Friday, June 1, 2012

Cover buku

.

Aku sedang terkial-kial membuat kulit buku (cover) untuk buku ke-4. Payah betul nak pilih imej yang terbaik untuk muka depan buku aku tu. Akhirnya aku pilih imej yang di bawah dan ada 2 design:






Aku tunjukkan kepada seorang kawan untuk dapatkan pandangannya. Komen pertama yang keluar dari mulutnya:

" Ko dah mula buat buku Agama pulak ke...? "



Adussss..... !







.

10 comments:

SM said...

haha, asal ada gambar kubah atau menara masjid je buku agama... hahaa! parah.

lu pilih yang simple sudah...

Aku said...

SM,
karang aku letak gambor catcibor terbang, lagi senang....

ckLah @xiiinam said...

Cantik lah.....


Tapi kalau gambar bendang pun ok. Ada kena mengena dengan cerita tak? Hehe...

Tak sabar nak baca. Nak belilah kali ni....

Aku said...

Cklah,
tak ada cerita pasal bendang...
ni kena cari orang yang meraung tengah padang pasir... sapa nak jadi model?

nanti aku post... semuanya pemberian terhad kepada 5 buah semuanya (sapa cepat dia dapat je)

sepa said...

address aku dah tukar la bang.!

*ko check email. aku emailkan address terbaru.

:)

Aku said...

sepa,
ko dah masuk rumah baru ka?
atau ko dapat orang rumah baru? keh keh keh...

secangkir madu merah said...

Ijam, sekarang Alaf 21 baru terbitkan buku antologi cerpen yg pjg. ANTOLOGI JIWA KACAU DAN ORG BERDOSA. Apa kata kau cuba tulis, cubalah..

ANTOLOGI JIWA KACAU

- Genre thriller Bahasa Melayu.
- Target usia 20–50 tahun, lelaki dan perempuan.
- Fokus cerita mestilah berkisar hal-hal 'crime thriller'.
- Pembunuhan, penipuan, putar belit bisnes dan sabotaj.
- Pembunuhan; hal mahkhamah.
- Pembabitan pihak polis.
- Ahli politik, VVIP dan antarabangsa dll.

Projek ANTOLOGI ORANG BERDOSA :

- Genre ISLAMIK Bahasa Melayu.
- Target usia 20–50 tahun, lelaki dan perempuan
- Fokus cerita mestilah berkisar mengenai hal-hal keagamaan.
- Sentuhan kerohanian, jiwa murni.
- Bahasa Islamik.
- Gambaran kisah penyesalan, rasa bersalah dan nada keinsafan.
- Contoh-contoh dipetik daripada hadis, Al-Quran.

Aku said...

SMM,
sungguh banyak peluang... rugi betul aku rasa sebab aku tak ada stok cerita yang macam tu.

Cerpen Kecubung tu boleh dikira ganas+kejam tak?

tapi tak adalah masuk bab-bab polis dan VVIP antarabangsa... Kalau boleh, aku nak juga cuba...

gadisBunga said...

ala...bestnye ko dah nak kuar buku ke 4.

sejak umur 12 tahun aku bercita cita nak tulis buku jugak. tapi tinggal cita cita jelah.

Aku said...

GB,
alaa.... ko suka fotografi, apa kata ko bukukan foto semua tu dengan sedikit ulasan untuk setiap foto....

boleh jadi buku gak tu...

amacam?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com