Thursday, February 13, 2014

Birokrasi berpaut-paut...

.


Tadi, kawan @ boss ada beritahu tentang status permohonan umrahnya untuk tahun ini. Dia juga beritahu, dengan terkejutnya bercampur pening, tentang urusan untuk umrah yang kali ini telah menjadi sukar dan kompleks. Katanya, kini pemohon perlu mendapatkan pelbagai pengesahan dari pelbagai agensi kerajaan dan institusi agama, dan yang lebih penting, tuan badan perlu menghadirkan diri semasa urusan itu.


Komen aku pula...
  • Perlukah diperketatkan lagi peraturan dan prosedur sedia ada?
  • Kenapakah ditambahkan lagi urusan yang berdasarkan sistem birokrasi?
  • Kemanakah perginya kata laungan 'e-goverment' atau 'go green' atau 'paper-less society'?
Sekarang ini kena diisi balik borang-borang dan dapatkan chop-chop pengesahan dari pelbagai agensi yang bertaburan di mukabumi.

Birokasi, peraturan dan prosedur yang banyak akan menyebabkan pertambahan kos dan risiko rasuah.

Apabila terlalu banyak urusan yang melecehkan dan memenatkan, nanti akan wujud 'runner' atau pihak ketiga yang akan tolong uruskan secara upah. Apabila ada banyak pintu yang perlu dimasuki, risiko untuk urusan secara 'duit pelincir' atau 'duit kopi' atau 'upah budi' akan bertambah. Dan jika urusan ibadat diuruskan dengan cara yang kurang elok, aku tak tahu nak cakap apa lagi.

Peraturan dan prosedur akan menambahkan 'kerja-kerja' dan masa juga turut terbuang. Jika tujuan sebenar semua ini diwujudkan kerana untuk 'melemahkan' semangat pemohon kerana sekarang terlalu banyak pemohon umrah yang berulang atau kerana jumlah pemohon umrah yang ramai, elok diberitahu awal-awal kuota umrah.


UPDATE!!!


Adalah dipercayai birokrasi ini berpunca dari permintaan kerajaan Arab Saudi, atas sebab pembangunan yang sedang berjalan di kota Mekah...mungkin setelah siap, birokrasi ini dilonggarkan semula.

Harap maklum.





.

14 comments:

sudipVSsenduk said...

kesian dgn pakcik makcik yg terpaksa turun naik pejabat, tu tak campur sesat barat lagi... huh

Rai Ourkizuna said...

kesian orang nak buat ibadat pun diberat beratkan dengan bermacam prosedur..

Nizam.Ariff said...

SvS,
So, betullah dakwaan kawan aku tu?


Rai,
Tu sebab ada klausa 'jika berkemampuan' untuk ibadah tertentu...

Kesuma Angsana said...

benda2 macam ni kdg2 susah nak komen.. rezeki masing2 nak kesana... apa yg penting selalu doa mohon dipermudahkan urusan,, in sha allah kalau niat kita baik kan !

Daddy Ziyyad said...

Islam dah lama anjurkan "permudahkan urusan"....tapi kita alpa dgn anjuran agama...Dan mmg sgt ironi, urusan ibadah seperti umrah, mungkin akan dicemari rasuah..

Kniedaz said...

di tempat aku bekerja, alhamdulillah prosedurnya masih mudah walaupun takla paperless tapi tak dengar la kawan2 yang pergi tu merungut urusannya payah..rezeki masing2 kot?

Kesuma Angsana said...

N3 khas untuk kamu, TQ http://kesumaangsana.blogspot.com/2014/02/7-blogger-lelaki-melayu-terakhir.html

Nizam.Ariff said...

KA,
Kawan-kawan pun pesan, orang yang ke sana adalah atas jemputanNya.


DaddyZ,
Aku harap tak ada la... semuanya ada agama..


kniedaz,
Cuba tanya orang proses yang sekarang, sama atau dah berubah? Boss aku tu kata bila dia pegi daftar kelmarin untuk bulan December ni..

KA,
Hehehe... seganlah pulak..!

t.a.t.a said...

Betul kata Fida, mungkin ikut nasib. Nasib emak aku pulak memang baik. Semuanya yang uruskan besan nya sebab besan nya juga yang tukang bawa orang umrah. Just bagi duit dan dokumen yang diperlukan. Alhamdulillah segalanya lancar.

Nizam.Ariff said...

Tata,
Itu bila tu?
Yang boss aku tu kes kelmarin...adakah prosedur dah berubah?

JunAina said...

Saya tak pernah pergi umrah tetapi ramai kawan2 dah pi dan tak ada pula masalah begitu cuma kalau bawak anak bawah umur memang leceh sikit urusannya. Mungkin boleh beri sedikit pencerahan agensi mana yang perlu tuan punya badan pergi sendiri tu.

Nizam.Ariff said...

JunAina,
Dulu dulu pun aku rasa macam senang je... ini kes baru baru ni.. boss aku tu pegi kelmarin berurusan.
Jadi urusan yang dulu dulu lepas tu tak boleh dibandingkan.. kena Tanya yang sekarang ni... betul ke tak..

Rapunzel Cikilolo said...

ni 1st time dgr susah2 mcm ni...

before ni tkde org cerita g nk pegi ni susah...

ikot jenis agen kot...

Nizam.Ariff said...

Rapunzel,
DUlu tu lain. Ini cerita terbaru... cuba check tengok camner..

Papan Iklan

Papan Iklan
Homestay. Klik Imej

Join

BlogMalaysia.com