.
.... setelah aku tinggalkan mereka berdua di sebuah pusat membeli-belah di Johor, aku pun bergegas pulang semula ke Selangor.
Setibanya aku di Selangor, aku tuju ke sebuah kampung. Aku pandu keretaku memasuki jalan kampung yang sempit tetapi sudah elok beraspal, di kiri dan kanan ada parit kecil yang tohor airnya. Aku rentasi kebun-kebun kelapa sawit dan pisang sehinggalah aku sampai di simpang empat, tidak jauh dari rumah yang hendak aku kunjungi...rumah aku (rumah aku?).
Oleh kerana bahu jalan itu sempit, aku cari tempat yang sesuai untuk meletak kereta. Tiada. Betul-betul di simpang empat itu, ada sebuah bangunan papan yang agak usang, yang sebahagian daripada bangunan satu tingkat itu telah pun dinaiki Rumput Kapal Terbang sehingga ke bumbung zink.
Aku pandu kereta aku memasuki bangunan itu. Aku lihat bangunan itu adalah sebuah bengkel kerana aku lantai tanah liatnya sudah hitam dan berminyak pula. Aku nampak ada satu ruang seperti bilik tanpa pintu. Aku rasa ruang itu sesuai untuk kereta aku, lalu aku pandu dan letakkan kereta aku di situ.
Sebaik sahaja aku keluar dari kereta, tiba-tiba lantai di situ bergerak-gerak. Cepat-cepat aku melompat keluar dari ruang itu. Perlahan-lahan lantai itu mendap dan kereta aku pun turun ke bawah. Rupa-rupanya lantai itu sebenarnya ialah sebuah 'scissor lifter' - sejenis mesin angkat untuk mengangkat kereta.
Mungkin kerana mesin tersebut sudah usang, platform dan kereta aku itu telah jatuh ke bawah lubang pit yang dipenuhi air dan berminyak. Lubang itu agak besar dan aku rasa mesin angkat itu sebenarnya untuk lori atau bas.
Kereta aku terus jatuh ke bawah sehinggalah tenggelam dalam air. Malah aku sempat lihat kereta aku itu berpusing dan terbalik di dalam air sehinggakan bonet hadapannya terbuka manakala enjinnya tertanggal.
Aku panik! Aku terbayangkan berapa ribu ringgit duit aku akan hangus untuk memperbaikinya nanti. Aku cuba juga untuk mencari tali untuk menaikkan kereta aku tetapi aku tahu ianya adalah sia-sia kerana kereta aku itu berat.
Dalam aku kecoh-kecoh itu, beberapa orang pun datang. Salah seorang dari mereka itu ialah seorang perempuan berbadan agak gempal memakai T-Shirt berkolar dan berseluar jeans lusuh. Perempuan itu dan dua orang lelaki terjun ke dalam lubang itu lalu melihat keadaan kereta aku. Perempuan itu kata kereta aku masih boleh dibaiki, cuma enjinnya perlu di overhaul sepenuhnya.
Aku rasa perempuan mungkin berkerja atau pemilik bengkel itu. Jadi aku terus bertanya berapa lama masa yang diperlukan untuk membaikinya. Dia kata seminggu.
Serta-merta aku teringatkan dua orang yang aku telah tinggalkan di Johor tadi. Aku telah berjanji kepada mereka yang aku akan datang semula menjelang malam...untuk makan malam bersama-sama!
Aku kenang-kenangkan nasib aku itu. Kereta tenggelam dalam air dan tak dapat makan malam bersama-sama mereka pula.
Namun bila aku tenung lama-lama kereta aku yang masih berada di dalam air itu, aku teringatkan sesuatu....ya, sesuatu yang berlaku tidak lama dulu. Aku teringat bahawa beberapa minggu sebelum itu aku ada bermimpi bahawa kereta aku masuk ke dalam air!
Hah! Ya, tidak salah lagi. Aku ada bermimpi yang kereta aku akan masuk ke dalam air. Cuma dalam mimpi itu kereta aku masuk ke dalam parit sedangkan pada kali ini kereta aku masuk ke dalam lubang yang dipenuhi air. Tidak kisahlah, yang pastinya kereta aku tenggelam di dalam air.
Belum pun sempat aku melihat mereka naikkan kereta aku ke atas, jam loceng pun berdering dan aku pun bangun meluruskan kaki.
(Dan memang sebelum ini aku ada bermimpi kereta aku tenggelam di dalam air tapi aku tak sangka pula aku teringat tentang mimpi itu ketika aku di dalam mimpi yang ini.)
.
17 comments:
Dah duga dah.
dasatla ko ni...ble mimpi dalam mimpi...
kau ngompol 2 kali ya...
Tata,
hehehe...
kniedaz,
bukan boleh kawal mimpi kak...
SvS,
Aku tak masuk ke dalam air.
Aku syak, pompuan dan lelaki tu yg ngompol... hahaha
hahaha..dahsyat gila mimpi.. sure bangun tidur penat sbb banyak yg berlaku.. hahaha..
aku kalau mimpi apa2 pasal kereta, pastu berulang2 kali walaupun setiap kali mimpi tu situasi berbeza, tak lama lepas tu mesti keta aku akan betul2 ada problem sama ada tayar pecah ke, ekon rosak ke, enjin ke. So, ko hati2 la ye.
Tas tak masuk dlm mimpi kau ni bro...tak lengkap....hahahaha
Rai,
macam nak tidur balik je.. hahaha
LydS,
Laaa.... takut la aku nih..
Tapi aku found out that kawan aku pernah hantar foto tawaran kereta murah underwater... kereta tenggelam dalam sungai, mungkin itulah sebabnya kut..
DaddyZ,
Aku tak 'gengster' macam ko... mana dia nak masuk mimpi... hahaha
perasaan risau sampai terbawa ke dalam mimpi berikutnya.. hehehe..
aizamia,
tu laaa... boleh ingat sampai terjaga pula tu...
tak baik sebut2 aku tau.
kah2.
.
tasekm,
Aku tak sebut nama ko.. aku guna ganti nama je. DaddyZ yang sebut .. hahaha
hahahaha..Tas tersedak ler tuuuuuuuuu
Daddyz,
Aku syak pun...
Kalau tersedak bahaya.. Melaka dah nak kritikal airnya..
memang aku dh agak ni mimpi...
nk jmpe jodoh dh ni...
perempuan berbadan gempal....
err....
Post a Comment