Wednesday, October 31, 2012

Sistem had laju automatik berperanti tinggi bagi menggantikan sistem AES...

.

Mungkin ramai yang tahu (kecuali wanita - prejudis) bahawa kereta zaman sekarang ini berenjin jenis MPI atau Multi-Point Injection. Ini bermakna, hampir tiada kereta baharu yang masih menggunakan karburator. (nota: MPI dan Karburator adalah jenis sistem pancitan bahanapi untuk masuk ke kebuk pembakaran enjin). MPI ialah sistem pancitan bahanapi terkawal elektronik. Bila terkawal elektronik, bermakna ada unit pengawal (control unit) yang menyusun-atur jeda pancitan dan masa nyalaan (ignition).

Mungkin tidak ramai yang tahu (lebih-lebih lagi wanita - prejudis lagi ... hahaha) fungsi unit pengawalan ini atau dipanggil  Engine Control Unit (ECU). ECU adalah seperti komputer kecil yang berfungsi untuk mengawal-selia sistem enjin. ECU bukan hanya mengawal pancitan minyak petrol. Fungsinya sudah pelbagai, termasuk mengambil data-data dari bermacam-macam sensor. Data-data ini akan dikira dan digunakan untuk mengeluarkan arahan-arahan tertentu untuk mengawal enjin.

Mungkin juga ramai yang tidak sedar bahawa dewasa ini banyak kereta menggunakan sistem Drive-by-Wire (DBW). Apa dia? Apabila kita tekan pedal minyak, seutas kabel keluli akan ditarik dan akan membuka 'butterfly valve' atau 'throttle valve' yang menyebabkan udara masuk lebih banyak ke dalam enjin melalui karburator dan 'intake manifold', begitu juga dengan bahanapi. Tapi, itu dulu. Zaman-zaman karburator.

Apabila kereta bertambah elektronik, kabel keluli tadi akan menarik satu roda yang akan mengubah kadar rintangan (seterusnya arus turut berubah) dan perubahan ini dihantar kepada ECU untuk dinilaikan. ECU akan mengira berapa 'demand' dari pemandu dan ECU mengarahkan motor kecil untuk membuka 'throttle valve'. Lebih kuat pedal minyak ditekan, lebih besarlah 'throttle valve' dibuka. Nah, pada kali ini, ECU telah mengambil alih arahan manusia ke atas bukaan 'throttle valve' !

Seterusnya, DBW adalah satu sistem dimana kabel keluli tadi telah dibuang! Roda yang mengubah kadar rintangan tadi (dipanggil Accelerator Pedal Sensor atau APS) diletakkan terus di pedal minyak. Jadi setiap kali kita tekan pedal minyak, mekanisma mekanikal akan turut memusingkan APS lantas mengubah nilai rintangan dan arus. APS ini akan disambungkan kepada ECU melalui WAYAR. ECU akan membaca perubahan arus ini (dinamakan 'demand') lalu membuat pengiraan. Seterusnya, ECU akan hantar isyarat elektrik kepada servo motor yang memusing/memutar bukaan 'throttle valve' melalui WAYAR juga. Nah, sekarang ini ECU mengawal secara mutlak enjin kereta kita!


Di negara Eropah, sejak awal tahun 2000 lagi, telah dikuatkuasakan satu undang-undang dimana jika sesebuah kereta itu menghasilkan karbon monoksida atau nitro-monoksida (akibat pembakaran kurang cekap atau 'misfire') melebihi paras yang dibenarkan, lampu isyarat kecil pada paparan meter (ikon kotak enjin warna kuning) akan menyala dan seterusnya setelah beberapa lama, kereta itu akan diletakkan di dalam 'limp home mode'. Apa dia 'limp home mode'?

'Limp Home Mode' adalah dimana kereta itu tidak akan dibenarkan bergerak melebihi 10km/j (lebih kurang) dan akan tersengguk-sengguk. Ini bertujuan pemandu tadi tidak akan dibenarkan memandu KECUALI untuk membawa keretanya ke bengkel atau sekadar membawanya naik lori untuk ditunda ke bengkel.

Namun, kes begini jarang berlaku kerana teknologi enjin telah berkembang maju. Tapi, bukan itu yang aku nak utarkan di sini. Apa yang aku nak beritahu ialah ECU boleh mengawal kereta kita!


Satu lagi, sistem keselamatan kereta kita semakin canggih. Dengan sedikit bayaran yuran tahunan, sejenis sistem jaringan keselamatan boleh di 'pakaikan' pada kereta kita. Sistem ini akan 'bypass' arahan ECU kepada enjin, dimana sistem ini mampu memberikan arahan kepada ECU agar mengawal pancitan bahanapi dan seterusnya menutupnya  terus agar enjin kereta tidak dapat dihidupkan langsung. Sistem ini pula boleh berinteraksi melalui frekuensi radio atau satelit. Juga dilengkapi dengan sistem GPS. Jadi, sesiapa yang mengawal sistem ini, dia mampu mengenal pasti lokasi kereta tersebut lantas memberhentikan enjin kereta tersebut dari mana-mana bahagian dunia! Inilah yang berlaku kepada kes kecurian kereta Porsche Panamera baru-baru ini.



  
Berbalik kepada  pokok bicara iaitu TENTANG KESESAKAN dan KEMALANGAN di lebuhraya seperti entri sebelum ini... pergh! panjangnya intro... hahaha

Oleh kerana kereta yang bergerak di atas lebuhraya sekarang ini rata-rata adalah MPI dan dikawal oleh ECU, apa kata diwajibkan agar semua kereta berdaftar atau memasuki  Malaysia dipasangkan sejenis alat yang boleh memintas (bypass) arahan ECU?

