 comments:

AZANI said...

boleh ,abah...

AZANI said...

tak tahu nak serah apa pada anak anak ku....

Aku said...

Azani,
serahkan ilmu dan panduan...

sepa said...

salam tahun 2012, brader.

.

Aku said...

Sepa,
Salam tahun 2012 juga.
2011 dah makbul semuanya?

jeb said...

buku ni kira macam mana ni bro?

Aku said...

Jeb,
Ko nak buku atau PDF je?
Kalau buku, nanti aku cetakkan n aku pos la...

sudipVSsenduk said...

tahniah! seorang lagi abah yg berwawasan..

Aku said...

Sudip,
terima kasih.
tapi apa yang diwawaskan tak tau la.. hahaha

sepa said...

ko tanya aku, psl tahun 2011, ke.?
aku jawab : dah.
target aku satu jeh.

Target : Menyekolahkan anak pertama di alma-mater, viz.: SK St Joseph's, Miri, sehingga abis UPSR.

*nampak senang, kan.! sebenarnya, tak senang. sebabnya : ko bayangkan selama aku berkarier,
1. aku dah berkhidmat dengan 8 syarikat, dan...
2. aku dah pindah lokasi kerja dan tempat tinggal di 8 tempat jugak, dan...
3. anak pertama, dah merasa bersekolah di empat sekolah, dan...
4. untuk balik ke alma mater, bermakna, kena balik kampung, dan...
5. untuk boleh melihat jauh ke depan, kenala berada jauh dari kampung.

tapi,... ke alma mater, bermakna balik kampung. yg hanya biasanya dilakukan oleh orang yg nak settle-down selepas lam berkarier...

...dan...

...apa yg aku merepek nih...!

:)

.
kalau aku buh target tahun2012, sebagai nih...

MENJADI TOKEH KAYU BALAK

boleh, tak...?

Tijah said...

mari sini 1 copy la...

Fadhilah Maarif said...

nak jugak...berapa harga?

Aku said...

Sepa,
Ko kalau nak jadi tokeh balak kena la masuk hutan.. ko pacak tiang, kasi claim itu hutan ko... hahaha

aku sokong ko.



Tijah,
Okeh. Aku dah listkan nama ko.. ye la, ko kan ke watak utama dalam bertiga kan? kasi masa nak binding...



FadhilahM,
Jap, nama akak dah masuk list. Aku belum binding lagi nih...

♥ manje ♥ said...

tahniah kerana dah capai matlamat awak tahun 2011... ~

Aku said...

manje,
terima kasih. semoga awak juge....

Syazwan Saidan said...

untuk anak sedare takde ke paman..haha..

Aku said...

Syazwan,
Sempat ke? Ko nak balik ke asrama bila?

Aku emailkan ko pdf je la...

secangkir madu merah said...

kau taknak ke hantar ke tempat yg aku cadangkan itu? hantarlah satu copy nak?

Aku said...

SMM,
nanti akak dapat satu copy, akak tunjukkanlah... aku malu... hik hik hik..

kucingorengemok said...

tahniah!

order satu. yang buku (kang aku buat lawak² macam dulu ko tak faham pulak)...

pastu kasi pdf satu. aku nak fwd gi pts, kih kih...

pastu nak kata, "aaron" betul cover depan ek? :)

Aku said...

KOG,
Ok, ko satu. siap!!!
Haah... itu Aeron, percaya? Ke ko ingat gergadol jer... keh keh keh

kucingorengemok said...

huih, bior betul... kocik bona tuu! hahaha

jeb said...

harcopy bro..boleh baca pakai highlighter

Aku said...

jeb,
ko kasi email alamat ko. pegi masuk dalam Merung Mahawangsa, tinggalkan jejak kat sana...

Aku said...

KOG,
Hahaha.. ko mana kenal aku pun.
kalau aku sua muka John Lennon masa muda pun ko mesti percaya punya... hahaha

-wos- said...

hensem la gambar objek yang berkaler merah, hijau dan biru itu.

mcm mana cara aku nak dapatkan objek tu?

eh, buku. maksud aku mcm mana nak dpt kan buku ni? berapa rm?

Aku said...

Ros,
KO nak?
ko emailkan alamat pos-mengepos ko kat aku.
kalau ko nak e-book, aku boleh email je... pegi masuk ke MM tu..

-wos- said...

berapa RM? biar la aku bank in dulu bang. tak mo la free.

Aku said...

Ros,
ko nak buku atau PDF?
Kalau ko nak buku, ko kena bagi aku alamat pos mengepos dan buku tu aku belum binding lagi. tak tau berapa kosnya. Aku pesen tak jual, kita share the cost...

kecuali kalau ko nak PDF je, itu tadahal, tak ada kos tapi tak boleh bagi PDF lagi sehingga semua buku tu sampai kat tuan masing2.. hahaha..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com