Thursday, October 18, 2012

Kerisauan dalam jiwa...

.

Kadang-kadang aku risau akan hari esok.
Hari esok maksud aku ialah hari esok-esok.
Memang aku telah maklum bahawa hari esok belum tentu milik aku.
Juga aku faham bahawa perancangan Tuhan adalah yang tertinggi, mengatasi apa yang aku rancangkan.
Sekali pandang, bermakna aku serahkan sahaja kepadaNya.

Namun, aku tak mampu menahan diri aku dari terus berfikir.
Malah, aku rasa bukan aku sahaja yang tak mampu menahannya, mungkin ramai diantara kita jua.
Bukan bermakna aku tak percaya akan perancangan Tuhan.
Cuma aku tak tahu apa yang Tuhan rancangkan untuk esok buatku.
Apabila aku tak tahu, aku jadi risau.
Bila aku risau, aku akan cuba membina opsyen (options) untuk jalan keluar jika berlaku sesuatu.
Bak kata orang, bila guruh berdentum nanti, tempayan telah siap bertadah.

Masalahnya, di mana guruh itu bakal berdentum?
Aku telah kehabisan opsyen.
Bila aku kehabisan opsyen, aku akan jadi risau semula.

Sampai pada satu tahap, aku serahkan semula kepada Tuhan.
Kerana aku tak tahu apa yang bakal berlaku.
Dan apabila aku di dalam keadaan tidak pasti, aku menjadi risau semula.

Dan begitulah seterusnya...





.

19 comments:

smbotak said...

untuk diri sendiri, aku hidup cuma untuk hari ini. untuk orang yang aku sayang, aku perlu `hidup' sampai bila-bila...

Lady Windsor said...

Aku fikir untuk 'opsyen' yang ini, ko tak perlu fikir, kerana kita memang tiada opsyen pun, bahkan memang tidak akan ads opsyen langsung, cuma yg boleh kita lakukan ialah persiapan menghadapi opsyen...

tasekM said...

kadang2.
bila tuhan beri banyak ilmu.
kita tahu tentang banyak perkara.
banyak tahu tentang itu ini.
tentang hari ini.
tentang perancangan hari esok.
tentang hari-esok-yang-konon2nya-kita-dapat-jangkakan.

kita mula hilang pergantungan kepada Dia.
kurang mengharap.
kurang memohon belas dari Dia.
kurang merasakan kehadiran Dia.
kurang penyerahan...
sebetulnya sombong... tetapi tak nak mengaku...







akulah tu.
aku...




.

Nizam.Ariff said...

SM,
weh.... aku punya prinsip dekat2 sama dgn ko la...



LW,
ya, kita perlu buat persiapan untuk opsyen yang bakal diberikan.... tapi aku kadang2 penat...



TM,
beban ilmu itu tertanggung di atas orang yang mengetahui ilmu itu... diu akhirat nanti pun akan ditanya... bukan setakat harta yang akan ditanya.. ilmu juga akan ditanya...

CiKPuaNLawA said...

dalam hati siapa yang tahu...

selamat mengharungi ujian minggu ni...

dan selamat berjaya...

enchikseseorang said...

tertarik dengan komen TM

......

setiap yang berlaku dan akan berlaku pasti ada sebab musababnya.

sepa said...

resah di jiwa itu bagus,
debar di hati, jugak bagus,

dan jugak,
gegar jantung, tak siapa sedar.
pedih kulit dicubit, tak bisa digambar...


.
.
.

apala itu kuali, asalnya jugak dari bumi...!!! (eh. aku ngigau ke nih.!)
.

Nizam.Ariff said...

CPL,
Huhuhuh.... minggu ini penuh dengan ujian, baik di ofis mau pun di menara sana...



enchikseseorang,
betul tu... pasti berlaku
dan tindakan kita pun telah termaktub dalam buku...



sepa,
hitam-hitam bontot kuali, orang masih cari... eh.. apa aku cakap nih?

LydSunshine said...

Aku pun selalu juga ada perasaan risau tu. Lebih2 lagi tentang kematian. Apa yang akan aku tempuhi setelah mati nanti. Sentiasa buat aku buntu dan rasa terancam.

Nizam.Ariff said...

LydS,
kalau gitu, perasaan risau aku tu memang biasa terjadi pada semua orang la ek?

aku ingat aku je yg risau, org lain cool je..

Lady Windsor said...

Aku lagi risau..sebab tu aku selalu doa kalau Allah nak ambil nyawa aku, biar aku dalam tidur...sebab tu sebelum tidur, aku dah siap mengucap dan baca serba sedikit utk bekalan kecemasan....dah aku dah maafkan semua orang. Hati senang!

Nizam.Ariff said...

LW,
camner nak kasi tak risau?
ada petua?

sepa said...

Dino, aku dah poskan gambar aku bersama Awisul... ko ke blog aku...!!!

Nizam.Ariff said...

sepa,
pesal aku tak ada?

hahaha...

Lady Windsor said...

Nizam.Ariff
ntah aku pun tadek petua, buat gitu je lah. O ye aku notis, sebelum tdo ko maafkan semua orang dan juga doa supaya Allah ampunkan dosa kita sama...insyaAllah kita akan sentiasa dalam rahmatnya..ini le yg salu aku buat..

Nizam.Ariff said...

LW,
ooo...
tapi kalau org hutang, ko tak halalkan kan sampai dia bayar balik kan..?

Lady Windsor said...

Kalau dia hutang singgit dua aku halalkan, tapi kalau ratus hengget, aku doa dan solat hajat supaya dia ingat hutang dia dengan aku...

Nizam.Ariff said...

LW,
hahaha... aku ingat ko halalkan...

Lady Windsor said...

Err ratus-ratus nak halal?? Mana buleh...tokei pun jual kandang ooo kalu lagu tu...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com