Tuesday, November 13, 2012

Guided Brainstorming... express inventive problem solving

.

Kita sambung semula pasal Guided Brainstorming...

Apa yang aku maksudkan dengan Guided Brainstorming ialah proses mengeluarkan idea-idea dengan memikirkan sekitar prinsip-prinsip asas yang diberikan. Perbezaan dengan classic brainstorming ialah satu prinsip akan disebut dan kita cuba menggunakan prinsip tersebut untuk mencari penyelesaian yang munasabah. Jika sudah habis difikirkan atau tiada idea yang timbul, prinsip seterusnya akan diutarakan. Jadi, sessi brainstorming akan menjadi lebih berstruktur.

Pada asasnya, cara ini digunakan oleh pengamal TRIZ dan dalam TRIZ yang original, ada 40 prinsip asas yang telah disenaraikan oleh penciptanya. Kemudian, TRIZ telah berevolusi dan para pengamalnya telah menokok-tambah sehingga menjadi lebih daripada 40 prinsip, adakalanya hingga mencecah ratusan!


Namun, ianya terlalu teknikal dan bosan. Jadi, aku senaraikan 12 prinsip asas yang paling banyak aku gunakan dan contoh-contohnya. Cukup?


Ingat! Biarkan idea keluar dan DO NOT PRE-JUDGE THE IDEAS. 
Ada kalanya idea itu sungguh tak masuk akal tetapi mungkin berguna pada satu hari nanti.


Selesaikan masalah ini: "Aku suka makan macam-macam tapi aku tak nak jadi gemuk"


1.  Simultaneous process - lakukan 2 atau lebih perkara sekaligus.
     e.g.:Makan sambil minum air banyak-banyak supaya cepat kenyang
            Makan sambil berjoging ... kalori masuk = kalori dibakar
            Makan sambil sembang dan bergurau senda ... seronok sampai lupakan makanan
            Makan sambil tidur (errk??)... ooo, mungkin untuk Astronaut nak ke Marikh, cucuk masuk air zat semasa tidur
            Makan dan gemukkan sekaligus (errk 2x?)... tak ada idea hahaha..

2.  Divide - pisahkan, pecahkan mereka atau komposisi mereka.
     e.g.: Pisah-pisahkan makanan yang sedap2 itu dan makan pada masa berlainan
             Pisahkan yang tak baik (lemak, karbo) daripada yang baik (vitamin, serat)
             Pisahkan kegemukkan dari makanan (errk?)... dan gantikan perkataan 'gemuk' kepada 'hodoh'
             Pisahkan makanan kepada beberapa bahagian dan makan hanya 1 bahagian... boleh?
             Pisahkan nafsu dari rasa nak makan (errk?)... perrgh! boleh jadi tok wali ni. 

3. Combine - gabungkan mereka.
    e.g.: Gabungkan makanan dengan dengan minuman ... sup? bubur?
            Gabungkan kegemukkan (erkk?)... letakkan orang gemuk2 di depan kita semasa kita nak makan!
            Gabungkan yang tak baik dengan sesuatu supaya tak diserap badan ... minyak+fiber?

4. Encapsulate - selaputi, bendung atau kurung mereka
    e.g.: Kurung nafsu atau rasa mahu makan... puasa? katakan "TIDAK" kepada makanan!
            Kurung diri sendiri semasa waktu lunch, dinner (errkk?)... suruh kawan kuncikan bilik dari luar... hahaha
            Selaputi makanan lazat tapi tak elok dengan sesuatu yang tak sedap (errk?)... bubuh hempedu pahit?
            Bendung lemak, karbo dsd daripada diserap masuk ke dalam tubuh
           
5. Paralel - walau pun terpisah tetapi mulakan pada masa.
    e.g.: Makan banyak-banyak, pada masa yang sama minumlah julap...
           (sila kembangkan lagi)

6. In sequence - berturutan, selepas satu baru mulakan yang satu lagi.
    e.g.: Buat sesuatu supaya masa makan, tidur dan beriadah dilakukan secara teratur
            (sila kembangkan lagi)

7. Pre-process - buat proses awalan, mana yang boleh buat, buatlah dahulu.
    e.g.: Prosess makanan awal-awal supaya lemak, karbo dsb dihilangkan dahulu sebelum dihidangkan...
            (sila kembangkan lagi)

