Monday, January 16, 2012

Mengharap satu pagi Isnin yang indah...

.

Aku mengharap satu pagi yang cerah, dimana cahaya matahari kuning cahayanya, terang tanpa teriknya, lembut bersinar sepagi. Aku juga mengharap satu pagi yang indah, dimana langit kekal membiru walau dipayungi awan, dimana ketenangan mengalir dibawa bayu pagi ke segenap pelusuk hati...


Angan-angankah atau harapan...?



Pagi tadi, buat pertama kalinya aku melihat 2 kemalangan yang bersiri dan tidak jauh dari satu sama lain. Amat jarang melihat situasi begini kerana biasanya, jika jalan sebelah sini ada kemalangan, kalau jalan di sebelah sana juga berlaku adalah kerana sesetengah pemandu itu terlalai melihat kemalangan orang lain di seberang jalan. Itu pun hanya melanggar bontot kereta sahaja.


Ini tidak, yang aku lihat di kemalangan pertama ialah sebuah motorsikal dengan pemandunya masih terduduk di bahu jalan dan sebuah basikal yang sudah renyuk.

Kemudian, lebih kurang 150 meter dari situ aku terlihat pula kemalangan yang lebih ngeri ini...



Kereta wira hitam itu menjunam dan hentam sisi sebuah van membawa pekerja...



Yang bermain dalam fikiran aku ialah, what is the mathematical probability that the first accident is somehow related to the second accident? Someone, please calculate...




.

9 comments:

cheqna said...

sini matahari sudah muncul setelah sekian lama bersembunyi =)

My Lil Muhammad said...
This comment has been removed by the author.
buah kedondong said...

mana scientific calculator aku nih?

Aku said...

cheqna,
air dah surut la tu. Baguslah...


BK,
cuba cari dlm laci aku...

mama azfar said...

Citer pasal accident, kelmarin saya baru lihat satu kemalangan yg lagi mengerikan. Kemalangan yg melibatkan motor besar...err, tak tahu apa namanya, tapi yg jenis tayar lebar skit tu. Masa tu jln mmg dah jem sbb accident tu, then masa kereta kami betul2 lalu sebelah motor tu...nampak pemandu motor dah terbaring atas jalan dan ditutupi dgn kain banner (nak cover dulu sebelum ambulans datang.)

Yg peliknya, sampai skrg saya masih terfikir...siapa yg langgar motor tu, sbb tak nampak ada kereta lain yg accident selain motor tu. Dlm kepala saya hanya fikir dua je...samada motor tu terbabas sendiri akibat terlalu laju ataupun kes langgar lari. Wallahua'lam.

Aku said...

Syirah,
amat jarang terdengar kes motor superbike accident. Aku jarang juga dengar kes superbike kena langgar lari sebab nama pun dah superbike. So, aku syak itu kes terbabas la tu sebab dah namanya pun superbike... laju...

jeb said...

hari isnin aku cuma indah jika cuti umum jatuh pada hari ahad. jika tidak, hari isnin aku sentiasa mandom..

menjawap soalan kau, probability kemalangan tersebut berkaitan adalah 50%.

Aku said...

jeb,
jadi, pagi isnin yang indah mungkin hanya sekadar harapan... hahaha


berita terbaru, dan memang aneh! Orang yang menyebabkan kedua-dua kemalangan itu adalah orang yang sama! Tapi untuk probability orang yg sama menyebabkan 2 kemalangan yang terpisah sejauh 150 meter mungkin dlam 1/10,000...aku agak la..

sepa said...

brader, susah nak buat probability tuh.!
sebab, kalau setakat probability ko mgkn dpt nombor yg mungkin. e.g. 1/132.
tapi, la ni...
orang siap guna finite element. masukkan value temperature, curve, friction factor, dan mungkin satu factor psychology...???
pas tuh... kena transfer formula2 tuh ke dalam software yang boleh generate simulation...!!!

letih, bang.

.
:p

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com