Monday, December 3, 2012

Kisah si pembeli dan si penjual buah-buahan di Behrang...

.


Sebenarnya, semalam ada cerita yang aku rasa elok juga kalai dikongsikan bersama. Tetapi aku kena berfikir dua-tiga kali sebelum aku berani tuliskannya di sini. Ini kerana sudah menjadi nadi aku bahawa aku tak suka menulis atau bercerita tentang keburukan orang lain kecuali pihak berpolitik...

Semalam, kami sekeluarga berhenti sekejap di Behrang untuk menikmati buah-buahan tempatan i.e. Durian dan kami telah turut membeli Buah Pulasan dan sebiji Buah Cempedak.

Setelah puas mengopek dan menjamah nikmat isi durian, aku pun memilih sebiji Buah Cempedak isi merah (jingga sebenarnya). Oleh kerana makcik tua itu keseorangan melayan pelanggan yang agak ramai pada masa itu, aku terpaksa menunggu giliran untuk buah aku ditimbang. Di hadapan aku ialah seorang lelaki dan ketua keluarga yang menaiki pick-up sederhana mewah, juga memakan beberapa biji buah durian dan turut membeli beberapa biji Buah Cempedak.


Ceritanya begini...

Ketika buah-buah Cempedak lelaki itu ditimbang, aku sempat mencuri dengar perbualan diantara si pembeli (lelaki itu) dan si penjual (makcik). Tentulah kerana aku di belakang lelaki itu dan telinga aku tak ada penutup, tentulah aku dengar. Berat buah x harga buah = RM32.40 sen. Makcik tua itu kirakan dengan menggunakan kalkulator.

Kemudian ada seorang pelanggan lain bertanyakan sesuatu dan makcik yang ramah itu pun bercakap-cakaplah sebentar. Selepas itu, makcik itu pun mengira jumlah harga yang perlu dibayar: Makan durian beberapa biji dan buah Cempedak.

" Err... buah Cempedak tadi berapa ye?" tanya makcik kerana terlupa.

" RM32 je... " pantas jawab lelaki itu.

Lalu makcik itu pun terus memberikan jumlah harga yang pembeli itu patut bayar. Aku yang terang-terang mendengar makcik itu cakap harga Cempedak tadi ialah RM32.40 menjadi serba salah apabila lelaki itu cakap RM32 sahaja. Aku nak menyampuk pun tak kena pada tempatnya sebab aku tak kenal pun kedua-dua mereka itu.

Sampai ke sudah aku diamkan sahaja perkara itu. Memanglah 40 sen itu tak merugikan sangat makcik itu TETAPI 40 sen itu juga tidaklah membuatkan lelaki itu lebih kaya raya pun! Yang penting, lelaki itu tak minta halal dan makcik itu pun tak tahu tentang 40 sen itu.

Manusia oh manusia....






.

6 comments:

wisata outboundmalang said...



kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

sepa said...

tipu empat kupang jeh... mengarut betulla.!


*
aku rasa makcik itu tau.
aku yakin.
saja jer dia nak uji pelanggan dia.
aku yakin makcik itu tau.
aku yakin.
...tapi aku tak yakin buah cempedak itu isinya semuanya jingga... atau kuning-kejinggaan...

:)

sepa said...

eh, bila ko sebut Behrang, cuma satu benda jeh yg terlintas di kepala, tentang Behrang.
di situ ada stesen keretapi Behrang.!

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Yup... tak jauh dari Stesyen Behrang...
ko pernah g situ ek?

Aishah Jahirah said...

40 sen pun kena minta halal.eh apasal dia xminta diskaun je kat mak cik tu.kan lebih mudah.ish dia angkat jual beli dak?

Nizam.Ariff said...

Aishah,
Kalau dah itu pun tak bagi tau, apa lagi akad... tapi dia kata 'Ok. makcik'... lebih kurang camtu lah...

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com