8. Delay - lewat-lewatkan
    e.g.: Lewat-lewatkan menelan... kunyah sampai rahang lenguh dan tak boleh makan lagi dah... hahaha
           (sila kembangkan lagi)

9. Speed - percepatkan
    e.g.: Makan cepat-cepat di depan awek di restoran sampai dia kutuk dan benci, tak nak dating lagi... hahaha
           (sila kembangkan lagi)

10. Space - gunakan ruang yang ada atau ciptakan ruang baru
      e.g.: Letak pasu bunga, FM, Teddy Bear dsb di atas meja makan, biar ruang nak letak makanan tak ada...
              (sila kembangkan lagi)

11. Time - gunakan atau ubah masa
      e.g.: Ubah masa makan supaya rasa lapar dah hilang.... boleh ke?
              (sila kembangkan lagi)

12. Discard - buangkan.
      e.g.: Bila nak suap, terus campakkan ke dalam tong sampah... boleh? hahaha
 


Dimanakah elemen 'kreatif yang inventif'? Tak ada pun sesuatu yang inventif di situ?

Ok. Ianya bergantung kepada pengetahuan asas orang yang melakukan 'brainstorming', jadi apabila idea dikembangkan maka akan sampai satu tahap benda-benda yang mengarut pun boleh keluar. Dan diantara benda-benda mengarut itu mungkin ada sesuatu yang baru.

Oleh kerana aku ada asas sains, aku bagi contoh-contoh yang berikut:

1.  Simultaneous process
Cipta satu enzim yang bertindak menguraikan makanan yang tidak baik (selective enzyme which acts ONLY to bad food) ketika mengunyah lagi. Dah ada belum? kalau tak ada, dan berjaya dicipta, kita boleh komersialkan dan jadi kaya... whooaa.. .pakcik kayo! 

2.  Divide
Pasangkan satu mekanisma di dalam perut dimana minyak, karbo dsb akan di simpan pada satu sudut di dalam perut dan tidak akan diserap oleh tubuh. Jadi, makanan yang itu akan dibuangkan melalui 'pintu' lain. Bagaimana nak buat? Hmm.... mungkin 50 tahun lagi para saintis dan doktor boleh buat. 

3. Combine
Telan segerombolan 'pembawa' (carrier) yang akan melekap pada makanan tidak baik ketika di dalam perut (minyak, karbo?) dan membawanya keluar dengan cepat. Mungkin dengan teknologi nano?

4. Encapsulate
Cipta satu cecair seperti jelly yang akan 'membungkus' makanan yang ditelan, menyebabkan makanan tak dapat diproses dan diserap tubuh.
           
5. Paralel
Buat satu hormon yang mengurangkan rasa lapar atau mahu makan DAN bertindak secara automatik setiap kali ada rasa keinginan mahu makan. Dan ianya boleh dilaraskan kekuatannya dan masanya, yakni boleh diprogramkan oleh diri sendiri.

6.... 7... 8.... 9....10....11.. ( pagi-pagi ni malas nak fikir.. hahaha)

12. Discard
Tebuk satu lubang pada esofagus dan letakkan satu injap bio yang diperbuat daripada otot-otot yang boleh dikawal-perintah oleh otak. Setiap kali kita telan, makanan akan disalur-keluarkan ikut situ, jadi makanan tak sempat sampai ke dalam perut. Tapi, kalau kita makan sayur, tutup injap itu dan makanan akan masuk ke dalam perut. Ada berani?


Dan langkah terakhir ialah....

Langkah 4 - Pillih penyelesaian yang difikirkan sesuai.
Ada penyelesaian yang mungkin tidak boleh dibuat pada masa sekarang kerana ilmu dan teknologi belum wujud lagi tetapi pada satu hari nanti mungkin teknologi itu ada dan penyelesaian itu boleh digunakan. Mana tahu, kan? Masa kita kecil dahulu mana kita boleh fikirkan yang telefon, TV, Radio dan internet boleh digabungkan dan menjadi sekecil saiz tapak tangan? Segala kemungkinan boleh berlaku.


Sekian. Silakan mencubanya.


************************************************************
Kepada yang ingin tahu prinsip-prinsip asal Inventive Problem Solving atau TRIZ (teoriya resheniya izobretatelskikh zadatch)  bolehlah rujuk kepada pautan-pautan ini:
Kalau nak tahu apa itu TRIZ, sila rujuk wikipedia di sini...

