Tuesday, October 30, 2012

Public Mutual tidak dibenarkan lagi buka/pindahkan wang KWSP?

.

Updated: Penggantungann telah ditarik balik oleh KWSP.

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menarik balik penggantungan perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai satu Institusi Pengurusan Dana (IPD) mulai semalam.
Public Mutual dalam kenyataannya berkata, ini adalah berikutan penjelasannya perlanggaran peraturan sudah dibuat seorang perunding saham amanah (UTC) yang tidak mematuhi peringatan ketat syarikat itu mengenai peraturan KWSP.
sumber: myMetro 31.10.12


---------------------------


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Public Mutual Bhd sebagai Institusi Pengurusan Dana (IPD) digantung di bawah Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa mulai 29 Okt, 2012.

"Sehubungan dengan penggantungan tersebut, Public Mutual Bhd (Kod IPD 03) adalah tidak dibenarkan membuka akaun untuk ahli KWSP dan/atau menerima sebarang pemindahan simpanan ahli dari KWSP mulai dari 29 Okt 2012," demikian menurut makluman yang dipaparkan di laman sesawang agensi itu mulai semalam. Makluman itu, bagaimana pun menyatakan bahawa IPD berkenaan masih bertanggung jawab menguruskan pelaburan simpanan ahli KWSP yang telah dipindahkan sebelum 29 Okt, 2012. - Bernama
sumber:myMetro 30.10.12.



Dah Public Mutual pulak diusiknya. Sebelum ini Genneva.
Semua yang untung besar-besar habis diusik-usiknya. Memang tak nak beri orang ramai jadi kaya ke pun? Agar orang ramai terus bergantung pada subsidi untuk terus hidup? Dan apabila terpaksa bergantung, senanglah nak disuruh berenang ke hulu ke hilir... 


Apa-apa pun, mesti ada sebab tertentu. Takkan pokok bergoyang jika tiada angin atau kera yang goncang.

Kita tunggulah penjelasan dari pihak berwajib. Apa-apa pun, diharapkan tindakan itu adalah untuk menjaga kebajikan para pencarum dan bukannya atas sebab-sebab lain... sebagai contoh, KWSP juga mahu laburkan wang pencarum itu sendiri agar terus membuat untung besar.... contohnya, hanya sekadar contoh. Mungkin juga sebab lain... kita hanya mampu membuat spekulasi.





.

6 comments:

cheryna zamrinor said...

Kesian kawan2 yg buat sales. MasyaAllah:(

Nizam.Ariff said...

Cheryna,
tu la... salah seorangnya kawan aku yg dah berhenti kerja untuk buat sales ni 100%....

sepa said...

bermula semalam yer...!!!

ish ish ish...!

secangkir madu merah said...

nasib baik aku tak byk duit nak melabur.. hehehe

aza ni said...

aku rasa public serius utk memberi pulangan yg baik utk pelabur,aku puas hati. tak macam yg satu lg,.

Nizam.Ariff said...

sepa,
tapi dah kena tarik balik pengguguran tu, kalau tak silap... kita tunggu berita je la..



SMM,
pelabur tak kisah, kak.
cuma, kenapa yang menguntungkan semuanya kena kacau?



azani,
pendapat aku pun sama...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com