Friday, June 1, 2012

Kata ustaz lagi....

.

Malam semalam, ada seorang ustaz berikan pesanan:

Ustaz kata, ada 3 sebab kenapa ganjaran ditangguhkan di dunia.
  1. Ganjaran diakhirat lebih bernilai yang nilainya tidak mampu ditawarkan di dunia. Ustaz bagi contoh, kalaulah satu ganjaran tersebut berupa sebuah piala sukan olimpik, pada masa sekarang ianya bermakna tetapi selepas 5 tahun, piala tersebut berkurangan nilainya. Katakanlah ganjaran tersebut berupa emas permata, jika semua umat Islam mendapat emas permata yang bertan-tan jumlahnya setiap orang, emas permata tersebut akan tiada nilai relatif kerana semua orang ada emas permata. Lebih-lebih lagi apabila kiamat, semua itu akan langsung tidak memberikan apa-apa kebaikkan lagi.
  2. Ganjaran yang Tuhan beri tidak mampu ditanggung ketika di dunia ini. Ustaz bagi contoh, kalaulah bersembahyang jemaah pada maghrib dan isya' yang setiap satunya mempunyai ganjaran 27 darjat, bermakna untuk 2 waktu itu sahaja sudah mendapat 54 darjat. Kalaulah setiap darjat itu boleh diukur dengan sebuah Proton Preve, bayangkanlah pukul 9 pm selepas isya' tiba-tiba-tiba ada pegawai jualan kata dia nak hantar 54 buah Proton Preve ke rumah, mana nak letak 54 buah kereta Preve tu? Itu baru seorang jemaah. Bagaimana kalau 10 orang jemaah? Tentu bergaduh nak rebut tempat letak kereta.
  3. Dunia bukanlah tempat sebenar balasan sama ada baik atau pun buruk. Tempat balasan sebenar hanyalah di akhirat nanti.


Itu serba sedikit petikan dari kata-katanya. Sebenarnya, ustaz bercerita tentang kemulian Bulan Rejab.






.

5 comments:

Anonymous said...

orang sekarang (termasuk aku) sengaja melalaikan ibadah sebab tak dapat nak gambarkan `ganjaran' tu kot. kalau boleh, dalam bentuk material. baru nak buat.

...pagi tadi gua perasan ada satu preve putih parking tepi jalan. kesian, duduk apartment kena parking luar. hahahaa!

ckLah @xiiinam said...

Pandai ustaz bagi contoh.

Terima kasih kerana memesankan pesanan ustaz ke ckLah pula...

Nizam.Ariff said...

SM,
Takpe la.. kereta Preve tu berbumbung, hujan tak masuk airnnya.. hahahaa





CKlah,
dia bagi contoh sebab komuniti di situ membuat Preve kut... hahaha

sepa said...

betulla, ustaz.

ringkas dan padat... dan mudah dipahami.

:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
terima kasih....

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com