Saturday, February 2, 2013

Cara-cara membina 'walk-in wardrobe' versi DIY

.

Belajar tinggi-tinggi, takkan nak buat almari pun tak tau?
Jurutera Melayu tempatan pula, lagilah malu kalau setakat buat almari pun tak boleh.

Sebenarnya, almari yang ada aku berikan kuasa penuh kepada Mama. Berpindah di tempat baru, ada satu ruang di bilik tidur utama yang aku rasa disediakan untuk 'walk-in wardrobe'. IKEA sudah dilawati, Vonza dan Valencia pin sudah dilewati. Masalahnya, sudah dua bulan aliran tunai (cashflow) asyik merah je. Aku jangkakan kemerahan itu mungkin berlarutan sebulan dua lagi.  Jadi, mahu tidak mahu, aku kena buat sendiri. 

Aku ukur kemudian aku cari kedai barangan-keras (hardware) untuk mencari 2 barang terpenting untuk sebuah almari: penyangkut baju dan rak. Aku mahukan penyangkut baju yang seperti digunakan oleh pasaraya-pasaraya. Payah betul nak dapat. Akhirnya, aku cari sebuah kedai barangan pejabat dan DIY. Aku jumpa!

Untuk rak pula, aku gunakan papan lapis sahaja. Masalahnya, bolehkah kedai nak potongkan papan lapis ikut ukuran yang aku nak? Ada!  Maka hasilnya...


Ruang 4'x5'. Baju Mama jadi model. Lampu 'down light' dah memang ada di siling.

Set penyangkut baju. Yang melengkung itu harga RM4.50/pc dan boleh dilaras. Besi tegak tu RM4/pc dan perlu diskru kepada dinding.

Rak daripada papan lapis setebal 6mm x 3 keping RM20 siap potong (yang ke-3 untuk para atas penyangkut baju) dan diteguhkan dengan kayu 1"x0.5"x6' RM2.50/btg aku gunakan 6 batang. Papan lapis balut dengan tikar getah RM10 untuk 1mx3m. Papan lapis itu diletakkan di atas kekuda besi tahan karat boleh laras yang dipasangkan kepada besi tegak tu, harganya RM6.50 sepasang. Organizer IKEA tu aku pinjam Ariff punya

Tirai dibeli di Giant 220cmx 145cm, harganya RM49. Besi palang aku beli dihardware RM2.50. Tirai tu aku pasang 'cecah-cecah bara' sahaja ke lantai.

Aku congak-congak, harganya dengan skru, paku, kayu semuanya sekitar RM100 sahaja. Amat berbaloi berbanding kalau upah kontraktor buatkan. Rata-rata kontraktor letak harga RM1,800 hingga RM2,200.

Tak ada tetamu yang nak jengah bilik tidur pun kalau buat mahal-mahal. Aku insan yang praktikal. Nilai estetika adalah no.2 bagi aku dalam bab-bab dalam bilik ni.




.

26 comments:

amn said...

menarik dan kreatif

Nizam.Ariff said...

Azani,
barang murah je, yeop...
Yang mahalnya ialah idea dan penyelesaian.

bukankosong said...

bijak bijak

suka dengan konsep nih

Nizam.Ariff said...

bukankosong,
konsep langit terbuka... konsep angin sepoi-sepoi bahasa... hahaha

tasekM said...

kena rajin mengemas mengelap.
kalau tak baju berhabuk.




.

sepa said...

aku tak paham, apa kaitan tetamu dengan bilik tidur.!

.

*kalau ko guna paku tuk cangkut baju, bulih buat dalam 5kupang jeh. :)


.

Nizam.Ariff said...

TM,
Ye ke?
nanti aku tutup dengan papan la kalau gitu. Tutup dari siling sampai ke paras langsir tu. Lepas tu aku letak tiang kayu kat kanan dan kiri. Kalau habuk masuk gak, aku tukar langsir tu jadi pintu koboi ... yang berspring macam bar zaman wild-wild west tu..... hahaha


Sepa,
kalau guna paku tak bleh nak susun macam tu...

fifie said...