Dan pada setiap selekoh atau jalan lurus yang mempunyai had kelajuan tertentu itu mempunyai satu alat pemancar. Jika had laju di situ ialah 80km/j, alat pemancar ini akan memancarkan had 80km/j kepada semua kereta yang lalu di situ. Alat penerima yang dipasangkan pada kereta pula akan mengikut 'perintah elektronik' ini dengan menyekat ECU daripada terus memecutkan kereta melebihi 80km/j (dalam teknologi automotif ia dipanggil 'fuel retard').


Jadi, jika pemandu terus menekan minyak sampai santak ke lantai pun, kereta tidak akan memecut melebihi 80km/j. Bagaimana kalau ketika itu pemandu sedang memotong bas ekspress di lorong 2 hala?
Err.... itu masalah no.2 yang akan difikirkan kemudian....






.

16 comments:

MizzTina said...

asek wanitaaaaaaaaa je xtau.. yela...

jeb said...

idea yang bernas!!! aku nak sambung master buat research pasal idea ko ni..nanti aku letak blog kau dalam page reference..

cHeRyNa PiReS said...

Rasa nak gigit Nizam sekarang. Walaupon dia bagi info yg bagus...tapi gigit tetap gigit!!!

Nizam.Ariff said...

mizz tina,
keh keh keh... kan ke aku dah kata prejudis... hahaha



jeb,
silakan.. dan ko boleh jadi usahawan... dan ko patentkan... dan ko jual kat UK atau US dulu, baru Malaysia beli...



Cheryna,
ok la... aku benarkan ko gigit...aku rela youu.. keh keh keh...

tasekM said...

aku ada tgk senarai kawasan2 yg ada AES nih.
(ko dh tgk...? silalah tgk. mmg rasa nk menyelap).

rata2 had laju maksimum 50-60km/j.
habis nak bawak kereta berapa laju ni..?

aku dulu.
masa ujian memandu.
patut bawak dlm 40km/j je kan.
pegawai jpj siap kata... bawak laju lagi... jpj pun tak letih duduk dlm kereta slow2 nih...







kera_jaan bukan ikhlas sgt nk jaga keselamatan pun.
nk paw duit rakyat je lebih.



.

Nizam.Ariff said...

TM,
betullllll....!!!!!! tapaw..
nak paw duit tambahan untuk kambus BeRIM kut..

kalau boleh dikaitkan dengan pepatah melayu.." seperti ayam jantan berkokok tapi lawi(ekor) kena tahi..."

kalau guna kaedah yg aku syorkan tu, tak ada yg kena saman sebab kereta dah kena kawal secara automatik.... mesti kera-jaan tak nak buat...

tasekM said...

typo dlm komen aku.
tak = tau.


tapi ko paham, kan...?

:D




.

Embun Melati said...

Jangan sia-siakan idea anda..:)

Nizam.Ariff said...

TM,
aku tak perasan pun... hahaha
sebab aku baca konteks, bukan baca teks, jadi aku faham.. bila ko cakap camtu jenuh 2-3 kali baca balik baru jumpa...

Nizam.Ariff said...

Embun Melati,
aku nak suruh dak Jeb bangunkan idea tu la...

aku rasa bab menyusutkan pendapatan hiliran ni, payah sikit nak lulusnya...hahaha

LydSunshine said...

Aku rasa bernas jugak idea ni. Itu pun kalau betul la niatnya AES tu dipasang utk mengurangkan kadar kemalangan. Kalau niatnya hanya utk tambahkan pendapatan negara lain plak la citernya. Ye tak?

Nizam.Ariff said...

LyDS,
hmm... aku pun dah mula sangsi kat AES ni bila ko cakap macam tu.... hahaha

Jna marcello said...

setuju..tapi kenapa syikk perempuan jeeee tatw isk isk isk

Nizam.Ariff said...

Jna,
dah namanya pun prejudis.... hahaha

sepa said...

aku scroll ke bawah, scroll ke atas, dua tiga kali,ke empat kali... aku rasa nak skip jeh lepas ayat pertama...

sebabnya : akukan lelaki - akukan tau semuanya hehehe...

ok aku baca habis sebenarnya...

aku pernah pakai kreta Honda Accord jenis lama, re-cond tapi, lampu 4segi yg condong ke dalam... kereta tuh bulih cruise dgn syarat mencapai 80km sejam. dan bila speed dah sampai 110km sejam, throttle cut-off. itu dulu. 16 tahun yg lalu.

la ni, aku pakai kereta brand Nissan pulak, re-cond jugak. depa kata kreta tuh, di hiway atau jalan rata-lurus (kat swak susah nak jumpa, dan kalau ada mgkn sepanjang 2km jeh...), kreta tuh nulih lenjan sampai 180km sejam atau 220km sejam... tapi, sebenarnya tak bulih... paling tinggi pun 150km sejam... sebab bila cecah 150km sejam, kreta tuh dah tak mo accelerate. cut-off jugak.


*maka :

ketika nak memotong, sekiranya kita ada kreta ruper nih, kita kena berkira2 dalam sentimental judgement...

.

eh. bukan tuh aku nak cakap. yang aku nak cakap, jalan rutin yg aku selalu guna dari rumah ke tempat kerja, dan dari rumah ke bandaraya Miri, aku dah check, TAK DAK AES, atau kata lain TAK DAK PERANTI AES tuh...


.
kesimpulannya : GUD LUCK AES.



:)

Nizam.Ariff said...

sepa,
ya/.. itulah yang dimaksudkan fuel retard atau throttle cut off atau fuel cut off... JPJ yg suruh...

jadi, jgn percaya dgn meter..

p/s: tapi kalau pegi ke bengkel tertentu, boleh guna komputer untuk disable... keh keh keh

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com