Nota:
  • Guided Brainstorming bukanlah sebahagian dari 40 prinsip-prinsip TRIZ tetapi adalah cara yang diciptakan untuk memudahkan prinsip-prinsip itu digunakan.
  • Methodology yang aku paparkan disini BUKANLAH methodology TRIZ yang asli tetapi telah aku ubahsuai untuk memudahkan mereka yang tak mempunyai asas teknikal. (This methodology IS NOT the original TRIZ) 
  • Penulis (ehem-ehem!) adalah pemegang black belt kaler hijau dalam amalan TRIZ.
*****************************************************



.

9 comments:

Jna marcello said...

entry yg menarik tp na still cuba memahami...

cHeRyNa PiReS said...

yang kali nieh amik masa sikit nak hadam la nizam. Nak cuba cari contoh yg boleh jadi faham:)

Nizam.Ariff said...

Jna,
kalau baca contoh-contoh tu, senang sikit nak faham...



Cheryna,
aku selalu update blog yang ini. jadi nanti mungkin hilang kat bawah... tapi aku dah post kan juga di blog aku satu lagi duniaskeptiks.blogspot, kat situ kekal lama sikit...

amn said...

lagi hebat dri 5Y

Nizam.Ariff said...

azani,
5Y hanya untuk cari punca masalah (root cause) tapi bab nak selesaikan masalah, dia suh brainstorming gak...
Tu yang ramai salah tafsir. 5Y, problem tree, 7QC tools, fishbone diagram dsb semua tu dikatakan sebagai tools for problem solving. Memanglah ianya digunakan dalam problem solving tetapi sebenarnya lebih kepada finding the root cause. 6sigma adalah analytical tool untuk membaiki variasi dan quality tetapi bagaimana nak baiki variasi? dah jumpa apa yang perlu dikawal (what to control) is fine but how to solve it? How to control the variation?

so, it goes back to 'find the solution > implement solution > check the result'... persoalannya, how to find a solution or solutions??? Is there any specific tool to 'find the solution'?

Aishah Jahirah said...

xpenah dengar sblm ni pasal TRIZ...new knowledge ni...:)

Nizam.Ariff said...

Aishah,
kat Malaysia rasa-rasanya baru dalam 5-6 tahun...

sepa said...

berbalik tentang hal memasak - penyediaan, mengemas dan penghayatan dalam komen aku dalam entri sebelum nih, dan berbantukan guided barinstorming nih...

maka, bulihla aku simpulkan :

aku sebenarnya tidakla perlu berada di dapur itu untuk aku bulih mendengar percikan dari dasar periuk, bunyi gelegak air mendidih dan harum aroma masakan...

apa yang aku perlu : hanya segugus sensor, yang bulih mengesan setiap aktiviti perlakuan, dan kejdian, dan gabungan suasana, bunyi dan aroma.

dan...

aku bulih mencipta satu ruang santai yang jauh - seperti di sebuah kabin di suatu pulau yang indah, dikelilingi oleh lautan yang airnya sentiasa biru, dan tiupan angin dalam sepoi-sepoi dan kekadang deras menderu...
aku perlu menyambungkan gugusan sensor itu, menggunakan segala teknologi yang ada - termasukla wireless berbantu internet.

tatkala...
mereka yang berada di dapur, jauh di daratan sana sedang menyediakan masakan, sedang memasak dan aromanya... segala itu akan mencetuskan peranti yang berbagai di cabin aku itu (cabin yang penuh dengan segala macam gambar penuh suasana, segala macam audio-visual), yang akan tergera secara automatik... dan aku menikmati semuanya, tanpa perlu berada di ruang sempit dapur...

yang paling penting :
aku tidak perlu memikirkan hal nak makan atau tidak masakan itu... kerana (semestinya) aku tidak ada keupayaan untuk itu... sebab aku sedang sendirian - di pulau itu, di kelilingi lautan yang biru airnya (kekadang deru ombak dan ngauman gelora - menggegarkan indah yang dirasa), yang di pulau itu angin bertiup sepoi-sepoi bahasa (yang kekadang jugak deras anginnya dan datang ia tanpa diundang, membawa bersama taufan)...


sekian sahaja komen aku... kerana aku tau, guide brainstorming di siri terakhir...!
ke ada lagi.?!



.

Nizam.Ariff said...

sepa,
baik cipta wormhole dari pulau ke dapur rumah ko tu... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com