Thursday, December 15, 2011

Ini kerja saya, pak....

.

Pagi-pagi tadi.
Di bilik itu aku berseorangan, menaip sesuatu pada laptop aku. Dan laptop aku bersambung kepada digital projector yang menembak foton-foton teruja kepada skrin berwarna putih. Aku berseorangan.


Kemudian, seorang kakak cleaner masuk ke bilik. Dia baru bekerja 7 bulan di Malaysia. Sekarang, aku berdua sahaja dengan dia tetapi tiada langsung niat hendak ber'khalwat' (dari istilah khalwat semasa). Aku katakan 'kakak' kerana hormat aku kepadanya, bukan kerana dia lebih tua daripada aku.

Aku dah kenal dia agak lama juga tetapi tak pernah bersembang. Biasanya kalau dia datang merapati, aku bangun dan berdiri jauh dari meja supaya dia dapat lakukan kerja-kerja di atas dan di bawah meja. Paling kuat pun komunikasi kami hanya melalui pandangan mata dan senyuman mulut.


Tadi, dia sembur-sembur, dia lap-lap meja di bilik mesyuarat itu. Aku beranikan diri untuk bersembang.

"Kakak asalnya dari mana?".

"Dari Indonesia... kenapa?".

"Ingatkan tadi dari Sabah, orang Sabah pun bercakap gaya kakak".

"Berapa anak?"

"Ada dua, 9 tahun dan 11 tahun... masih bersekolah. Saya kerja untuk sara anak-anak sekolah".


Habis sembur-sembut dan lap-lap, dia masuk semula ke bilik mesyuarat itu dengan sebatang penyapu. Manakala aku masih mengetuk-ngetuk papan-kekunci pada laptop laksana ayam jantan memagut padi diwaktu pagi. Aku lihat dia menyapu, dia lihat aku mengetuk papan-kekunci laptop.


"Apa kerja yang menarik, yang boleh libur-libur, kak?".

Aku memecah speechless kami. Dia ketawa tetapi tanpa suara yang jelas walau pun dia dekat dengan aku. Sedekat 'di belakang aku' sambil menyapu lantai.


"Kerja yo kerja. Tidak ada yang libur-libur..." jawabnya sambil tersenyum.


Hmm... aku terangguk-angguk seperti mengiakannya. Secara jujur, dalam kepala aku terlintas beberapa jenis pekerjaan yang aku anggap sungguh 'libur' dalam erti kata 'nikmat' tetapi masih ditakrifkan sebagai kerja atau pun 'kerja', sama ada sumbangan ke EPF atau pun tunai tanpa sumbangan EPF. Jangan tanya jenis pekerjaan itu, sensitif sangat.



"Beginilah.... mau atau tidak kalau kakak buat kerja saya dan saya buat kerja kakak?".

Aku berikan cadangan kerana aku tahu sesetengah orang Indon dan Bangla yang datang ke sini adalah terpelajar. Pada masa itu, aku telah pun bangun dari kerusi dan berniat untuk meminta penyapu darinya. Kakak itu ketawa lagi. Lama juga aku tunggu jawapan darinya.


"Orang Indon semua kerja baling-baling batu-bata, baling-baling simen. Mana boleh kerja macam encik duduk-duduk. Ngak bisa begitu...", jawabnya.


"Tak boleh?".

"Encik lihatlah sendiri... di bawah sana".

Kebetulan di bawah sana sedang berlangsung renovation menambah mezanine floor dan sememangnya ramai orang dari Indonesia.


Ya, betul kak. Tiada kerja yang libur-libur dan tiada libur-libur dalam bekerja.

Kakak itu telah mengajari aku sesuatu.







.

13 comments:

tasekM said...

aku nk tuduh selama ni ko kerja sambil libur2 je nih...
ko melibur(?) ke mana hah..?

:p





.

kucingorengemok said...

akak indonesia kat sini ajar aku lepas makan jangan buang sudu dalam tong...

ter la kak, terrr-buang!

Aku said...

TM,
Sejujurnya, aku katakan aku sedang bekerja sambil libur. Libur di sini bermaksud sambil mendengar lagu.

dan lagu itu bertajuk "mimpi sedih - versi Flop Poppy". Jom libur dgn lagu Mimpi Sedih?




KOG,
Ilmu dan pelajaran itu boleh datang dari pelbagai arah dan dalam pelbagai bentuk...

tasekM said...

ko kalau dengar mimpi sedih ada la yg tak kena tu...



.

Aku said...

TM,
belakang aku sakit...

Tijah said...

libur sambil kerja.
kerja sambil libur.

aku boleh tu...

jeb said...

kerja pengacara rancangan jalan-jalan cari makan tu gua tengok dia asek libur je..

buah kedondong said...

tas,
sian aku tgk aeron...
dia sakit belakang, sebab tu kena libur2...

ngeee

AZANI said...

ron

libur, libar...ok

jgn lebor..he he

sepa said...

aku pernah jumpa mamat bangla, degree chemistry jd operator, masa aku kerja kat Alcom Bukit Raja dulu...

Aku said...

Tijah,
ko ambik aku kerja boleh? Aku nak la.... ada kena pegang mikrofon depan tv tak?



Jeb,
hah... itu pun libur gak... hahaha



BK,
esok aku nak MC lagi la.. boleh?



Azani,
kalau dah libur-libur, perut pun lebor-lebor lah... hahaha




Sepa,
Aku pernah jumpa Indon kerja kait kelapa sawit tapi ada diploma dalam perguruan... dia kata, Malaysia bumi bertuah...

Tijah said...

elehhhh. kata pemalu. nak pegang mekropon pulek.

Aku said...

Tijah,
... cuba atasi masalah malu... keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com