Wednesday, January 15, 2014

Rojak Subang Jaya ada di Shah Alam

.

Kalau sesiapa yang pernah mencari rojak mamak di Subang Jaya, aku rasa
pasti mereka akan teringatkan sebuah van rojak dan cendol mamak yang parking di seberang jalan di hadapan stesyen minyak tidak jauh dari Masjid Subang Jaya yang berhadapan pula dengan Subang Parade.

Sekarang, pemilik rojak yang itu sudah ada beberapa kedai makan. Salah satunya di seksyen 19 Shah Alam.





Menunya masih sama seperti yang di van bergerak di Subang Jaya.




Malah, ia masih mengekalkan lapik plastik di atas pinggan! Padahal mereka boleh basuh pinggan tu. Cendulnya pula mempunyai rasa yang unik. Bila dirasa betul-betul, ianya ada rasa halia. Manakala kuah rojaknya tidak terlalu manis...sesuai dengan tekak aku.


Tapi...rojak Abdullah Mastan Ghani di Teluk Intan itu, bagi aku, is still the best.



.

14 comments:

t.a.t.a said...

Aku pun hairan tang makan lapik plastik tu? Kenapa eh? Sebab menjaja tepi jalan kurang air nak basuh pinggan ke? Itu aku boleh terima. Tapi ni dah di restoren tempat luas, tapi masih sama juga.

Nizam.Ariff said...

Tata.
Tu la pasal...
Aku syak dia nak kekalkan konsep...

aizamia3 said...

Dia nak kekalkan konsep yang sama macam tepi jalan tu lah ai rasa.. sebab bagi dia itu mengingatkan susah senang dia ketika zaman meniaga tepi jalan tu dulu.. ;)

aizamia3 said...

Dia nak kekalkan konsep yang sama macam tepi jalan tu lah ai rasa.. sebab bagi dia itu mengingatkan susah senang dia ketika zaman meniaga tepi jalan tu dulu.. ;)

Daddy Ziyyad said...

sek 19 Shah Alam...beressss..esok aku cari

Nizam.Ariff said...

Aizamia.
Atau....dia org tu tak cukup pekerja dapur...?

DaddyZ.
Hah..esok aku ko la...hehege

Nizam.Ariff said...

*cari ko...

LydSunshine said...

ko ni mmg suka makan rojak kan? Kan? Kan? hehehe...

Nizam.Ariff said...

LydS,
...lebih sedap kalau ada sayur KANGKUNG... hahaha

t.a.t.a said...

Zam, tapi jangan KANGKUNG yang menjalar ya.

Nizam.Ariff said...

Tata.
Ngape? Ada lintah eh...?

Shamsiah Abdul Rahman said...

Assalamualaikum dik,
Jenjalan ke rumah kenkawan.. tersesat ke sini pulak.
Sempoi.. best..

t.a.t.a said...

Haah. Telur lintah yang aku cakap dalam post kau itu hari tu. Makin lama ia membesar dalam perut orang yang makan tu.

Nizam.Ariff said...

Shamsiah.
Silakan..silakan..jemput kak. Borak borak kosong je kat sini...

Tata.
Kalau dah masak kangkung tu takkan telur lintah tu elok lagi..?

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com