Wednesday, May 9, 2012

Aku dan telefon selular skrin 1"

.

Aku malu. Aku segan.

Dah menjadi trend sekarang ini semasa duduk-duduk semeja dengan rakan-rakan, sama ada di kedai kopi atau ketika mesyuarat, telefon bimbit akan diletakkan di atas meja.

Bukan kerana menunjuk tetapi lebih kepada berjaga-jaga kalau ada panggilan masuk sedangkan telefon telah dibisukan. Juga kerana telefon selular zaman kini kebanyakkan saiznya lebih besar kerana skrin sesentuhnya juga lebar, jadi agak rimas jika dibiarkan di dalam poket baju atau seluar.

 Kalau disimpan di dalam kocek seluar pula, ada yang takut kalau-kalau 'berudu' bermutasi walau pun ada satu laporan di Britain mengatakan gelombang elektromagnet telefon selular tak membahayakan kesihatan secara umumnya.

Jadi, bila aku hadiri mesyuarat, aku dapati masing-masing akan letakkan buku nota atau laptop dan telefon selular di atas meja manakala aku pula hanya diamkan sahaja telefon selular aku di dalam kocek baju. Atau kalau aku rimas, aku genggam sahaja. Aku malu kerana telefon selular aku hanya berskrin 1" lebih sikit dan abjad2 pada key-pad pun dah tak ada kerana terhakis.

Telefon selular aku saling tak tumpah seperti ini:






At least, itulah yang kawan-kawan selalu kata dan kutuk telefon bimbit aku. Tak apalah, aku guna telefon bimbit untuk telefon dan bersms sahaja. Kalau aku nak berinternet, aku lebih selesa guna laptop kerana key-pad dan skrin lebih lebar. Biarlah mereka dengan teknologi savvy mereka... dan aku seperti aku...






.

12 comments:

sepa said...

itu zuhud, bang.!

:)

SM said...

cellphone (a.k.a. remote control) macam ni lebih hebat daripada `telefon pandai' di luar sana sebab boleh transform jadi torch light bila black out.

Aku said...

sepa,
ya, zuhud...



SM,
Kah kah kah.... telefon transfomer hahaha

kucingorengemok said...

aku cadang ko pakai public fon je la, jimat duit pre-paid, masa miting pun duduk lagi selesa :)

ASH said...

.
.
.
.
.
bior le kannnnnnnnnn!!!

Aku said...

KOG,
public phone jauh..kalau orang nak call aku, aku tak dengar lak... byk yg kena vandal pulak tu.





Ash,
hooyeeeaa... ada sokongan.

tasekM said...

cadangan KOG tu mmg nk mintak siku...

kah kah.



.

Aku said...

KOG,
cadangan ke perli tu?

hahahaha

hairul392 said...

Gambar hiasan ker tu..
ker dah pasang ekon..

Aku said...

Dak Ai,
Itu aircond kat opis aku...
rumah aku tak mampu menampung aircond sebegitu besar... huhuhu.

gadisBunga said...

asal ko jgn terambik remote econ masuk poket dah la. kehkeh!

Aku said...

GB,
ada...depan aku
ada kes kawan jawab handphone terambil remote-mouse.... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com