Haaa baguslah tu apa yang kau belajar bekerja boleh apply dalam hidup. Tapi hanger tu mana nak cari? Cun ah jimat ruang

Hanida Moss said...

eeee bagusnyaa. kalau pandai buat semua boleh jadi.. nak tiru tapi saya tak reti nak mendrill dinding bagai, susun papan bagai.. ohmy..

Nizam.Ariff said...

Fifie,
kalau tak jumpa yag jenis tu, gunakan yang conventional je la... palang besi je..



Hanida,
dimana ada kemahuan, disitu ada jalan... hahaha
dah terdesak tak puas hati almari harga mahal2 sedangkan mereka guna chipboard je yang harganya belas2 ringgit tapi bila dah siap jadi ribu2...

Kniedaz said...

Saya suka diy ini...sangat bebaloi...biar murah tapi bila diolah dengan kreativiti, nampak classy juga

CiKPuaNLawA said...

tiru eyh... untuk bilik bujang saya... huhu...

BUNDA a.k.a KN said...

BUNDA KEMBALI LAGI..

LydSunshine said...

bagus... tangan menjadi bak kata orang. Kalo aku pun, aku mmg suka DIY. Wp hasilnya takde la nampak gah sgt, tapi aku selalu akan rasa puas kalo dpt buat sendiri. Ko punya walk-in wardrobe tu muat ke nak letak baju ko dgn wife? Are u sure? Keke.

Nizam.Ariff said...

kniedaz,
buat dalam sehari siap... tapi mencari idea yang paling praktikal tu dan dekat sebulan lamanya...


CPL,
kalau ada sudut dinding yang sesuai, apa salahnya....


Bunda,
welcome back, kak...



LyDS,
Wardrobe tu hanya untuk aku sahaja... wife guna almari yang dah ada...

Lola Momon said...

Besar tu je? Muat jari aku je

Nizam.Ariff said...

Lola Momon,
wuih... gergasinyer ko !... .hahaha

Lola Momon said...

Hahahaha....memang gergasi jugak la.....

cik hani said...

kat mane cari bahan bahan diy tu?
blh bgthu kedai nma pe.
sebab review barang mcm murah je cik buat

Nizam.Ariff said...

Lola Momon,
keh keh keh...



cik hani,
Untuk barang2 yang digunakan untuk menyangkut baju termasuk bracket (besi) aku beli di sebuah kedai di Seks.27, Shah Alam (bandar baru HICOM). Aku ada juga jumpa barang2 yang sama di kedai DIY di tgkt 1 di SpaceU8. Harga lebih kurang sama dalam RM4-8 untuk setiap barang.

Langsir tu aku beli di giant je, cuma aku beli jenis yang pakai steel pipe sebab sebab nak buat.

Manakala steel pipe, papan lapis, kayu 1 inci, skru dan paku aku beli di hardware je. Kalau tak silap, aku beli di CSL hardware. Tapi mana-mana hardware malah dikampung ada barang-barang tu...




mukaramjamin said...

Salam,
Dah pergi diy space u8, tapi xjumpa. Bolh share kdaimkat sek27 tu...

Nizam.Ariff said...

mukaramjamin,
W'salam.
Cuba Waze atau google map "Jalan kota raja F 27/F", kedainya menghadap ke jalan raya utama, selang 1-2 pintu dari CSL Hardware. Kalau tak silap namanya Teguh Teknik...

mukaramjamin said...

salam bro nizam.ariff

tq for your reply, insyallah petang ni nk g tgk kedai lpas kja. insyallah, lpas ni update almari saya plak, klu kdai de jual lagi lah.. tq

Nizam.Ariff said...

mukaramjamin,
No problem...

Biarlah Rahsia said...

Hye. Nak tnya. Pakai drill ape nk drill bracket besi tu?

Nizam.Ariff said...

BR.
Bracket besi tu dah mmg ada lubang skru. Utk drill dinding simen tu guna concrete drill saiz bersesuaian dgn saiz skru.

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com