Tuesday, October 1, 2013

Kenapa kita bergerak-gerak ketika tidur

.

Ketika sedang menghantarnya ke sekolah pada pagi tadi, aku mengadu kepada Ariff bahawa aku sering perbetulkan kedudukan bantal tidurnya hampir setiap malam agar kepalanya tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Ini untuk memastikan tulang tengkuknya tidak menjadi seperti kepunyaan aku.


Ariff juga telah menjalani sessi kiropraktik sebanyak 14 kali baru-baru ini. Syukurlah, dia tidak lagi mengadu sering kebas kaki dan sakit belakang. Jadi, aku kena pastikan dia tidur dengan posisi yang betul supaya masalah itu tidak berulang.


Ariff cadangkan agar diikat sahaja badannya ketika tidur, seperti ditambat, agar tidak bergerak terlalu lesak. Aku kata tak boleh, sebab badan perlu digerak-gerakkan ketika tidur... aku suruh dia rujuk Surah Al-Kahfi.



A018


" Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka." (Al-Kahfi 18:18)


Kalaulah kita tidur tetap, tak bergerak-gerak semalaman, habis kebas badan dibuatnya...





.

13 comments:

LydSunshine said...

Ariff ada masalah kiropratik? Aku pon sejak akhir2 ni kebas kaki dan sakit belakang. Ada kena-mengena ke?

Kniedaz said...

anak aku tdo bergerak 360 darjah
aku sampai tersepit dibuatnya

Nizam.Ariff said...

LyDS,
Adaaaa.....
banyak menaip? banyak guna laptop? ... cuba kurangkan


Kniedaz,
Hahaha... dia berputar ikut jarum jam...

sepa said...

Ikan pun tidur bergerak bro! Siap bukak mata, tp burung tak tidur semasa sedang terbang!

Dan tidur seorang somnambulist sgt menakutkan, sehingga ada yg berkata begini : "according to ancestral tradition, a somnambulist is not to be interfered with, even when he's headed for disaster.

Nizam.Ariff said...

Sepa,
Ko tidur ada macam kiambang tak?
Hanyutttt je memanjang....?

t.a.t.a said...

Kalau baca surah kahfi aku suka baca terjemahannya. cepat habis dan faham pula tu. haha. sebab kalau nak baca 1 surah tu mlm Jumaat kena sambung siang Jumaat esoknya, baru habis. panjang.

cinta said...

aku pernah tdo berdiri. pernah juga tertidur masa drive kat hiway. sedar2 dh masuk fast lane.

secangkir madu merah said...

Aku pulak suka bercakap dlm tidur.. kengkadang sengaja je bercakap supaya org sebelah dengar dan tahu apa sebenarnya ada dlm hati aku.. hahaha..

Nizam.Ariff said...

Tata,
takpe.. baca sambung-sambung pun takpe...


Cinta,
Hah??????? rezeki umur ko masih panjang...


SMM,
Cakap malam dengar2... nasib baik sekarang dah tak pakai kelambu lagi kan...

ASH said...

Ni apa hal pulok cerita pasai dalam kelambu ni? Eeeiiisshhh...

Ikhwan Saifullah said...

salam ziarah dari saya
http://cahaya81ilahi.blogspot.com/

sepa said...

ah ko nih Dino.!

antara benda yg aku sayang ialah tidur... hanyut bersama tidur itu biasala bro.! hahaha


.

Nizam.Ariff said...

Ash,
skrg ramai dah tak guna kelambu kan?


Ikhwan,
w'kumusalam... selamat dating ke sini...


Sepa,
aku hanyut dalam ketenangan, ko hanyut dalam kenikmatan.... tak aci... hahaha

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com